Thursday, May 30, 2013

kopi coklet 3 & kopi coklet 4



3 –biar masa itu mengubat-

Hari minggu akhirnya tiba, tidak kira lah sama ada pekerja mahupun pelajar, hari minggu memang digunakan untuk diri sendiri.Qasrina yang menyambung tidurnya kembali sebaik sahaja usai selesai subuh masih tidak bangun biarpun jam sudah menunjukkan pukul sebelas pagi. Qistina yang terlebih dulu bangun menuju ke bilik kakaknya, kebiasaanya Qasrina akan menyediakan sarapan, biarpun hari minggu jarang sekali kakaknya itu tidur sehingga ke tengah hari. Tanpa mengetuk pintu bilik kakaknya, dia segera masuk dan memandang kakaknya yang masih berselubung.
“patut lah tak bangun-bangun, kalau langsir tak buka, pasang econ sejuk-sejuk macam kat London…mana nak sedar….” Beber Qistina sendiriaan, tanpa disuruh dia mengkuak kain langsir member laluan kepada cahaya luar masuk ke dalam bilik.Qistina memandang kakaknya, namun riak muka kakaknya seakan dia sedang bermimpi ngeri. Tanda-tanda seperti berpeluh dan berbisik sendirian sedang berlaku pada Qaisara. Qistina menghampiri kakaknya.
“kak…Kak..Kak Qas bangun lah …”
Setelah beberapa kali digerak, Qasrina terjaga, dia segera bangkit, dia mengesat peluh di dahi, dadanya turun naik menunjukkan pernafasannya tidak sekata. Akhirnya Qaisara memandang Qistina.
“akak mimpi buruk ke??” Tanya Qistina sebaik sahaja Qaisara seakan tenang.
“ha?? Ooo..bukan ….” Qasrina menjawap dengan nada perlahan.
“akak…lapar lah …biasanya akak buat sarapan…kalau hari minggu pun biasa akak tidur sampai pukul 9 je….tahu tak Ina ni dah lapar, perut ni dari tadi asyik berbunyi jea…”
Qistina terus membebel , mengusutkan kepala Qaisara yang kemudiaannya mengusutkan rambutnya yang sememangnya sudah tidak terurus.
“bising lah !!!! masak lah sendiri…bukan tak tahu masak kan…” Marah Qaisara, dia bangkit dan mengemas-gemas katil , rambutnya yang panjang dan lurus diikat tinggi sebelum masuk ke dalam bilik air. Qistina masih tidak henti mengekori kakaknya.
“alah..memang lah …tapi Ina nak Spagethi meat ball akak…dari minggu lepas kata nak buat…”
“dah minggu lepas kau yang tak ada..salah kan akak pula..” Jerit Qasrina dari dalam bilik air.
“masalahnya, bukannya Ina sengaja, dah lecture tu yang nak adakan kelas ganti last minute….akak…tak kesian ke kat adik akak seorang ni???” Pujuk Qistina dalam nada yang sedih, siap dengan mimik muka yang sedih. Qasrina mengeleng kepala, memang tak boleh menang kalau Qistina mintak sesuatu dengan dirinya.Sayang katakan.
“iyalah..iyalah…jom turun ..”
Qasrina membuka pintu ais, dia mengeleng sambil memandang adik kesayangannya itu.
“cuba bagi tahu macam mana akak nak buat sphageti kalau bahan-bahan tak ada!!!”
“eh??? Tak ada ke??” Jawapan Qistina selambanya, langsung tak rasa bersalah, padahal dia yang sibuk sangat nak bersarapan dengan makanan ala italiaan itu.
“dah tak ada bahan macam mana nak buat…lain kali  je lah …kita makan nasi goreng ayam je lah …siap pakej dengan makan tengah hari …” Qasrina memberi cadangan, namun awal – awal lagi Qistina telah menolak, dia punya geleng tu dah macam boleh putus kepala tu.
“gedik lah ina ni ….”
“alah akak ni…bukan jauh pun …kat depan tu ka nada carefour, pergi je lah …bukan jauh mana pun….tak kira adik nak juga sphageti…!!!” Beriya iya Qistina inginkan sphageti, siapa boleh  buat peragai macam  budak kecil dekat depannya, dengan gaya menhentak kaki sambil anak matanya sudang bergenang dengan air mata.
“kau ni…ada juga aku …..YaAllah sabar je lah …” Marah Qasrina, ditangannya sudah memegang sebotol air mineral yang dibawa keluar dari peti ais. Kalau diikutkan hati hendak sahaja dia hempuk Qistina dengan botol mineral 1.5litre tu, tapi nasib baik dia masih waras, kalau tidak ada juga kejadiaan berdarah dekat sini.
“yelah…kejap..akak tukar baju…” Kalau dah kakak tu, susah mana pun, kalau disebabkan adik atau pun abangnya, tak ada makna dia nak melayan kerenah mereka. Mujurlah dia hanya ada seorang adik, kalau ramai, mahu gila dia.



Seperti biasa hari minggu carefour yang terletak hanya beberapa kilometer dari rumah dipenuhi ramai pengunjung, maklum lah hari minggu, ketika ini semua yang bercuti mengambil masa untuk membeli barangan hariaan mereka. Dan kebiaasaanya pula, harga barangan mentah lebih murah pada hari minggu ini untuk menarik lebih ramai pengunjung. Qasrina mengeluh, dipandang adiknya, yang begitu seronok menjejak kaki ke supermarket itu. Macam bawa pergi berjalan jauh je, padahal depan rumah je..hurm..mungkin tepi, eh tidak tengara…ah…lantak lah ..ada aku kisah, janji dia dekat dengan rumah.
“wei ina…apa yang ko dok belek botol sos tu lagi, dah cepat lah…” gesa Qaisara yang berada tidak jauh dari Qistina yang masih di rak sos cili.
“iyalah kak..kenalah tengok tarikh luput did dulu…”
“Allah…takkan lah supermarket ni tak wat inventory check ..sure lah kat sini tak ada yang dah expired…cepat lah…” Marah Qaisara. Sakit hati pula dia dengan adiknya seorang ini, banyak sungguh kerenahnya, sudahlah tidurnya digangu, sibuk pula nak makan sphageti, ini nak beli bahan punyalah lama. Qasrina Mengetuk dahinya perlahan, geram.
“bak sini…ok dah ni, lambat lagi expired dia…dah jom…” Qasrina yang menghampiri Qistina segera merampas botol sos cili di tangan adiknya, lalu ditujunkkan tarikh expired sebelum meletakkannya ke dalam troli mereka.
“tapi kak..cuba tengok yang lain dulu…” Qasrina memandang Qistina, dikecilkan matanya dan mencekak pingang.
“lebih baik kau jalan cepat sebelum akak jadikan kau spageti …” Marah Qasrina, Qistina hanya mencebik. Qasrina segera menolak trolinya dengan laju, kerana begitu marah, dia tidak sempat tengok ke kiri dan kanan, dan secara tiba-tiba trolinya terlangar dengan troli orang lain. Qasrina terjatuh ke lantai apabila gagal mengimbangi badannya. Marahnya bagaikan gunung berapi yang hanya menunggu masa untuk meletus. Qistina segera mendapatkan kakaknya serta membantu kakaknya bangkit kembali.
“akak…ok ke??” Qistina memastikan kakaknya tidak terluka, Qasrina mengeluh panjang.
“wei….korang ni ada mata ke tidak !!!” Ayat pertama yang keluar dari mulut Qasrina sebaik sahaja dia bangun, dan nada suaranya yang tinggi dan kuat, menyebabkan hampir semua orang memandang kejadiaan tersebut.
“maaf…tapi…” Iskandar memohon maaf, dia tidak sangka pula akan bertemu dengan Qasrina di situ, malah ketika berlaku pelangaran tadi, mahu juga dia naik angin, tetapi apabila menyedari gadis itu adalah Qasrina, dia hanya mampu memohon maaf.. Qasrina tiba-tiba membantu disitu apabila melihat Iskandar berada dihadapannya, Qistina juga terkejut.
“kau kenapa Is?? Haziq, teman serumah yang merangkap kawan baik Iskandar Harris menghampirinya, dia mengalihkan pandangannya ke arah Qasrina dan Qistina.
“eh..Qas…Qis…tak sangka pula jumpa dekat sini…YaAllah lama gila tak jumpa…” Haziq seperti tidak percaya dapat bertemu mereka kembali selepas Qasrina dan Iskandar berpidah, bukan tidak rapat, tetapi entah bagaiman hubungan itu terputus macam itu sahaja.
“ooo…abang Is, abang Haziq…Qis pun tak sangka dapat jumpa abang –abang kat sini..” Qistina tersenyum, matanya memandang Haziq. Bertambah kacak lelaki di hadapannya itu, mungkin kerana faktor umur telah mematang kan lelaki itu, tidak seperti dulu, selekeh je.
“tahu taka pa..kebetulan gila kan….kitaorang saja nak beli grocery kat sini..sebab dekat dengan rumah kan…” haziq bercerita, sementara Qistina hanya mendengar. Diantara kenalannya, hanya Haziq yang memangilnya Qis, kononnya nak mengejek lah. Dulu apabila bertemu, ada sahaja idea haziq untuk mengusil adik ipar teman baiknya itu. Antara gurauannya ialah memangil Qistina dengan pangilan ‘Qis’, tetapi apabila Qistina member perhatian dia mula berseloroh ‘ benda…abang cakap je ..nak kiss ke …yang pergi jawap yea buat apa..nak ke??’ .
“really, so abang Haziq menyewa rumah dekat-dekat sini ke...kitaorang pun sama…kan kak..” Qistina memandang kakaknya yang hanya sekadar mengangguk. Qasrina tunduk, tidak mahu memandang iskandar mahupun Haziq. Begitu juga dengan Iskandar yang hanya sekadar membisu.
“lah yea ke…kiranya kita ni berjiran tanpa sedar lah yea…:”Haziq ketawa, Qistina turut serta namun Qaisara dan iskandar hanya saling memandang. Haziq memandang mereka, begitu juga Qistina. Andai kejadiaan itu tidak terjadi, mungkin keadaan mereka berbeza. Luah hati Haziq dan Qistina yang mengetahui rahsia mereka berdua.
“wei…say something please….” Haziq menyengol lengan Iskandar yang masih membisu.
“hurm..ooo..anyway ..minta maaf lah yea…tak sengaja…ok see you in the office tomorrow ..bye..dah jom bla…” Iskandar menolak troli nya berlalu, Haziq bingung, dia berlari mengejar Haziq yang melangkah laju, dia hanya mampu melambai Qasrina dan Qistina yang masih disitu…
“dah jom balik dik…rasanya dah cukup dah bahan-bahan ni…” lemah Qasrina berbicara. Qistina mengerut kening, rasa simpati yang tidak terhingga pada kakaknya. Namun dia pasti akaknya semakin kuat, mungkin tindakan abang Iskandar betul, tetapi …Qistina tidak dapay menilai kebenaran.Dia hanya mampu berada di sisi kakaknya seperti yang dijanjikan.
Sepanjang perjalan balik Qasrina hanya membisu, biarpun Qistina cuba membuat lawak, namun ianya bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Qasrina berpelakuaan begitu sehinggalah ke malam. Malahan dia juga masuk ke bilik awal, belum jam Sembilan, Qasrina sudah menuju ke bilik.
“gila awal akak tidur??”
“ada kerja esok kan…lagipun akak penat…selamat malam assalamualaikum….:” Qasrina berlalu pergi meninggalkan Qistina di hadapan Tv sendiriaan.
Di dalam bilik, Qasrina tidak mampu lena, puas dia memusingkan badan sama ada ke kiri mahupun ke kanan. Namun matanya masih tidak mahu lelap. Qasrina bangkit, dia memandang almari, lalu dia melangkah ke tempat tersebut. Qasrina mengambil kotak yang berada di bahagian atas almari dengan bantuaan kerusi meja solek.
Dibuka kotak yang sudah lama tidak disentuh itu, dikeluarkan satu per satu barangan yang berada di dalam kotak tersebut, tanpa disedari air matanya berjurai.
‘YaAllah kuatkan lah hamba mu ini, sesungguhnya, aku tidak mahu menjadi lemah seperti dulu…Qaisara ..tolong bonda sayang ku…’





Iskandar hanya membisu, Haziq yang sudah tidak tahan dengan perangai teman baiknya itu mengetuk kepala Iskandar sehingga Haziq menjerit.
“kau kenapa…”
“kau lah kenapa bebal…”
“aku ok je lah…kau tu tak pasal-pasal ketuk aku…”
Ismail yang baru sahaja pulang dari kelas gantinya mengerut kening.
“ni pekehal ni….masalah rumah tangga betul lah korang ni…” Ismail menyergah mereka, haziq membaling bantal kecil yang berada disofa, namun sempat di sambut Ismail.
“wei..apa cer?? Dari tadi aku tanya macam mana kau boleh kerja sekalid dengan Qas…” Tanya Haziq, sebenarnya sudah berates kali ditanya soalan itu, namun tidak dijawab, mahu tak angin Haziq, tu yang di hentuk je kepala teman baiknya itu bagi sedar sikit.
“apa???” Ismail terkejut, dia sudah dapat mengangak yang sesuatu yang tidak kena, tetapi dia tidak menduga langsung apa yang didengarinya sebentar tadi.
“betul…aku ni lebih kurang pangkat bos dia….”
“is..jangan kat kau beriya-iya nak mintak kerja dekat harapan Bhd sebab Qasrina…” Tanya haziq, namun iskandar tidak dapat member jawapan. Sebenarnya dia sendiri tidak pasti kenapa dia membuat keputusan itu, namun  selama ini dia sentiasa mengambil tahu mengenai Qasrina, tidak ada satu berita pu yang terlepas dari telinga mahupun matanya, dan apabila dia mendapat tawaran bekerja di Harapan Bhd , biarpun gajinya lebih rendah dari tawaran sebelum itu, namun entah kenapa dia bersungguh-sungguh untuk berada di situ.
“aku dah agak dah ada yang tak kena…” haziq bersandar disofa, tidak tahu bagaimana untuk bersuara.
“memang selama ni abang tak pernah pun tinggalkan kak Qas kan….ingat Mail tak tahu ke…” Ujar Ismail sayu.
“sudah lah tu korang berdua ni..benda tu dah berlalulah, sekarang ni , aku hanya bos dia..tu je..tak lebih…lagipun aku tengok dia dah lebih bahagia sekarang…”
“bang..kalau bukan sebab Mail…mesti abang tak kan jadi macam ni…” Ismail memandang abangnya, hatinya terasa sakit, biarpun semua ahli keluarganya tidak menyalah kan dirinya, namun dia tetap rasa bersalah. Semuanya berpunca dari dirinya yang bodoh ini.
“ya Allah ….kau kenapa Mail…kan abang dah cakap benda tu dah berlalu…lagipun memang itu yang dah tersurat….” Iskandar bangkit.Meninggalkan Ismail dan Haziq disitu.










BAB 4 – Nak cari pasal??

Pertemuaan semalam di carefour bagaikan sudah dilupakan Qasrina, apabila dia berlagak seperti biasa di pejabat, malahan dia masih sama, tidak berubah. Iskandar yang tanpa sedar memerhatikan gerak kini Qasrina pelik kerana Qasrina selalu menjauh kahn dirinya. Entah mengapa dia rasa disisihkan. Dia kadang-kadang cemburu dengan anak buah bawahannya, biarpun di maki hamun Qasrina, tetapi sekurang-kurangnya Qasrina member perhatiaan pada mereka, tetapi apabila bertemu dengannya Qasrina hanya tunduk, bila ditanya sepatah, jawapannya sepatah, bila di tanya banyak, jawapannya sekerat, Mahu tak berapi Iskandar, macam dah di anak tiri.
“sara, bos kamu tu memang singa ke??”
“haa??” Sarah serba salah ingin menjawab pertanyaan iskandar namun dia menganguk sahaja.
“dia memang macam tu… tetapi dia marah bersebab…”
“tapi bila dengan saya, dia elok pulak…tak ada hangin-hangin…” Tanya iskandar, dia yang berada di pantry sedang membacuh kopinya, bukan tidak ada pembantu, tetapi kadang kala bos pun kenalah bergerak ke sana ke mari juga, bukan duduk dalam pejabat sahaja.
“Encik Iskandar kan bos…takkan lah cik Qas nak mengamuk kot…” Sarah letawa kecil, apa punya soalan lah bos kepada bos dia ni. Orang tak nak kena marah, dia pula nak kena marah.
“so dia tak pernah bertengkar dengan orang atasan lah yea…”
“hurm…” sara berfikir, cuba mengingati perkara-perkara sebelum member jawapan.
“tak juga, macam saya cakap tadi, kalau benda tak betul dia marah lah…tak kira lah bos ke tidak…sebelum sebelum encik Is ada lah senior manager ni…dia suka ambil kesempatan dekat perkerja perempuaan, mulanya pekerja lain takut juga nak laporkan, tetapi bila berita tu sampai kat telinga cik Qas, angin lah dia…macam nak berperang besar juga lah masa tu…saya tak tahu lah perang macam mana…sebab masa tu saya  belum kerja kat sini..tu pun Kak siti bagi tahu….Siap Cik Qas pasang perangkap baik punya untuk perangkap orang tu…apa lagi, kena buang kerja lah…memang jangan lah nak cari pasal dengan Cik Qas…” Panjang sara bercerita dari apa yang diingatinya, bukan lah nak jaga tepi kain orang, tetapi sebagai pembantu Cik Qasrina dia perlu lah tahu serba sedikit mengenainya bos nya itu.
“tapi kenapa Encik Is nak tahu pasal bos…??” Sarah bertanya namun Iskandar sekadar mengjongkit bahu, diletakkan jari telunjuk di bibirnya .
“shh…rahsia ok..” Ujar Iskandar lalau berlalu dari situ, sarah mengaru kepalanya yang gatal.
“perkehal lak pulak bos aku yang sorang ni, bos yang sorang tu perangai pelik, yang ni pun pelik…” Sarah membebel sendirian.


Kerja tak pernah siap, kalau dah siap pun pasti ada kerja yang baru. Itu sahajalah yang boleh Qasrina komen sekarang. Bukan lah nak mengeluh tetapi kadang kala tu keletihan macam tak menang tangan. Ni belum waktu Audit datang, lagi lah, nak pecah otak ni. Waktu itu lah rasa macam kaki, tangan, kepala semua angota badanya ingin tercabut. Tahun ini macam mana lah rasanya nak berkerja dengan Iskandar, nak tak nak dia kena selalu berdepan dengan Iskandar juga memandangkan kerjanya memerlukan dia meminta persetujuaan dari Iskandar. Di ketepikan fail yang baru sahaja selesai disemak, dipandang longokan fail yang berada di bahagian kananya, keluhan kecil dilepaskan. Diambil fail yang berada di bahagiaan paling atas dan diteliti. Muka Qasrina mula berkerut.
“bukan ke fail ni dah di settlekan dua hari yang lepas?? Kenapa ada kat sini balik??”
Qasrina bangkit, dia keluar dari pejabatnya untuk mendapatkan perjelasan daripada Sarah.
“sarah, kan fail ni dah di settlekan, kenapa awak letak atas meja saya lagi??”
“hurm…itu Encik Iskandar pesan dokumen tu masih belum lengkap dan dia nak cik Qas siapkan sebelum pukul 6 petang ni…” Sarah menjelaskan segala maklumat yang diterima dari Shiela kerani bahagiaan asset.
“apa yang tak lengkap lagi?? Saya  rasa every detail dah tak ada masalah.” Qasrina kusut, entah apa yang tidak kena, rasanya buat masa ini dia tidak pernah silap dalam menjalankan tanggungjawabnya.
“saya tak tahu…” Sarah hanya menjongket bahunya.
“Encik Iskandar ke yang bagitahu awak??” Tanya Qasrina
“tak, tapi Shiela..saya pun pelik…kenapa bagi kat shiela, boleh je dia panggil saya ke, atau suruh lina hantar kan pada saya…”
“betul…” Qasrina ingin mendapatkan kepastiaan. Sarah hanya mengangguk.
“ok kalau macam tu awak serahkan fail ni pada Shiela, suruh dia tanya  apa yang tak kena dengan dokumen ni…and then after that if anything happen I want you to inform me..” tegas Qasrina, sambil meletakkan fail tersebut di meja Sarah sebelum kembali semula ke pejabatnya.
Aku ni dah lah banyak kerja, dia sahaja nak kenakan aku ke apa. YaAllah sabarkan lah hamba mu ini. Kalau diikutkan hati nak je mengamuk, tapi tak jadi, dia masih mampu bersabar. Tanpa memikirkan lanjut hal tersebut, Qasrina kembali menyelesaikan tugasannya yang lain. Jam hampir menunjukkan 12tengah hari.
Seketika kemudia, sebelum waktu makan tengah hari, Sarah mengetuk pintu biliknya dan masuk bersama-sama beberapa buah fail.
“cik, ni semua dari bahagian kewangan punya budget, dan ini…” Sarah menyerahkan fail kepada Qasrina. Qasrina mengambil, kening terangkat sebelah.
“Shiela cakap lagi yang Encik Is tak puas hati ….katanya dokumen ni macam budak diploma punya kerja je..”
“apa yang tak kena?? Dia tak jelaskan??” sarah hanya mengeleng.
“dia tak pesan apa-apa??”
“oo ada…dari shiela jugalah, dia cakap Encik Is cakap, kalau ada apa-apa jumpa dia direct..”
“ok..thanks Sarah….”
“ok cik Qas, saya keluar lunch dulu, Cik Qas tak nak pergi sekali ke..??”
“oo..tak per lah, saya malas nak keluar makan hari ini…masih kenyang.” Alasan padahal macam mana dia nak keluar kalau kerja lama tak siap lagi, tambah lagi kerja baru, lepas tu nisatu fail ni, entah apa yang tak kena.Asyik dipulangkan oleh Senior Manager dia yang senget tu. Mahu tak senget, selama ini ada pula dia buat semua report guna karangan autografi budak sekolah, tak kan. Jadi dia sendiri tak faham apa yang tidak kena. Di letakkan fail tersebut ditepi, sakit hati untuk memandangnya. Dilihat beberapa fail yang baru diletakkan Sarah dimejanya.
Mahu je dia baling semua fail tu. Siapa tak angin kalau semua kerja yang dibuat selama ini, yang tak pernah dipertikaikan sesiapa apatah lagi Senior Manager yang lama. Qasrina memandang fail-fail tersebut sambil merengus geram.
‘apa permainan kau Iskandar haris?? Kau memang kan sejak dari dulu tak pernah nak senangkan aku…’ Marah Qasrina.
Macam nak gila Qasrina menyiapkan semua tugasannya, terpaksa OT sampai lewat malam pula tu. Kesian juga gak adik dia, janji nak makan luar sama-sama bagi meraikan kejayaan dalam mendapat markah tertinggi dalam common test, tetapi lain jadinya. Tetapi Qasrina masih tidak memberitahu mengenai kehadiran Iskandar kembali dalam hidupnya pada adiknya mahupun keluarganya yang lain. Dia tidak mahu keluarganya sangka dia akan terbelengu dengan masa lama.

Jam menunjukkan sepuluh malam, sebaik sahaja sampai rumah, direbahkan badan ke atas sofa yang terdapat di ruang tamu. Rasa macam buntut dia ni dah terlekat dengan kerusi di pejabatnya. Tangan ni pula dah patah kerana menaik segala maklumat yang ada. Terasa macam orang bodoh pun ada kerana terpaksa melakukan kerja yang sama berulang kali. Kali ini dia pasti seratus peratus tiada yang salah. Tetapi kalau ada, memang jawabnya adalah orang tu kena tempah tempat dekat hospital.Atau satu lagi pilihan, dirinya sendiri yang menempah di pusat sakit mental.

No comments:

Post a Comment