Friday, May 31, 2013

Adhila - prolog



Prolog

            Bayi yang berada di dalam bilik jagaan bayi ditatap dengan penuh kesayuaan dari sisi cermin lutsinar yang memisahkan mereka. Perasaanya bercampur aduk sehingga dia tidak pasti lagi apa yang dirasakan. Gembira,sedih, kasihan, semua perasaan itu silih berganti. Gembira kerana akhirnya menemui insane kecil yang dinanti itu yang bermakna ahli keluarga bertambah, sedih kerana kehadiran anak kecil itu belum tentu nasibnya dan kasihan kerana sejak seusia beberapa jam, anak itu sudah mengenal erti kehilangan.
“maaf cik, jenazah harus diuruskan....cik nak pihak hospital uruskan atau ada mana-mana ahli keluarga arwah yang akan uruskan??”
Lamunannya terhenti apabila ditegur seorang jururawat berbahasa melayu.
“boleh tunggu sekejap, ahli keluarga arwah dalam perjalanan ke sini...lepas mereka datang baru lah kami bagi kata putus...dan lepas itu saya akan maklumkan pada pihak urusan hospital..” Jururawat itu sekadar menganguk, dia seakan mengerti akan suasana hiba itu berlalu pergi. Sebaik sahaja jururawat berlalu pergi, gadis itu sekali lagi memandang anak kecil yang mengeliat dalam tidurnya , seketika kemudian dia mengatur langkah menuju ke sebuah bilik. Sebaik sahaja membuka pintu bilik tersebut, dilihat sekujur bujur kaku yang terbaring di atas katil,badanya yang sudah ditutupi dengan selimut putih dibuka dan ditatap wajah pucat yang sudah tidak bernyawa itu. Tanpa sedar air matanya tidak mampu diseka lagi, mengalir deras membasahi pipi. Tidak sangka, sekali lagi dia akan mengalami pengalaman yang sama. Ini bukan kali pertama dia melihat sekujur bujur kaku seperti sahabatnya kini.Pertama kali melihat ayahnya yang pergi meninggalkan keluarganya kerana sakit darah tinggi, beberapa bulan kemudian ibunya pula pergi kerana sakit jantung, dan kali terakhir setahun yang lalu apabila abang, kakak dan adiknya terlibat dalam kemalangan dan meninggalkan dia sendiriaan. Biarpun sanak saudara masih ada disisi, tetapi mana kah sama dengan sebuah keluarga yang sebenar. Namun itulah ujian yang ditimpakan padanya, dan sebagai umatnya, dia tidak harus menghukum atau menyalahi sesiapa sebaliknya harus redha dengan ketetapan yang telah ditulisNya. Dan hari ini sekali lagi dia melihat kawan baiknya yang sudah diangap sebahagian dari hidupnya pergi meninggalkan dirinya selamanya.
“Ain....” Hanya nama itu mampu dituturkan dengan nada perlahan. Hatinya sebak, namun dia harus tabah, sedangkan dirinya sudah terasa sedih apatah lagi ahli keluarga Farahain Hanisa binti Hassan.
Tiba-tiba pintu dikuak, seperti yang diduga, satu pasangan berumur yang sudah mencecah umur 60-an masuk ke dalam bilik tersebut , NurAdhila Binti Muhammad Ariff segera mengelap air matanya. Wanita yang amat dikenalinya itu segera menerma ke arah sisi anak bongsunya.
“ain...bangun sayang....mak dah datang ni...” Mak siti menangis dengan teresak-esak,mengoyangkan badan anaknya yang sememangya sudah tidak bernyawa lagi.Pak Hassan yang memang dikenali sebagai seorang yang tegas dan garang juga menitis air mata, sekeras mana pun hati seorang ayah, akhirnya lembutnya juga apatah lagi melibatkan anak kesayangannya.
“mak siti tak baik macam ni, arwah tak dapat pergi dengan tenang...” Nasihat Adhila, itulah pesanan yang selalu didengar ketika permergiaan keluarganya dahulu.
“pak Hassan akan uruskan jenazah ain kan....tapi macam mana dengan Shiela??” Adhila kembali memandang Pak Cik Hassan yang kini sudah berada disisi Mak siti. Pak Hassan diam, dipandang wajah pucat anaknya dan kemudian beralih ke alih isterinya yang sudah hilang warasnya, tidak berhenti berteriak sejak dari mereka menerima berita mengenai anak bongsu mereka itu.
“kamu jaga lah anak ain elok-elok..pak cik amanahkan dia pada kamu Dhila...”
Adhila memandang Pak cik Hassan dengan wajah yang keliru. Benarkah apa yang didengarinya sebentar tadi, satu-satunya waris tertua Shiela mengamanahkan Shiela padanya, gadis yang baru berusia 19 tahun yang tiada ahli keluarga.
“pak cik amanahkan shiela pada saya??...” Adhila bertanya sekali , seakan ingin mendapatkan kepastiaan dari Pak Hassan yang menganguk, seakan keputusannya sudah tidak dapat diubah lagi.  Tetapi mengapa Pak Hassan membuat keputusan seperti itu, adakah perasaan marah pada anak mereka yang mengingkari kata-kata mereka sehingga sangup kahwin lari menyebabkan Pak Hassan nekad kitu menyerahkan cucunya.
“Pak Hassan masih marah kan Ain??” Entah bagaimana dia memberanikan diri untuk bertanyakan soalan itu.
“mana mungkin kami masih marah kan dia Dhila...buruk ke baik..arwah tetap anak kesayangan kami, malah selamanya Farahain Hanisa anak kami....Cuma buat masa ini lebih baik seandainya ada yang lebih layak untuk menjaga anak ain...kalau kamu risaukan tentang perbelanjaan, InsyaAllah, selagi Pak Hassan termampu, Pak Hassan akan hulurkan setiap bulan...”
“tapi Pak Hassan ...saya...”
“pak Hassan faham...Pak Hassan amanahkan anak arwah pada kamu pun, kerana arwah terlalu mempercayai kamu, kalau tidak dia tentu tak kan cari kamu waktu diperlukan....” Ujar Pak Hassan lagi dalam nada yang rendah tetapi masih tegas. Ada kebenaran di dalam kata-kata Pak Hassan, malahan sejak bertemu kembali dengan Ain beberapa bulan yang lalu ain selalu berpesan agar adhila menjaga anak dalam kandungannya seandainya Allah lebih menyanyanginya kelak.
“tetapi kalau betul kamu tak dapat jaga anak arwah, kamu serahkan pada mana-mana pusat kebajikan, asalkan kamu bagi tahu kami terlebih dahulu, apa pun dia tetap darah daging kami..”
Pak Hassan tunduk setelah menghabiskan kata-katanya, seketika kemudian dia memandang kembali jazad anaknya dan memandang pula isterinya. Entah betul atau tidak keputusannya, hanya doa pada yang maha Esa mampu dipohon agar keluarga mereka sentiasa dilindungi.
Adhila tenang, dia menghela nafas panjang, walaupun dia tahu itu bukan satu tabiat yang baik. Tetapi yang pasti sekarang dia diberi amanah yang besar oleh orang tua Farahain Hanisa , malahan arwah sendiri juga pernah mengingingan benda yang sama. Yang pasti anak kecil itu selamanya akan berada disisinya, melainkan Allah S.W.T mempunyai jalan cerita yang lain untuk mereka. Dan sejak dari itu bermulalah cerita NurAdhila Binti Muhammad Ariff bersama jantung hatinya Shiela Binti Naqib

idea

well cerita kopi coklet memang izi dah tulis sampai kemuncak, tetapi masih belum ada endingnya, bagaikan writer block, ada sahaja yang menhalang izi dari menaip jalan cerita yang izi ingin kan. Sedang kan sebelum membuka lappy, idea kat kepala tu datang mencurah, tapi lain ceritanya sebaik sahaja lappy dah on..waktu tu lah izi akan jadi blank...maybe sebab tu lah izi ni tak berapa nak aktif dalam blog ataupun laman sosial ni, sebab apa yang izi cuba sampaikan  izi tak tahu nak sampaikan dalam kata-kata yang indah....
Tapi kalau kita tak mencuba sekarang, kita takkan tahu apa keputusannya kan...jadi apa salahnya mencuba, akhirnya izi buat keputusan untuk mula menulis kembali...izi ni macam budak baru belajar, tapi tak buat cempedak nak jolok...apa pun izi akan sentiasa belajar, maybe dengan sentiasa surf blog blog yang famous ataupun tgk blog2x seperti penulisan2u ..dengan macam tu dapatlah izi sikit-sikit maklumat dan jadikan idea untuk olah idea dapat kepala izi ni...

cerita panjang-panjang tentu borin juga kan...=b
maaf sebab membebel je ...apa pun i will do my best ...

cakap kat diri sendiri fighting...^^~









 tengok dah nak publish, baru lah datang idea ni...sengal kan...apa dah izi ni...apa pun izi ada tertengok kat satu blog ni...dia ada lah karang cerita dia...lepas tu untuk watak-watak dalam novel tu dia letak gambar orang macam kat bawah ni....so kalau izi nak buat benda yang sama rasa nya ok kot....hehehe






ok contoh kat atas ni izi buat watak untuk watak Adhila dan Aminnudin...well bagi yang peminat kpop atau drama korea mesti kenal mereka atau pernah tengok cerita ni kan....ok memang orang kat atas ni adalah uee dan joo won dalam cerita okjakyo brother...well izi one of the fans cerita tu...best tau...tapi watak adhila dan aminnudin tak ada kena mengena dengan cerita ini atau mereka berdua..i just think both of them very cute...^^~




untuk watak Qasrina Rahman dan Iskandar Haris pula...izi cadangkan mereka berdua kat atas ini....ok tak?? yoo in na dan ji hyun woon ...haha..mengarut lah...x per lah..cadangan je ni...idea katakan..=b

Kopi coklet 9



BAB 9- mengimbau kenangan 

Jam menunjukkan 5petang, para perkerja ada yang sudah bersedia untuk pulang, tetapi ada juga yang masih menaip, menyiapkan segala tugasan yang diberi. Begitu lah kalau bekerja di syarikat swasta, tidak sepertinya masuk pukul 8 balik pukul 5. Kadang – kadang jika kerja masih banyak tertunggak dan ‘date’ line semakin hampir, terpaksa lah kerja hingga lewat malam. Antara yang masih belum pulang adalah Iskandar dan Qasrina yang memang sejak dari awal-awal lagi menyibukkan dirinya.
            Iskandar keluar dari pejabat, dia teringat ada satu tempat lepak di atas bumbung syarikat mereka yang menyajikan permandangan indah, sekurang-kurangnya dapat menenangkan dirinya seketika. Namun dia teringat dia belum lagi solat asar, oleh itu dia membatalkan niatnya untuk ke bumbung sebaliknya ke surau syarikat.
            Dalam masa yang sama , Qasrina juga keletihan dengan kerja-kerja yang tidak henti-henti sejak dari pagi, dia mengeliat. Dan memandang kea rah luar, dia teringat ada satu tempat di syarikat dimana selalu menjadi tempat lepaknya, iaitu di atas bumbung syarikat. Lalu Qasrina melangkah keluar dari pejabatnya dan menuju ke bumbung syarikat.
Sebaik sahaja sampai, ditoleh ke kanan dan kiri, kelihatan tiada siapa disitu, lalu qasrina mengambil satu tempat yang agak tersembunyi dari pintu masuk utama ke bumbung dan bersandar di dingding. Awan yang masih indah membiru biarpun sudah lewat petang. Qasrina menarik nafas panjang. Bohong sekiranya dia mengatakan bahawa dirinya sudah melupakan segala peristiwa hitam dalam hidupnya, sebaliknya selama ini, ianya bagaikan satu imbasan yang selalu berputar dalam ingatanya. Mana mungkin dia melupakan dengan mudah.



Tanpa Qasrina sedari, Iskandar yang baru sahaja usai solat asar baru sahaja melangkah ke situ. Iskandar yang juga tidak menyedari kehadiran Qastina mengambil tempat duduk yang lebih redup di sebalah kiri bahagian bumbung. Dia membaringkan badan, lalu ingatan kembali pada saat mereka sedang bahagia.

Imbas kembali.:
     “sayang ni, dah macam ni pun sibuk nak keluar jalan-jalan tau…!!”
marah Iskandar dalam nada manja sambil tangannya memimpin Qasrina yang sedang sarat mengandung selama 7 bulan. Malahan semalam baru sahaja mereka mengetahui jatina anak yang bakal menyerikan hidup mereka sekeluarga.
      “abang yang over protect qas…doctor pun cakap, exercise ringan-ringan lagi bagus untuk ibu mengandung…” 
Kali ini Qasrina mula memarihi suaminya itu yang terlalu bimbang akan keselamatannya, kalau boleh iskandar mahu Qasrina duduk sehariaan di dalam rumah. Silap orang lah, ini Qasrina lah, mana boleh duduk diam.
      “iyalah…jom duduk kat situ…abang yang penat tau…”
 keluh Iskandar,sememangnya dia memang tidak boleh menang kalau berlawan mulut dengan Qasrina, sehinga kadang kala dirasakan lebih baik isterinya itu menjadi seorang peguam dari menjadi manager.
    “nama apa yea kita nak bagi kat baby ni??” 
Qasrina bertanya, sambil mengurut lembut perutnya yang sudah membonyot kehadapan, sesuai dengan usia kandungannya.
     “entah lah…sayang rasa??abang ikut je…”
     “hurm…apalah ayah ni, tak romantic langsung…suami orang lain kalau waktu macam ni dah bagi list tau nak letak apa dekat nama anak dia…”
 Qasrina mengerling manja, tahu sanggat dengan sikap suaminya yang tidak pernah romantic sejak dari mereka menyemai cinta…tetapi dia tidak kisah, kerana dia mencintai suaminya itu seadanya.
       “sebab saya tahu awak mesti dah ada nama untuk baby kita…macam saya tak kenal awak…” 
Qasrina tersenyum mendengar alasan Iskandar, sememangnya tiada yang lebih memahami dirinya dari Iskandar.
       “Nurul Qaisara binti Muhammad Iskandar …”
 lembut Qasrina berbicara sambil mengurut lembut perutnya, dan melemparkan senyuman manis pada Iskandar. Iskandar menganguk, tangannya menyisip lembut rambut isterinya, dan sementara tangan kirinya mengengam erat tangan Qasrina.
      “sedap nama tu…Nurul Qaisara Binti Muhammad Iskandar.”
 Iskandar mengulangi nama tersebut sebelum memberikan satu ciuman pada bibir isterinya sebagai tanda terima kasih dan cinta. Qasrina tersenyum malu dengan tindakan mengejuk Iskandar dan menunduk malu. Itulah suamianya biarpun tak romantic tetapi cukup memahaminya dan kadang kala tindakannya membuatkan hatinya berbunga seperti baru sahaja jatuh cinta.
Indahnya saat itu, andailah ia nya berterusan pasti tiada yang berduka …..tetapi kita hanya merangcang , tuhan yang menentukan.

Sesunguhnya kenangan indah itu membawa air mata pada masa kini.Qasrina yang masih duduk di bahagian paling redup yang terlindung kerana ada satu payung diletakkan di satu sudut mengalir kan air mata. Andai masa dapat diputar kembali , pasti dia akan lebih kuat maka luka yang dihati ini pasti tidak akan sakit seperti hari ini. Namun apa kah dayanya, ketika itu dia terlalu lemah, lemah untuk dirinya dan lemah juga untuk Iskandar. Ada disatu saat dimana Qasrina tahu bahawa Iskandar membuat keputusan yang betul meninggalkannya, kalau bukan kerana tindakan Iskandar, pasti dia tidak mampu berdiri seperti hari ini. Mungkin juga dia akan terus menyalahkan takdir diatas segala yang terjadi.
Awan yang masih membiru ditatap, menhayati pemandangan di situ, walaupun sudah lewat petang, bahang matahari masih terasa. Qasrina bangkit meninggalkan kenangan masa lalu, dia harus mara ke depan meniti kehidupan baru.

Dalam masa yang sama, Iskandar yang terlena dibuai mimpi kenangan indah lalu terjaga apabila terdengar pintu ditutup dengan kuat. Iskandar meninjau kiri dan kanan, mencari kelibat manusia yang baru masuk. Tetapi tiada siapa disitu melainkan dirinya, Iskandar mengeleng sebelum kembali merebahkan diri.
Pengorbanan, itu satu perkataan yang dia sendiri tidak mampu mentafsirnya, ada kah perkara yang dia lakukan itu satu pengorbanan atau itu sebenarnya hanya tindakan dia melarikan diri dari masalah. Sejak bertahun-tahun perkara itu bermain di firikirannya, dia masih tidak menjumpai jawapan itu. Adakah suatu hari dia akan mengenal erti sebenar pergorbanan, layak kah dirinya mencapai kebahagiaan, sedangkan dia pernah melukan kan hati seseorang yang dia sayang. Walaupun bukan dirinya yang menjadi punca, namun Iskandar rasa dirinya lemah kerana tidak dapat bersama dengan Qasrina, berda di sampingnya sehingga akhirnya.

Thursday, May 30, 2013

The poplook shopping

mana mana perempuan pasti suka shopping kan...x kira lah shopping kat mall atau o9 sekali pun, kalau dah tgk, boleh rambang mata ni...tapi ada satu site ni memang izi suka sangat shopping, dah beberapa helai juga lah izi beli kat diaorang...yang paling izi suka sebab dorang deliver cepat ..kalau hari ni sebelum tgah hari order, esok dah sampai...sudah lah material diaorang pun bagus...

cerita punya cerita, puji punya puji ...nak tahu tak apa laman web yang selalu izi pergi untuk shopping....tentulah kat http://www.thepoplook.com
izi rasa maybe ada yang dah biasa dengan site ni tuk shopping, tetapi kalau ada yang masih belum tahu, ini lah waktu untuk korang pergi stalk kejap...tengok tengok dulu...apa orang kata window shopping ...lepas tu kalau dah ada yang berkenan boleh terus beli...

pembayarannya juga mudah sebab dia terus link pada bank, biasanya izi bayar melalui maybank2u ..so memang mudah lah...memang x payah jalan, duduk depan lappy je dah terus boleh beli, esok atau lusa boleh tunggu depan rumah atau hostel tunggu baju sampai...mudah kan...^^~

so izi share lah sikir baju baju yang menambat hati izi...lagipun kan dah nak raya ni...boleh leh beli satu dua...^^~










so jangan lupa yea http://www.thepoplook.com/

Adhila (sinopsis)

izi tahu cerita kopi coklet baru bab 8 tapi izi dah nak post ceta baru...well saje je izi buat macam tu..ye lah izi ni bukan ada banyak follower, ye lah salah izi juga sebab tak aktif...hehe...tapi izi akan cuba update sentiasa cerita..and izi rasa kalau izi dapat 2 follower within this week maybe izi akan upload kopi coklet sampai bab 14 tapi kalau tak....hurm..ikut ah macam mana...
ok kembali pada topik izi nak cakap ini...iaitu novel baru yang izi buat...well garapan cerita ini izi dapat selepas izi asyik bermimpi mimpi yang sama dalam tempoh seminggu sebab mimpi itu ada yang berulang dan ada yang bersambung...tetapi ia masih dalam kitaran yang sama.

ia mengenai seorang perempuan yang sebatang kara, hanya dengan ehsan mak cik saudaranya dia meneruskan hidup seperti remaja yang lain. Namun Allah sentiasa menguji umatnya agar kita tidak leka untuk terus sujud kepadaNya.. Dalam usia yang muda , Adhila yang sudah kehilangan ahli keluarganya mendapat satu hadiah yang terindah dari sahabat baiknya. Hadiah yang terlalu berharga dan merupakan hadiah terakhir dari kawan baiknya itu. Yup datanglah Shiela bagi menyeri hidup adhila. Walaupun dia masih muda, namun semangat dirinya kuat, dan dia percaya, tidak kira apa yang berlaku, asalkan dia beruasaha dan tidak lupa pada Maha Pencipta, InsyaAllah hidupnya pasti akan berjaya...
Kelip kejam masa berlalu, Adhila menjadi lebih matang, berbeza dari wanita sebaya nya. .. dan sama seperti Shiela yang datang tidak diundang, datang cinta yang membahagiakan dari seorang insan. Bermula dari jiran sebelah yang banyak menyakitkan hatinya, Aminnudin dengan caranya tersendiri berjaya memikat Adhila.
Walaubagaimana pun, panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari...sudahlah adhila tidak dapat melahirkan anak biarpun sudah hampir 3 tahun mereka berkahwin, namun Aminnudin masih setia disisi. Tetapi yang menguji cinta mereka apabila Aminnudin kemalangan jalan raya dan hilang ingatan. Sebagai seorang isteri Adhila tidak akan berputus asa dia tahu, dia berhak berada disisi Aminnudin....namun layanan Aminnudin pada dirinya terlalu sakit untuk diterima...dan dalam masa yang sama datang naqib, ayah kandung shiela yang selama ini tidak tahu kewujudan shiela ...dan kini menuntut hak keatas shiela...

adakah cinta Adhila dan Aminnudin mampu bertahan??
Bagaimana Adhila menabat hati Aminnudin, sama macam Aminnudin menambat hatinya dulu??
 atau akhirnya Adhila akur tiada jodoh antara mereka??




stay tune with me ok ...xoxo


kopi coklet 7 & kopi coklet 8



BAB 7 – aku dan kau

Qasrina membancuh sendiri coco kegemaraanya, memandangkan Sarah sedang bercuti. Tanpa disedari Iskandar haris juga mengunjugi Pantry tersebut.
“assalaimualaikum..”
“waalaikumusalam.”
Walaupun hubungan mereka bertambah erat sejak perselisihan faham antara mereka dileraikan, tetapi perasaan kekok itu masih tidak lari dari diri mereka.
“bancuh minuman sendiri nampaknya…mana sarah??” Tanya Iskandar
“haah…Sarah cuti…amboi rindu dengan pembantu saya ke??” Usik Qasrina.
“rindu juga lah, kadang kala tu, selalu juga jumpa dia dekat sini…” Senyum Iskandar walaupun dia tahu Qasrina mengusiknya.
“jangan lebih-lebih yea, dia tu bakal tunang orang..hurm mungkin dah jadi tunangan orang hari ini…”
“hari ini ke dia bertunang??”
Qasrina menganguk, di teguk minuman coco kesukaanya, dia duduk di kerusi yang berdekatan sambil memerhati Iskandar membancuh kopinya.
“jangan kata awak nak kejar dia…lepas tu luah perasaan…”
“awak mesti terlebih tengok drama lagi kan….dalam reality, kalau saya suka dia, saya call je lah, nak buat apa kejar…penat je…” Ketawa Iskandar, nampaknya ada beberapa sikap Qasrina yang masih seperti dulu, sikap obsess dengan drama, tak kira lah drama, korea, japan, indo mahupun melayu, asal dia suka jalan cerita sesebuah cerita dia akan menjadi taksub.
“itu lah awak tak romantic, sebab tu sarah tak jadi tinggalkan tunang dia…tunang dia hari tu, masa hari jadi Sarah, siap bawa 100 jambak bunga ros ni…gila lah..kalau saya jadi dia, tak yah tunang kahwin terus…” jelas Qasrina , kadang kala satu perangai yang dia menyampah dengan Iskandar adalah dia tidak cuba memahami wanita, dan langsung tidak mempunyai sikap romantic langsung.
“wah..hebat…saya memang tak kan buat macam tu lah ….”
“tahu dah…” Tiba-tiba telofon Qasrina bergetar, menandakan bunyi masej masuk. Qasrina menyeluk poket seluarnya, dia kemudia membaca pesanan ringkas yang dikirimkan oleh adiknya.
“adik saya, keluar date dengan Haziq…” Ujar Qasrina, iskandar membeliak mata.
“apa..adik awak…Qistina…dengan Haziq…??” Hampir tersedak juga Iskandar, dia tahu kawan baiknya itu sedang dilamun cinta, mana tidak nya, berak pun nak bawa telefon bimbit, dah tu muka berseri-seri je .
“haah..awak tak tahu ke, Haziq tak bagitahu??”
“betul ke Haziq tu..Haziq si tiang tu??” Tanya Iskandar mendapat kepastian. Sejak dari perkenalan mereka, pangilan nama tiang itu melekat pada haziq memandangkan ketingiannya.
“iya…memang dia…ingat awak tahu…”
“tak…serius , balik nanti saya smash down dia..patut lah happy semacam je…awak tahu Qas, saya pelik lah tiba-tiba dia buang tibiat, tak boleh berengan dengan telefon, sampai masuk jamban ni, nak bawa telefon…”
Qasrina ketawa mendengar perjelasan Iskandar, bukan dia tak tahu, adiknya pun sama je perangai, yang lagi kelakar apabila mengingati dia juga dulu pernah seperti itu.
“nampaknya bila part bercinta, zaman mana pun tak berubah kan..” ketawa Qasrina. Iskandar
juga turut ketawa mengiyakan sahaja kata-kata Qasrina yang sama sekali benar.“Apa kata kalau kita kacau diorang nak tak??”Cadang Iskandar
“ha?? Apa yang awak nak buat??”
“well tak terfikir lagi…ada cadangan?”
“hish…awak ingat saya jahat sangat ke, biar lah diorang tu…”
“alah…sebenarnya awak nak kan..cakap je lah…tak mengaku pula…awak risau kalau Qis marah kat awak kan…”
Qasrina memandang Iskandar , kemudian diam tersenyum kecil sebelum mengangguk. Iskandar tanpa sedar terpikat dengan kecomelan Qasrina.Masih tak berubah , dari dulu, bila ada perkara yang dia rasa bersalah, mesti Qasrina akan tunjuk muka comel nya.
            Tanpa sedar masa berlalu mereka terus berbual dengan mesra sekali. Kemesraan mereka hanya diperhati kan oleh pekerja yang lain, yang tidak mengesaki apa-apa, pada mereka itu hanya lah hubungan pejabat, tanpa disedari oleh mereka semua, ada sebuah cerita yang disembunyi diantara mereka berdua.




Di sebuah kafe yang terletak di dalam pusat membeli belah One Utama, kelihatan seorang lelaki sedang menghirup kopi, sementara memandang ke arah manusia yang lalu lalang di hadapan kedai tersebut. Pelbagai ragam dapat diperhatikan melalui tingkap kaca lutsinar, ada yang datang ber pasangan, ada yang sedang bergelak ketawa dan ada juga yang keseorang. Seketika kemudian, dia tersenyum kecil apabila mendapati seseorang yang dinanti sedang menghampiri kafe tersebut.
“sorry lambat ….teman kawan pergi rumah abang dia kar damansara tadi…lama ke tunggu??” jelas qistina, sambil tangannya menarik kerusi dan duduk di hadapan Haziq yang hanya tersenyum.
“its ok, kan senang kalau abang ambik je tadi..”
“alah, dah memang tengah keluar dengan diaorang tadi….”
Pelayan kedai tersebut datang bersama menu, dan tanpa sempat menu tersebut dihulurkan pada Qistina, dia telah membuat pesanan.
“ais latte ..”
“abang is dah tahu pasal kita??”
“belum, dia pun tengah sibuk sekarang??”
“hurm…Qis dah bagitahu kakak pasal kita…and dia tak kisah pun..”
Haziq hanya mengangguk.
“jujurnya abang tak tahu nak cakap macam mana dekat Is…tapi tak apa lah, nanti abang bagitahu dia juga kalau ada masa nanti…”
“ada bagus juga abang is dengan kak Qas satu pejabat…mulanya Qis takut juga kalau luka lama tu menyebabkan mereka berdua terluka lagi..”
“abang pun rasa macam tu, waktu mula-mula Is bagitahu abang, terkejut juga abang….tapi nampak nya macam diaorang tak apa-apa je ..malah sejak kebelakangan ni, abang selalu tengok Is senyum sorang-sorang, muka dia pun makin berseri-seri berbanding dulu…”
Qasrina menganguk, itu juga yang dirasakan pada kakaknya, sejak berkerja dengan Iskandar, entah mengapa dia dapat melihat kebahagiaan di mata kakaknya, sama seperti masa lalu, matanya berseri-seri dan ada sahaja lawak yang ingin diceritakan. Tidak senyap seperti selalu.
“betul tu abang…sejak mereka berpisah, akak sedih sanggat, dia dah macam orang tak ada semangat nak hidup, dekat setahun juga macam tu, dia pergi keja, balik keja, senyuman dia macam dah hilang, kalau tersenyum pun terpaksa…masa tu Qis benci sanggat dekat abang Is…” Air mata Qistina bergenang di matanya sebelum mengalir deras di pipi gebunya, bagaikan semalam melihat kakaknya bersedih, dan kerana itulah apabila temannya yang lain mengajak dia tinggal bersama di rumah sewa mereka, dia engan, kerana dia ingin di sisi kakak nya.Haziq mengunankan ibu jarinya untuk mengelap air mata Qistina, sementara tangan kirinya membelai lembut kepala Qistina.
“Semua terluka Qis, tetapi walau bersedih mana pun kita, tetap tak sama apa yang mereka berdua rasa..tapi Qis jangan lah benci kat Is..” Pujuk Haziq
“tak benci, tetapi abang Is tentu dapat  lupakannya dengan senang berbanding dengan kakak…”
“tak juga….melepaskan seseorang yang kita suka kerana kita tak mampu buat apa-apa untuk dia….perasaan tu sakit Qis, walaupun abang tak tahu apa yang is rasa, tetapi bila melihat Iskandar , abang tahu dia sangat terluka…”
“maksud abang ?? abang Is pun macam kakak Qas?? Tapi abang yang nak berpisah dengan Kak Qas…kalau abang is betul-betul sayang kak Qas, dia tentu akan bersama dengan kak Qas, bukan tinggal kan dia” Nada Qistina berbau kemarahan, terasa seakan kakaknya yang bersalah.
“itu juga yang abang rasa mula-mula, abang marah sangat pada Is apabila dia bagitahu abang dia nak berpisah dengan Qas, sampai abang belasah dia..”
“abang belasah abang Is??” Qistina bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Haziq menganguk.
“abang ingat tu dapat sedar kan dia, sampai longlai dia abang pukul, tetapi dia tak mengelak pun, dan keputusan dia tetap sama…bila abang dah tenang, abang tanya dia kenapa dia nak lepaskan Qas kalau dia betul-betul sayang pada Qas…Qis tahu apa dia jawab…”
“apa dia??”
“dia cakap , hati dia lebih sakit bila melihat Qasrina menangis setiap kali memandang dirinya….dan kalau dia terus berada di sisi Qasrina, dia mungkin tak kan sembuh sampai bila-bila kerana kesakitan tersebut…dia lebih rela biar dia yang terluka, kerana sekurang-kurang bila tak bersama, Qasrina akan lupa seketika akan anak mereka…”
Qistina seakan tidak percaya pada apa yang didengari, selama ini dia asyik menyalahkan Iskandar, terutama apabila melihat kakaknya menangis.
“tak sangka rupanya abang Is memang sayang dekat kak Qas….tetapi ini tak adil, mereka berdua saling menyintai, tetapi kenapa nak berpisah??”
“qis, setiap perkara pasti ada sebab nya kenapa ianya terjadi, kan bagus sekarang mereka dipertemukan kembali….apa yang terjadi pada mereka, hanya takdir yang menentu kan…”
Qistina mengelap air matanya, di pandang ke anak mata Haziq.
“abang, kalau perkara yang sama berlaku pada kita, satu je Qis mintak, jangan sesekali lepaskan tangan Qis, biar pun Qis benci tengok muka abang, abang tak boleh tingal kan Qis…”
Haziq mengengam erat tangan Qistina dan mengangguk.Biar masa hadapan masih belum kepastiaannya, tetapi saat ini hanya janji mampu diukir dan diharapkan keikhlasan percintaan ini akan membawa mereka berdua ke arah ke bahagiaan dunia dan akhirat.



BAB 8 – kesedihan pergorbanan masa lalu

Hari ini genap lima tahun pergi nya arwah Qaisara, walaupun begitu awal-awal pagi Qasrina sedang menyibukkan dirinya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu duduk diam, biarpun kerjanya telah siap, dia pasti mencari kerja. Qasrina yang keluar masuk pejabatnya sejak dari pagi tadi hanya diperhatikan pekerja, sesetengah dari mereka sudah lali dengan perangai Qasrina.
“kak sarah , bussy semacam je bos akak?? Rasanya sekarang ni tak ada lah masa sibuk mana??” Tanya salah seorang pekerja pratikal disitu ketika datang menyerahkan laporan kepada Sarah.
“ Cik Qasrina memang macam ni setiap tahun, akak pun tak pasti, tetapi setiap kali 20 febuary, Cik Qas selalu menyibukkan dirinya, kadang kala sampai tengah malam…” jelas Sarah,sambil tangannya memerhati kan laporan yang diberi.
“tadi saya nampak, Encik Iskandar pun sama, sibuk suruh setiusaha dia bawa kan fail-fail untuk disemak, dan selang 20 minit dia mintak kopi..”
“ye ke?? Kebetulan kot…ni…betul kan sikit…lepas tu hantar kat akak balik..”
Perbualan mereka terhenti disitu dan mereka kembali membuat kerja masing-masing.
Sementara itu di dalam bilik Qasrina cuba sepenuh hatinya untuk menumpukan sepenuh perhatiaanya pada kerja.Dia tidak mahu fikirannya tergangu dengan perkara yang menyedih kan. Tetapi entah mengapa kali ini seperti dia tidak mampu mengawal pemikirannya, adakah kerana Iskandar berada disisinya. Tangannya yang dari tadi tidak berhenti menaip dan menyemak fail terdiam kaku, dia memusingkan kerusi nya kea rah tingkap.Dipejam mata dengan rapat sekali, bagaikan semalam luka tersebut menguris hatinya, terasa sakit sekali hanya tuhan yang tahu. Kesakitan yang tidak mampu digambar kan dengan kata-kata amat menyeksakan.




Imbas kembali :
Sejak seminggu yang lalu, Qasrina sudah semakin pulih, dia tidak lagi meracau, malahan dia semakin tenang. Tetapi senyuman masih tidak terukir di riak wajah nya, kedua ibu bapanya sudah pun pulang ke kampung halaman dua hari yang lalu. Itu pun setelah Qasrina menyakin kan mereka bahawa dia sudah semakin baik, namun pada hakikatnya dia tidak mahu ibu bapanya risau akan keadaanya, sebagai orang yang beragama Qasrina perlu redha dengan ketentuaan ilahi biarpun ianya pahit untuk ditelan.
Pagi pagi lagi, iskandar telah menyediakan sarapan pagi untuk isteri kesayangannya, sejak beberapa minggu yang lalu, dia seakan sudah lali dengan persiapan sarapan pagi, sebagai suami, dia perlu buat apa sahaja demi membantu isterinya. Qasrina turun setelah selesai mengemas katil biliknya.
“sayang sarapan…” Lembut Iskandar menjemput Qasrina, Qasrina hanya mengangguk, dalam masa yang sama dia rasa bersalah kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Qasrina tahu Iskandar turut terluka , kerana Qaisara tetap anaknya juga,tetapi otak dan hatinya bagaikan tidak bersatu. Dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya dari berperlakuaan dingin pada Iskandar, dan setiap kali tersedar, hatinya rasa sakit sekali. Tiada yang lebih sakit dari kehilangan orang yang kita sayang dan juga buat orang yang kita cinta terluka.
“hari ni, abang masak kan mee kegemaran sayang…kan sayang selalu cakap mee abang paling sedap kat dunia…” Iskandar menyedukkan mee goreng ke pingan Qasrina yang tiada riaksi, hatinya sakit bila melihat keadaan isterinya begitu. Andai diberi pilihan dia rela sekiranya dia seorang yang merasaii kesakitan itu.Melihat riaksi Qasrina, hatinya bagai dihiris dengan puluhan pisau. Namun Iskandar masih cuba membuat Qasrina tersenyum,dia berharap satu hari nanti isteri nya mampu tersenyum dan kembali ceria seperti dulu.

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, akhirnya genap 2 bulan permergiaan arwah Qaisarah, namun hubungan diantara Qasrina dan Iskandar semakin hari semakin rengan. Kadang kala Qasrina sengaja pulang lewat mengelak untuk bertemu dengan Iskandar. Tujuaan untuk tidak bersikap dingin pada suaminya itu, hatinya sakit apabila diri nya berperlakuaan begitu, tiada niatnya untuk berlaku dingin pada iskandar. Tetapi setiap kali memandang wajah Iskandar yang tersenyum, dia teringat kan pada arwah, dan itu membuatkan dirinya bersedih, dan tanpa sedar bersikap dingin pada suami.
Iskandar menyedari hakikat itu, bukan sekali dia melihat Qasrina menangis kerana dirinya. Setiap kali Qasrina bersikap dingin , Qasrina akan berlalu pergi dan setiap kali itu jugalah dia melihat Qasrina menangis. Iskandar semakin pasti apabila membaca diary milik Qasrina yang memperjelaskan mengapa Qasrina sering mengunakan alasan pulang lewat ke rumah. Terasa seperti seorang yang tidak berguna, sebagai suami, dia sepatutnya membahagiakan isterinya, tetapi sebaliknya dia hanya mampu member kesengsaran kepada orang yang disayanginya.Terasa diri sanggat tidak berguna.

Satu hari ketika hari minggu,ketika Qasrina sedang menonton tv di ruang tamu.Iskandar menghampiri Qasrina, tetapi sebaik sahaja Iskandar duduk, Qasrina segera bangkit. Dengan pantas Iskandar memegang pergelangan tangan Qasrina. Seketika mata mereka bertemu.
“kenapa Qas macam ni??sampai bila sayang nak elak kan diri dari abang??” Jujur Iskandar menyuarakan isi hatinya. Qasrina memandang riak muka Iskandar, tanpa sedar hatinya terguris, kejamnya dia sebagai seorang isteri kerana tidak mampu melayan suaminya. Tanpa sedar air mata mula mengalir di pipi Qasrina.Iskandar bangkit, dia memeluk isterinya dengan kemas, dan esakan Qasrina semakin kuat.
“maaf kan Qas bang….:”
Iskandar membelai rambut isterinya, esakan Qasrina diselang seli kan dengan permohonan maaf. Namun bukan itu yang Iskandar mahu dari isterinya, dia mahu melihat senyuman wanita itu. Senyuman yang secantik cahaya pagi.Mereka berpelukan untuk seketika sehinggalah Qasrina berhenti menangis.
“Qas, kalau lah melihat abang buat Qas terluka, abang rasa lebih baik abang lepaskan Qas??”
Qasrina terdiam, dia tergaman dengan kata-kata Iskandar.Iskandar juga tidak menyangka dia akan meluah kata-kata itu, tetapi apabila memandang Qasrina, dia pasti dengan keputusannya. Sekurang-kurang luka di hati Qasrina akan cepat sembuh sekiranya Qasrina tidak memandangnya. Iskandar melepaskan Qasrina dari pelukannya, dan dia berlalu pergi. Qasrina terpaku, kakinya menjadi longlai dan dia terduduk sebaik sahaja Iskandar hilang dari pandangannya. Sementara itu Iskandar kembali ke bilik tidurnya, dia menutup pintu, air matanya tidak berhenti mengalir, selama mencintai Qasrina tidak terlintas pun untuk melepaskan Qasrina pergi, tetapi kali ini satu keputusan telah dibuat, dan keputusan ini membuatkan hatinya hancur berkecai.

Malam berlalu dengan pantas, Qasrina tidur di bilik utama sementara iskandar tidur di bilk tamu. Lewat tengah malam, Iskandar menghampiri kamar Qasrina, dia duduk di sisi isterinya. Di belai rambut isterinya. Air matanya tanpa disedariu mengalir deras. Setiap malam isterinya itu berada di dalam dangkapannya, setiap kali Qasrina bermimpi buruk akan membuat kan Iskandar terjaga dan memeluk Qasrina dengan kemas agar mimpi itu pergi dari tidur isterinya. Tetapi malam ini merupakan malam terakhir dia mampu melakukan itu semua.Ditatap wajah Qasrina sehingga subuh tanpa tidur. Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul empat pagi Iskandar bangkit, dia turun ke bawah menyedia kan sarapan pagi sebelum keluar dari rumah tersebut. Hanya satu helaian surat yang ditinggalkan.

‘assalamualaikum ..kepada isteri yang abang cintaii…jangan sesekali sayang maaf kana bang kerana melukan kan sayang, dan kerana itu sayang benci lah abang supaya sayang tidak lagi menangis. Abang tahu sayang tiada niat untuk bersikap dingin dengan abang, itu semua salah abang kerana tidak mampu menjadi seorang suami yang terbaik untuk sayang….tolong lah kembali senyum sayang…benci lah abang supaya sayang boleh tersenyum kembali, lupakan abang supaya sayang boleh kembali kuat seperti dulu…
                                                                                                                                    Iskandar