Wednesday, November 9, 2011

Hasil 3 tahun -part 1

yeah!!!!!

Akhirnya nampak juga hasil aku belajar selama tiga tahun di Koleh Unikop . walaupun pada mulanya aku memang pergi situ sebab follow hajar, tetapi lepas Hajar keluar, sambung study dia kat Poli, aku jadi takut...aku keseorangan, tetapi aku juga sedar waktu itu, aku kena beruasaha sendiri ....hehehe...walaupun keputusan aku tidak lah sebagus mana, sekadar 3.42 je ..tetapi aku tetap tak menyesal memilih Unikop...mungkin jalan cerita aku akan berbeza sekira aku memilih tempat lain sebagai tempat aku belajar ...namun segala kenangan pahit dan manis disini banyak mengajar aku erti cinta, sahabat, dan asal garam manusia. Mereka membuat aku lebih matang dalam menghadapi dunia ini, sebab itu aku sanggat bersyukur kerana dipertemukan dengan kawan-kawan sebilik aku...andai lah mereka semua tahu bertapa aku sayunk
dan bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka ....sememangnya tiada kata yang dapat aku gambar kan .


..Wani , yang paling muda dan sentiasa akan jadi paling muda biarpun ada junior lain...siapa lagi nak ajar
aku pasal make-up, dress up dan yang paling penting siapa yang nak make up aku ^^ Sudahlah dia yang paling laju berjalan, terutama kalau nak g kelas tu...kita yang duk sebelah dia pun boleh rasa kelam kabut ....yang paling best tu bila bab makan, semua dia kebas...dan lau dia makan sambil tengok drama, drama tu dah habis satu episode pun ...nasi dia tak habis lagi ^^






Farah- teman sekatil aku, dia kat bawah aku kat atas (double decker yea!!) dia yang paling keras kepala, kalau dia cakap dia nak bawa kereta tak nak belok-belok, maknaya jalan tu kena straight bila dia bawa...tetapi dia yang paling baik hati ^^ Tak sabar rasanya nak rasa kek yang dibuat farah sendiri ^^ mesti sedap ..nyum-nyum




Abbiey - Dia yang paling jiwang, sudahlah waktu mula-mula aku selalu ingat dia mengaji ...rupanya menyayi ..maknanya suara abbiey memang lah merdu bak buluh perindu ^^ dia juga yang paling liat nak berjalan-jalan dengan kitaorang ..tetapi aku pernah ingat, aku bawa dia jalan dari T.S ke Pavi huhuhu....agaknya sebab tu dia dah serik nak keluar dengan aku tu ^^ jangan marah yea sayunk .

Wunny - Nampak je sekeping, tetapi makan...hurm~~ macam bela hantu ^^ dah lah dia yang paling nakal, selalu je keluar malam, tetapi bila bab tolong kawan atau kerja assignment dia serious. Paling suka main game, bagi je game kat dia, sure lah dia tak turun-turun katil . Hehe ^^

Mun- Mek kelantan ni, sayunk benor kat abe dia , tapi abe dia pun sayunk kat dia...tapi kadang-kadang leh tahan gatal dan nakal dia ni ...tapi mujur lah dia tahu kawal diri ^^ tapi aku bangga dengan Mun sebab, nakal-nakal dia, sembanyang tak pernah tinggal ^^  Walaupun mun ni kadang-kadang leh jadi sanggat kedekut, tetapi dia juga baik hati, bila dia kerja kat etika, macam-macam barang etika dia bagi kat kitaorang, terharu betul ^^ sebab tu aku sayunk mek kelantan yang peramah ni

Nana - gadis tinggi lampai yang bergaya, kadang-kadang aku suka bermanja dengan dia, mungkin sebab dia tinggi jadi aku rasa dia macam kakak...Dalam ayu-ayu nana, boleh tahan mulut laser dia ...hehehe...tapi dia tak lupa kawan, sentiasa ada bila kawan dalam kesusahan ..dan dia juga mak kepada anak kami Twef2x ..aku bonda ^^ bengong kan

Shue2x- ni lagi sorang gadis tinggi lampai....tapi dia selalu je kata nak diet ^^ hehe tapi sebenarnya dia dah cukup lawa dah, sebab dia tinggi ^^ waktu mula-mula shue2x tempat aku luah perasaan terutama time cinta bertepuk belah tangan tu (golek2x gelak sowang)

Miza - dia masuk lambat sikit..mula-mula tengok macam tak banyak mulut, sekali dia tunjuk belang, tak berheni-henti bercakap ....tapi dia selalu ajak aku,nana dan shue2x pergi rumah dia...g karoke..g uptown ^^ rumah dia dekat dengan rumah nek su ^^ tapi bila raya tak jumpa sebab dia tak da kat umah.


Dan yang lain, Yana, Ezaty, Yan, Effa, Kak mimi yang ada dalam bilik untuk seketika ....walaupun aku tidak mengenali diorang lebih mendalam, tetapi aku tetap bersyukur sebab bertemu dengan mereka...