Bab 12- Jatuh cinta
Sejak dari tadi Aminnudin seakan kucing kehilangan
anak, kehulur ke hilir tidak menentu. Keluhan dilepaskan diselang seli dengan
melihat paparan skrin telefon. Sebenarnya sejak petang semalam ibunya sudah memberikan
nombor telefon Linda , ya Linda gadis yang beriya iya ibunya ingin jodohkan.
Bukan dia tidak sudi, tetapi sejujurnya hatinya telah dicuri oleh seseorang.Dan
bukan dia tidak mahu menjelaskan isi hatinya pada ibunya, tetapi dia pasti akan
diketawakan. Ia nya bagaimana dia ingin mengatakan dia telah jatuh cinta sedang
kan nama gadis itu pun dia tidak tahu.
‘yaAllah kusut lah macam ni…’ Keluhan panjang
dilepaskan sebelum dia merebahkan diri di atas sofa yang tidak lah seberapa
empuk. Seketika kemudian telefonnya bordering, dalam kemalasan dan keresahan
Aminnudin memandang malas skrin telefonnya. Namun dia segera bangkit apabila
mendapati pangilan tersebut dari seseorang yang amat diperlukan.
“asslamualaikum buah hati aku disana..amacam best
tempat baru…” Aminnudin ketawa terbahak bahak, sememangnya Hazwan menghubungi tepat
pada masa dia memerlukan seorang teman untuk berbual. Teman yang sudah dikenali
sejak di bangku sekolah lagi, teman yang berada disisi disaat dia senang dan
susah. Teman sejati.
“boleh lah bang….tapi abang tak ada ..anja windu kat
abang busuk tau…” Sengaja Aminnudin menjawab dengan gaya lelaki lembut. Hazwan
yang berada di hujung talian hanya ketawa.
“amboi tu perli aku ke apa??”
“bila masa pula anja perli abang busuk…hurh…nganjuk
kan…” Tak sudah sudah Aminnudin menyakat. Semuanya bermula apabila Hazwan
membahasa kan diri anja dan abang busuk dengan kekasih hatinya si Zulaika. Tapi
dalam anja abang busuk kahwin juga mereka tidak macam dirinya yang masih
‘single yet unavailble’ .
“aku hempok kepala kau kan…tak sudah sudah…”
“ala…sejak bila kawan aku yang gentleman sangat ni
reti merajuk…ni mesti belajar dengan ika kan…elok lah tu dulu aku suruh kau
bercinta dengan perempuan melayu terakhir kau nak juga bercinta dengan tomboy
tu…lepas tu kau yang jadi lembut…tapi sampai sekarang kau still tak bagitahu aku
siapa yang bagi gelaran yang sangat lawak tu..anja..abang busuk…pecah perut
do..” Aminnudin masih tidak berhenti ketawa. Seketika dia lupa pada perkara
yang meresahkannya sebentar tadi.
“alah dah jodoh nak buat macam mana…at least kahwin
juga aku..kau tu bila….hari tu mak aku ada terserempak dengan mak kau…tu yang
dia mention pasal nak jodohkan kau dengan anak kawan dia..betul ke???”
“ceh..patutlah kau call aku…rupanya nak cari gossip
je..”
“sambil menyelam minum air…lagipun kalau kau nak
kahwin aku pun boleh tolong jadi pengapit kau…”
“apa kejadah tu..woi..biasa orang yang jadi pengapit
bujang tau..kau tu nak campak ika kat mana??”
“alah aku kan aku tiga lagi kosong…”
“amboi ada hati…ok boleh tapi nant aku cakap kat
ika…”Sengaja Aminnudin bergurau sedangkan dia tahu sanggat temannya itu takut
bini. Sejak bercinta lagi diikutkan sahaja cakap Ika tu, lepas kahwin lagi lah.
Macam tu nak berbini ramai, jawabnya seminggu je dah tempah nama kat wad sakit
mental.
“macam aku berani kan….serius ni …betul ke??kau dah
jumpa dengan budak tu ke??”
“belum..tapi ni yang aku pening ni…semalam mak aku
siap mms gambar Linda tu dan bagi nombor telefon…dan kau tahu sejak pagi tadi
dia asyik ingat kan aku supaya hubungi Linda..mana aku tak kusut…”
“apa yang susahnya…kau berkenalan je lah…kalau
berkenan kawan, lepas tu bercinta, kemudian kahwin…lagi pun kau bukannya ada
kekasih hati ke apa..”
“tu satu lagi masalah…..”
“masalah masalah….aku tak tahu lah berapa banyak
masalah kau ada..dah aa dia masalah kau tu…”
“aku dah jatuh cinta....”
“dah tu cakap kat mak kau…aku tak rasa mak kau nak
bantah pun…dia memaksa ni pun sebab kau yang tak bawa calon menantu kat
dia…jadi aku tak nampak apa masalahnya.”
“masalahnya nama perempuan tu pun aku tak
tahu…tingal mana, nombor handphone apa..semua aku tak tahu…”
Suasana sepi untuk seketika, Aminnudin seakan dapat
mengagak Hazwan pasti akan kehilangan kata-kata.
“kau dah check otak kau dekat hospital tak??mana
tahu lah ada wayar dekat otak kau yang dah putus…??” Nada Hazwan kedengaran
serius. Aminnudin sudah mengaru kepala yang tidak gatal. Mungkin betul , dia
patut jumpa pakar.
“hish kau ni jangan lah nak menganjing….dah nak buat
macam mana benda tu dah jadi tak payah lah kau nak sakit kan hati aku…”
“sukati kau lah wei….jangan kau buat bukan-bukan
dah….lagi pun kalau ada jodoh kau dengan dia ada lah ….lagipun tak salah pun
kalau kau berkenalan dengan budak yang mak kau nak kenal kan tu…tak kenal maka
tak cinta..mana tahu kan…”
“kau ni dah boleh jadi penulis novel lah…aku rasa
kalau bank pecat kau pun kau boleh survive …yelah boleh karang novel…mamat
jiwang…”
“mamat jiwang ni juga yang kau dok sibuk cari bila
kau ada masalah cinta kan…aku rasa kalau aku charge kau sebab guna perkhidmatan
aku rasanya aku dah boleh beli bangle sebiji….”
Mereka ketawa bersama-sama, ada sahaja perkara yang
tak masuk akal yang dibicarakan. Tetapi memang betul pun, hampir setiap kali
Aminnudin berhadapan dengan masalah pasti Hazwan dicarinya, Cuma sekarang
kekerapan itu sudah berkurang memandang kan masing-masing sibuk dengan aktiviti
sendiri apatah lagi temannya itu sudah pun mendirikan rumah tangga setahun yang
lalu.