Thursday, May 30, 2013

kopi coklet 5 & kopi coklet 6



BAB 5 – kenapa tak cakap??

Sudahlah semalam, lewat malam baru pulang, hari ini, seawal pagi lagi Qasrina sudah bertapak di pejabatnya. Pak cik pengawal keselamatan semalam juga masih ada, dia yang baru sahaja ingin bertukar shift dengan rakannya agak terkejut dengan ketibaan Qasrina seawall itu.
“pak cik, kalau dah dapat “nate” sebagai bos, memang macam ni, silap hari bulan pak cik pula kena lawat saya kat pusat sakit mental.”
“hish kamu ni, ada ke macam tu, sabar je lah cik Qas, adalah hikmahnya tu.” Ujar Pak cik Rashid.Qasrina hanya mampu member senyuman ikhlas, tetapi hatinya hanya tuhan yang tahu bertapa dia membara. Kalau lah hendak diikutkan hatinya yang sakit ini, hendak sahaja dicincang Iskandar Haris itu dan dijadikan rendang.SubhanAllah, nasib baik lah iman nya masih kuat dan pemikirannya masih waras.

“cik Qas nak pergi mana??”
Tanya Sarah yang baru sahaja tiba.
“saya nak jumpa Encik Iskandar….” Ujar Qasrina, dia, langkahnya terhenti dan memandang kearah Sarah.
“sarah, tolong bancuhkan kan saya chocolate, saya tak makan apa-apa lagi…”
Qasrina mengatur langkah ke pejabat Iskandar, dilihat kiri dan kanan sebelum membuat keputusan mengetuk pintu pejabat Iskandar setelah mendapati pembantu Iskandar masih belum berada di tempat duduknya.
“tak kan belum sampai lagi??” Qasrina melepaskan keluhan kecil apabila mendapati Iskandar tidak berada di mejanya, baru sahaja dirinya ingin melangkah keluar, matanya terpandang ke arah sofa yang terletak di bahagian kanan pejabat. Qasrina mengerut kening apabila mendapati satu benda yang dibalut dengan kain selimut berada di sofa tersebut, perlahan Qasrina menghampiri ‘benda’ tersebut. Tiba-tiba ‘benda’ itu bergerak, terhenti langkah Qasrina, membeku dia disitu, seketika terasa bagaikan darahnya juga berhenti dari mengalir.
“hurm…??”
Qasrina menarik nafas lega, apabila mendapati ‘benda’ itu adalah Iskandar yang sedang tidur sambil diselumbungi hamparan selimut.
Iskandar memandang Qasrina, dia mengosok-gosok anak matanya yang masih lagi dipenuhi dengan tahi mata. Entah mengapa, ada satu perasaan yang tenang dan lega di hatinya, tanpa sedar Iskandar mengukir senyuman apabila memandang Qasrina yang terkedu, masih tidak bergerak dari tempatnya.
“ada apa??” Ujar Iskandar lembut dalam nada suaranya yang serak basah.
Qasrina masih disitu, diperhatikan sahaja gerak geri iskandar, dia terasa ada sesuatu berada di hatinya, seakan dia mengenali perasaan ini.  Namun dia dikejutkan dengan pertanyaan Iskandar.
“ha…hurm…saya nak submit ni…” Ujar Qasrina sambil menghulurkan fail kepada Iskandar yang masih dalam keadaan mamai. Iskandar bangkit dan menghampiri Qasrina yang seakan tidak mahu berganjak, badannya kaku disitu entah mengapa, Qasrina sendiri tidak pasti.
“bab sini….” Iskandar mengambil fail yang berada di tangan Qasrina sebelum bergerak ke mejanya.
“malam tadi tidur sini ke??”
“haah, banyak lagi report nak kena betul kan…hurm….huh…ok..this is better than previous one..lain kali cuba buat report lengkap macam ni, barulah nak bagi information dengan audit pun senang, ini tidak information tak lengkap ….” Bebel Iskandar dalam keadaan yang tegas, suara yang masih serak basah akibat baru sahaja bangun dari tidur. Qasrina sekadar memerhati sahaja tingkah laku Iskandar, ada satu perasaan muncul di hatinya, satu perasaan yang pernah hadir di dalam dirinya. Qasrina tersenyum kecil tanpa disedarinya.
“kenapa?? Ada apa-apa yang awak tak puas hati…ok..sarah ada bagi tahu saya awak marah pada saya sebab saya suruh awak re-do awak punya report…”
“bukan marah, Cuma sakit hati…”
“maaf lah yea…memang report awak tu boleh diterima pakai, tapi tak cukup kalau setakat boleh pakai je….everything should be perfect at least on 1% of the failure …maaf kan saya kalau awak tak puas hati…”
“huh….hurm..ok..saya keluar dulu…” Qasrina segera keluar apabila tidak tahu hendak bertanya apa, apatah lagi, perasaan sudah bercampur aduk. Sekira sebentar tadi perasaan marahnya membara, tetapi kini perasaan itu seakan sudah cair, diganti pula dengan perasaan kesian dan kesal dalam hatinya. Qasrina mengeluh kecil, riak mukanya jelas menunjukkan dia berasa tidak selesa. Qasrina berjalan menuju ke pantry pejabat dan Sarah masih disitu bersama-sama dengan beberapa pekerja lain.
“Cik Qas, saya bawu nak bawakan air cho untuk Cik Qas…” Ujar Sarah sebaik sahaja menyedari kehadiran Qasrina disitu.
“its ok…saya ambik sendiri, thanks sebab tolong bancuh….hurm sarah, boleh tak kamu bancuhkan kopi pekat ..”
“ha..kopi pekat??? Sejak bila Cik Qas minum kopi?? Kwow pula tu…”
“bukan saya..tapi awak bagi pada Encik Iskandar, Kopi tu 5 1/2 sudu, setengah sudu gula dan jangan campur sebarang susu….kalau boleh awak bancuh gula tu dulu baru awak letak kopi…”
Arah Qasrina sebelum berlalu dari situ, Sarah yang mendengar tidak sempat bertanya, agak terkejut dengan arahan Cik Qasrina. Ameera, budak pratikal bahagiaan kewangan memerhatikan Sarah.
“kenapa kau Sarah??”
“tak ada alah..aku tak tahu sama ada aku yang tersalah dengar, atau memang bos aku tu baru sahaja bagi tahu aku dengan teliti tentang cara buat kopi…”
“dah tu??kau tak tahu buat ke??” Tanya Ameera lagi.
“tak lah..aku biasa lah buat, tapi aku buat macam biasalah , kopi 4 sudu, gula 2 sudu , tak pun bubuh susu …ah lantak lah…baik aku buat segera…” Ujar sarah, tangannya pantas mengambil mug di cabinet dan membancuh kopi seperti yang diarah Qasrina sebentar tadi.


Sarah masuk ke pejabat selepas mengetuk pintu, Iskandar sedang leka menaip sesuatu dan menyemak beberapa fail yang berada di atas mejanya.
“saya ada buat kan kopi…”
“ooo…thanks sarah…I really need this, baru nak suruh pembantu saya buatkan..” Ujar Iskandar sambil melemparkan senyuman manis pada Sarah. Dia segera mengampai kopi tersebut. Tiba-tiba Iskandar membeliak kan matanya. Sarah terkedu, tidak tahu mahu ketawa atau terkejut. Tetapi jujur, riaksi muka Iskandar begitu melucukan.
“5 ½  sudu kopi plus ½ sudu gula …pergh…perfect…awak bancuh gula dulu kan….ini barulah rasa nikmat kopi sebenar….” Puji iskandar, dia segera meneguk minuman tersebut sehingga licin. Bagaikan kucing mendapat ikan.
“lepas ni saya nak suruh pembantu saya belajar bancuh kopi dari awak…dalam dunia ni  hanya beberapa orang je pandai bancuh kopi sesedap ni…satu mak saya satu lagi….” Iskandar terdiam, dia memandang ke arah cawan tersebut dan tersenyum kecil.
“Cik Qasrina yang suruh awak bancuh kan kopi ni kan…” Tanya Iskandar, nadanya begitu lembut, seperti tersimpan satu rahsia pada nada itu. Sarah hanya mampu menganguk biarpun dirinya di landa dengan beribu persoalan .
“anyways thanks sarah….tapi still awak boleh ajar pembantu saya cara bancuh kopi kan…”
“of courselah Encik Iskandar, ok lah saya keluar dulu…”
Iskandar sekadar tersenyum, mug tersebut diletakkan di atas meja, dia bangkit dan mengadap tingkap, memandang awam yang kebiruaan. Dia mengeluh kecil , mencari jawapan yang masih belum ditemuinya.
‘how can you still remember those small details?? Are you a fool?? , bukan ke Qas yang kata segalanya tentang Is menyakitkan….tapi….’





BAB 6 – Qistina bercinta!!

Qasrina menjemput Qistina dari university nya, kemudia mereka menuju ke restoran untuk menjamu selera.
“akak…seriously akak kerja satu tempat dengan abang Is??”” Tanya Qistina
“haah…mana kau tahu??” Tanya Qasrina sebaik sahaja menempah makanan lewat malam mereka.
“abang Haziq bagi tahu kat Qis….so orang yang akak kata buli akak tu abang Is lah yea??”
“banyak betul lah soalan kau…mana kau tahu ni..and wait…since bila kau berbalas masej dengan Haziq ni…??” kini mereka bertukar peranan, Qasrina pula kembali menyoal sebelum menjawab pertanyaan Qistina. Qistina sekadar mencebik.
“adalah…biarlah rahsia…tapi adik tanya akak tak jawab lagi, memang abang Is buli akak ke??”
“tak borin ke tanya soalan yang sama…” Marah Qasrina.
“akak!!!”
“mana ada dia buli….dia cuma buat sesuatu tu dengan teliti, dia kan perfectionist bukan adik tak tahu dia tu, and he still do something without telling the reason why he made the decision, disebabkan itu akak dah salah faham dekat dia….” Qasrina tunduk sambil mengeluh kecil . Qistina melihat riak wajah akaknya yang sunggul, terasa luluh hatinya melihat kakaknya sebegitu, dia tahu luka yang tidak mungkin sembuh itu menyeksa kakaknya, tetapi dalam masa yang sama entah mengapa dia mengharapkan abang Iskandar mampu mengubat luka tersebut, luka mereka berdua.
“kamu tak jawab lagi soalan akak, sejak bila kamu mula rapat dengan Haziq ni???”
“hurm..hehe…hari tu masa on the way nak balik rumah, terserempak dengan abang haziq, jadi dia tumpangkan…”
“amboi….kau jangan Qistina, memang lah tak salah nak bercinta tetapi jangan sampai pelajaran tercicir….” Nasihat Qasrina, dia tidak pernah menghalang sekiranya memang jujur Qistina ingin berkawan, tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu adiknya itu tersalah dalam memilih kawan yang hanya akan memakan diri sendiri sahaja.
“hish …akak jangan bimbang lah…akak bukannya tak kenal dengan abang Haziq tu..tapi kan..hehe..” Qistina tersipu-sipu malu, pipi nya kemerahan menahan rasa malu. Qasrina mengerut kening. Dah kenapa pula adik dia ni?? Sawan??
“akak…tahu kan…” Tanya Qistina. Qasrina diam, menanti adiknya menghabiskan bicara , dalam masa yang sama, air yang dipesan mereka sebentar tadi tiba. Dan tanpa menunggu Qistina menhabiskan kata-katanya, Qasrina segera meneguk air milo ais yang dipesannya.
“Qis memang suka dekat abang Haziq sejak dulu lagi…. “
kuh kuh….” Tersedak Qasrina mendengar luahan hati Qistina.Dia menepuk dada perlahan matanya bulat memandang adik perempuaanya, seperti tidak percaya apa yang didengari sebentar tadi.
“akak jangan lah pandang macam tu….jangan buat-buat terkejut pula, Qis tahu yang akak pun tahu apa yang Qis rasa..” Ujar Qistina dalam nada yang lemah, tetapi kemerahan pipinya masih jelas kelihatan.Dia hanya tunduk selepas melihat reaksi kakak nya.
“akak tahu tu..tapi tu dulu..waktu akak dengan abang is , lepas tu je kitaorang ce…berpisah,…semuanya terputus, termaksud lah hubungan akak dengan kawan-kawan rapat abang Is …”
“yeah….betul…tu juga yang Qis rasa, Qis ingatkan Qis dah lupakan abang Haziq tapi sebenarnya tidak kak…adik masih suka kan dia…”
“are you serious??” Kali ini nada Qasrina lebih tegas berbanding sebelumnya, Qistina juga menjeling ke arah pandangan kakaknya dan tahu kakaknya tidak bergurau begitu juga dengan dirinya.
“yes…pertemuaan dekat supermarket hari tu buat Qis tahu ini semua mungkin suratan takdir, dan kalau dulu adik tak berani nak luah kan apa yang Qis rasa sebab Qis terlalu muda, tetapi kali ini Qis takkan lepaskan peluang…”
“macam mana kalau haziq tak rasa seperti yang Qis rasa??” 
Qistina memandang ke kakaknya, dia tersenyum kecil. Qasrina mengerut kening, tidak pasti sama ada adiknya itu terlalu yakin dengan perasaan sendiri atau haziq sendiri juga telah meluahkan rasanya.Tetapi sebagai kakak seboleh-bolehnya dia tidak mahu adiknya itu terluka.
“akak…Qis ini bukan budak kecil lagi lah…kan adik dah cakap adik dah matang…”
“maksud Qis?? Qis tak sedih kalau Haziq tolak cinta Qis??”
“akak ni…tentu lah Qis sedih, tapi kak, selagi Qis tak cuba mana Qis tahu, Qis tak nak lepas kan peluang kedua ini semata-mata perasaan takut tu…akak kita tak tahu selagi tak mencuba, kan akak yang selalu cakap dekat Qis macam tu…”
“betul…hurm..ikut kamulah qistina oi….asal kan tahu batasan nya dan jangan pula buat bukan-bukan..” nasihat Qasrina, biarpun dia sememangnya tidak ada niat untuk menghalang, tetapi dia masih risau.
“tentulah….qis belum sewel lagi nak buat bukan-bukan lah...tapi leganya dapat bagi tahu akak…”
Qasrina ketawa kecil melihat reaksi Qistina yang sengaja dibuat-buat.
“kalau akak cakap tadi akak tak bagi bercinta macam mana??” sengaja Qasrina menguji adiknya.
“tentulah Qis kahwin lari…” Qasrina membulat mata dengan jawapan Qistina yang bersahaja, namun dia pantas menyedari dirinya hanya dipermainkan oleh adiknya.
“hahahaha…akak ni buat lawak pula, akak ingat Qis ni budah mentah ke…Qis dah matang lah kak, lagi pun abang Haziq tu belum tentu setuju…” Ujar Qistina, ketawa masih belum hilang, itu lah yang seronok mengusik kakaknya seorang ini, apa sahaja yang keluar dari mulut nya , hampir kesemuanya dipercayai kakaknya. Tetapi kebanyakkannya bahagian yang negetif.






No comments:

Post a Comment