BAB 11 - kenangan Farahain
Sebaik sahaja lelaki yang dikenali di kedai buku itu
menjawap pangilan, Shiela datang ke arah Adhila dengan wajah yang kepenatan.
“ya Allah…shiela main apa sampai penat sanggat ni…”
Adhila memangku Shiela. Dilap peluh yang menitis di dahi anak comelnya itu.
“main kejar kejar….bu jom balik..penat lah…”
“ha???” Satu lagi perangai Shiela yang saling tak
tumpah dengan Farahain Hanisa iaitu mudah penat apabila bersukan dan bila bab
memujuk no 1. Adhila tersenyum sendiri apabila teringat pada persamaan anak
beranak itu.
“ok…itu lah tadi ibu dah pesan jangan main
sakan…sekarang dah penat…” Adhila bangkit dan meminpin tangan Shiela, dia ingin
menyapa lelaki yang masih sibuk menjawab pangilan telefon, dan kedengaran
seperti perbualan yang ‘serius’. Adhila tidak mahu dikatakan menyibuk, apatah
lagi shiela sudah merengek untuk pulang.
“yalah jom…” Akhirnya Adhila akur dengan permintaan
Shiela, mana pernah permintaan anak gadis itu ditolak.Walaupun ada rasa
terkilan kerana tidak dapat menyapa lelaki sebelum pulang.
Sampai di tengah jalan, Adhila mengetuk kepalanya
perlahan.
‘yaAllah, punya lah puas berbual, aku sikit pun tak
tanya nama dia…’
Adhila mengeleng , terasa kelakar pun ada, mana kan
tidaknya mereka berbual seolah-olah sudah mengenali satu sama lain dalam tempoh
yang lama sedangkan hakikatnya nama pun mereka tak tahu. Akhirnya lelaki it
uterus menjadi mesteri.
“shiela nak makan apa malam ni???”
“nak makan nasi goreng pataya…”
“hurm…ok…”
Adhila meneruskan pemanduaanya, dia mahu singgah ke
kedai runcit membeli beberapa barangan runcit sebelum pulang ke rumah. Dan
semasa dalam perjalanan ingatannya melayan pada teman baiknya.
Imbas kembali :
Farahain Hanisa binti Hassan dengan lahapnya
menhabiskan nasi goreng pataya.
“wei kau dah sepuluh tahun ke tak makan??” Marah
Adhila apabila melihat sikap lahap kawannya itu, malu pun ada juga.
“hish kau ni nasib baik aku tak tersedak…” Giliran
Farahain Hanisa pula memarahi Adhila apabila dia hampir sahaja tersedak. Adhila
menjeling, memang tak boleh menang kalau berbicara dengan kawanya itu.
“ kau dengan mamat tu sekarang memang dah
‘officially couple’ ke??” Tanya Adhila sambil menyuap nasi goreng daging kunyit
ke dalam mulutnya. Pertanyaan itu membuatkan Farahain hanisa tiba-tiba berhenti
menyuap, air fresh orange di sedut perlahan. Tiba-tiba gayanya berubah menjadi
gadis melayu terakhir.
“betul lah tu!!!” Teka Adhila apabila menyedari
perubahan sahabatnya itu, apatah lagi Farahain Hanis mempunyai kulit yang
putih, oleh itu apabila dia malu atau marah dapat ditangkap dengan mudah kerana
mukanya akan memerah seperti sos cili.
“aku tak tau lah dhila..tapi naqib ni lain dari yang
lain ….dia buat aku rasa istimewa..hati aku ni berdebar debar je setiap kali
dengar suara dia…setiap malam aku ni dia asyik muncul membuat aku gila
bayang…dah lah dia handsome…tapi bukan tu je tau..setiap kali dia ‘call’ mesti
dia tanya khabar , khabar family aku..dan setiap kali aku ada masalah mesti dia
dengar….kau faham tak perasaan tu macam mana??” Jelas Farahain Hanisah, pipinya
masih kemerahan, dar riak matanya Adhila tahu kawannya itu sememangnya sudah
jatuh cinta.
“aku tak kisah kalau kau nak bercinta dengan dia ke
apa…tapi kau kena ingat, kita ni baru sahaja tamat SPM belum tentu lagi result
kita macam mana..masa depan kita pun kita tak tahu…”
“hish kau ni bagi ceramah free dekat aku buat apa..bukan
nya kau cakap aku ak kahwin dengan dia esok..aku tahu lah aku ni mudah lagi…dia
cakap dia sanggup tunggu aku habis belajar..tapi masalahnya….” Farahain
memandang kekiri dan kekanan, sebelum berbisik sesuatu pada Adhila.
“aku yang tak sabar nak kahwin dia dia..kalau boleh
malam ni juga aku nak pergi heret dia pergi rumah tok kadi..”
“gatal..” Marah Adhila disertakan dengan pukulan
dibahu Farahain.Sementra itu Farahain sudah mengegek menahan ketawa lucu
mengenakan sahabat karibnya itu.
“alah aku gurau je…kau ni pun….tu lah kau ingat aku
tak reti berfikir…gatal sangat..kalau gatal aku dah lama dah buat apa yang aku
cakap kan tu…” Farahain masih tidak dapat berhenti ketawa. Adhila hanya
menjeling.
“tak guna kau kan…kenakan aku je..dah diam lah…”
“ok ok..sorry sorry..alah lah..” Farahain memujuk
tidak sampai lima minit Adhila kembali tersenyum, dia memang tidak boleh menang
kalau merajuk dengan Farahain lama-lama. Ada je idea Farahain untuk memulihkan
senyumannya.
No comments:
Post a Comment