Monday, April 7, 2014

Adhila 9

BAB 9 - Masih orang sebelah




Pulang dari kerja dia mencari-cari si comel, kucing jalanan yang dikutipnya beberapa hari lepas, namun bayangan kucing itu tidak kelihatan.
“hish …mana pula kucing ni..baru satu hari aku tak bagi makan takkan dah lari rumah, cari tuan baru kot…” Guman Aminnudin sendirian. Kerana kekangan kerja yang banyak, semalam Aminnudin tidak pulang ke rumah, bagi menyelesaikan segala tugasan sebelum tempoh waktunya.
Ketika itu, Shiela datang menghampiri pagar yang memisahkan halam rumah mereka, Shiela yang peramah menyapa Aminnudin.
“assalamualaikum…”
“waalaikumusalm….” Aminnudin menjawab salam sambil memberi senyuman pada kanak-kanak perempuan yang berada di hadapannya. Kalau tidak silapnya, budak perempuan ini adalah cucu jiran sebelah yang menyapanya dulu.
“pak cik cari apa??”
“pak cik cari kucing pak cik…ada nampak tak?? Warna dia oren-oren puteh..” Aminnudin duduk bagi memudahkan dan dia berbicara dengan Shiela.
“ada ada…” Shiela menganguk dengan penuh yakin, Aminnudin tersenyum, terasa comel dengan riaksi yang diberi anak kecil itu.
“mak cik iqa bubuh ubat dan bagi dia makan….sian dia lapar…shiela nk main dengan dia…tapi ibu tak bagi…ibu kata comot…pastu itu marah kat dia sebab kucing pak cik eyak banyak-banyak kat situ…” Sambil menunjukkan ke arah tenpat letak kereta, bersungguh-sungguh Shiela bercerita mengenai kucing itu. Dia mengaru kepala yang tidak gatal. Memang salah dia juga, sudah ambik kucing , tetapi tidak mahu menjaganya. Memang tidak ada niat membiarkan kucing yang diambilnya beberapa hari lepas begitu sahaja tanpa penjagaan, tetapi apa nak buat, kerana kesibukannya, dia terlupa niat asalnya untuk menjaga kebajikan kucing itu, tetapi kini bukan sahaja kucing itu sudah menjadi kucing terbiar malahan menyusahkan jirannya.
“mak marah ke??? Pak cik lupa sanggat, sebab pak cik sibuk…tapi mak cik iqa memang suka kucing eh??”
“tak, bukan mak yang marah tapi ibu…dia pun ada upinpin..comel..kembang macam ni…” 
“pandai nyer adik cakap..adik umur berapa tahun??”
“4 tahun…” Sambil menunjukkan empat jari menandakan umurnya. Aminnudin sekadar tersenyum melihat gelagat kanak-kanak kecil itu.
“baru 4 tahun dah petah bercakap…nanti dah besar boleh lah jadi juruhebah…”
Amminudin meleparkan senyuman, dia tertarik dengan gelagat anak kecil itu, malahan selama ini dia merasakan anak kecil lah paling bahagia kerana tidak kira apa yang berlaku disekeliling mereka, anak kecil seperti Shiela terus tersenyum dan kadang kala senyuman itu menjadi pengubat terutama bagi bujang macam dirinya ini.
“ayah adik mana??”
“ayah tak ada, ibu cakap ayah kerja kat tempat kerja jauh…”
“ooo..mak adik pula kerja mana??” Pelik pada dirinya, tetapi itu lah hakikatnya kini, Aminnudin sedang bersoal jawab dengan anak kecil itu bagaikan sesi temu bual mencari calon isteri. Hai takkan lah terdesak sanggat sampai bini orang nak dikebas, hish mahu kena pelekung dengan ibunya dirumah.
“tak tahu..ibu cakap mak ada di satu tempat …kita tak boleh pergi sana kecuali dah sampai masa…tapi ibu dengan nenek selalu bawa shiela pergi rumah mak…sian mak rumah tak ada pintu..” Petah Shiela memberi jawapan, sayangnya Aminnudin tidak dapat menangkap apa yang cuba diperkatakan oleh anak kecil itu.
“adik..uncle nak masuk dulu…nah…ini untuk adik…terima kasih sebab jaga kucing uncle…nanti kongsi dengan mak dan mak cik iqa yea..” Sebungkus plastic gula-gula fox yang sememangnya baru sahaja diambil dari dalam kereta sebentar tadi dihulurkan kepada Shiela.Namun anehnya shiela tidak terus mengambil gula-gula tersebut.
“boleh ke uncle?? Ibu selalu pesan jangan terima apa-apa dari orang yang kita tak kenal..”
“tentulah boleh…uncle bagi ini sebagai tanda terima kasih dekat shiela…tapi taka pa shiela ambil je..nanti tanya dekat ibu sama ada shiela boleh makan ke tak yea…” Shiela tersenyum mendengar perjelasan Aminnudin walaupun dia masih was-was menerima gula-gula tersebut, tetapi akhirnya Aminnudin Berjaya menyakinkan Shiela untuk mengambil gula-gula darinya.  Sebaik sahaja menerima bungkusan gula-gula itu, shiela mengucapkan terima kasih sebelum berlari masuk ke rumah. Aminnudin mengeleng kepala, dia juga perlu masuk, tetapi sempat juga dia memangil si kucing comotnya itu, mana tahu, kot muncul dari celahan kereta. Puas memangil namun ekor kucing pun tak nampak, Aminnudin terus masuk ke dalam rumah.

Sebaik dia masuk ke dalam rumah, wanita dari sebelah keluar.
“shiela uncle mana bagi shiela gula-gula fox ni??”
“uncle sebelah….betul bu tadi dia kat pagar tu..dia cari meow meow…shiela cakap lah mak cik iqa ambil..”
“betul lah kucing tu kucing dia…hish..orang sebelah ni kerja dia asyik menyusahkan aku je…”
Bebel Adhila sendiriaan, walaupun sudah hampir seminggu lebih jiran sebelah pindah masuk, namun bukan sahaja bayangan tidak pernah dilihat malahan nama pun asyik terlupa je, sedangkan Mak Niah sering menyebut. Tetapi yang paling menyakitkan hati, apabila jirannya itu selalu sahaja menyusahkannya, bukan dia tidak mahu bertolak ansur, tapi kalau dah cari pasal, sudah lah tak pernah dengar ucapan maaf . Mana nak dengar ucapan maaf kalau batang hidung pun tak nampak.Sibuk sangat agaknya sampai tak reti bergaul dengan orang, apa dia kerja cat bangunan satu batu pahat…hah kan dah keluar bab mengutuk…yaAllah..sabar je lah…
“nah ambik lah…tetapi jangan makan lebih-lebih, kalau gigi rosak ibu tak tahu…” Adhila menyerah kan juga bungukusan gula-gula itu pada Shiela yang hanya menganguk. Budak kenit tu apa kisah, janji dia dapat gula-gula.Akhirnya Adhila mengeleng dan masuk ke dalam rumah. Niatnya untuk menhabiskan novel 7 hari mencintai ku hari ini. Walaupun novel itu pernah di baca suatu ketika dahulu, akan tetapi dia sendiri seakan sudah lupa penceritaan novel tersebut.
“mia ni buta ke apa?? Dapat suami yang gentleman macam tu sekali pun tak nampak..” Bebel Adhila sendiriaan, emosi sendiri walaupun sekadar membaca cerita novelan. Shiela yang datangnya dari luar, terus menerkamnya menyebabkan novel yang berada di tangannya terjatuh.
“ya Allah anak ibu ni…nak apa??” Walaupun pembacaannya tergangu, namun adhila tidak marah , sebaliknya dirangkul kemas badan anak kecil di dangkapannya kini.
“ibu boyin lah…jom lah g jalan-jalan…” tutur Shiela yang masih ada pelatnya.
“boyin boyin…nak pergi mana??ibu penat lah sayang..”
“alah ibu ni…jom lah kita g jalan jalan…” Shiela terus memujuk sambil membuat muka kesian. Dan bosan sanggatlah tu. Kalu tidak ada anak kak Afiqah meneman Shiela, si        tu. Tetapi hari ini mereka sekeluarga balik kampung untuk majlis cukur jambul anak saudara mereka.
Shiela masih dengan muka simpatinya , merayu agar permintaannya dituruti. Adhila ketawa kecil sambil mengeleng kepala. Dia akhirnya mengalah juga dengan anak kesayangannya ini. Betul lah orang selalu kata, ibu bapa memang tak boleh menang dengan anak-anak mereka.
“yalah…pergi siap cepat..lepas tu kita pergi jalan..”
Shiela tersenyum, dia member ciuman dipipi Adhila sebelum melompat dari pangkuaan Adhila untuk bersiap. Adhila hanya mampu mengeleng sekali lagi. Shiela adalah racun dan penawar dalam hidup nya.

No comments:

Post a Comment