2
-Lima tahun kemudian-
Anak
patung beruang besar yang terjatuh ke lantai di kutip. Diletakkan kembali ke
tempat asalnya,iaitu di sofa yang terletak di bilik utama. Qasrina mengambil tas
tangan dan kunci kereta yang berada di meja kecil bersebelahn dengan sofa
tersebut, dan bergerak ke meja solek untuk memperkemaskan penampilanya kali
terakhir sebelum bertolak ke tempat kerja. Qasrina memandang jam tangannya, jam
menunjukkan pukul tepat tujuh pagi, Qasrina memandang sekali imbas ke arah
dapur dan ruang tamu, namun bayangan adik bongsunya Qistina masih tidak
kelihatan, lalu Qasrina dan melangkah ke bilik adiknya, diketuk pintu dan
dilihat adiknya yang merupakan pelajar jurusan akhir ijazah perniaagaan sedang
enak dibuai mimpi.
“Qistina
Rahman ….!!! Kamu tak ada kelas ke pagi ni??”
Tanya Qasrina dalam nada seperti cikgu displin, Namun masih tiada reaksi
dari adiknya itu, lalu dicuba sekali lagi tetapi dengan nada yang lebih tinggi.
Akhirnya kali ketiga, Qistina terjaga juga, dipandang kakaknya dalam keadaan
mamai.
“kelas
hari ini cancel sampai petang ….” Hanya itu yang diperkatakan Qistina sebelum
membetulkan selimutnya dan berselumbung semula dan kembali ke alam mimpinya
semula.
“ok…by
the way, petang ni akak ada hal …nak sambut manager accountant baru kat office,
so Ina masak sendiri tau, tak pun pergi beli….” Pesan Qasrina, namun dia tidak
pasti sama ada adiknya itu mendengar atau tidak, mahu tidak, kalau dah
berselumbung macam posong, ditambah lagi dengan perangai adiknya yang memang
terkenal dengan kaki tidur…opss salah sebenarnya, memang semua adik beradiknya
kuat tidur, dari abang, turun pada dirinya dan kini adiknya.Memang sah adik
beradik, tak perlu kan ujian DNA untuk membuktikan kesahihan pertaliaan darah
mereka.
Tepat
jam lapan pagi Qasrina sampai ke pejabatnya, dia sudah bekerja di syarikat ini
selama hampir tiga tahu. Di syarikat tersebut tiada siapa yang tahu kisah silam
dirinya, kesakitan yang cuba dilupakan selama tiga tahun lebih kadang kala
masih bermain difikirannya.
“sarah,
bila Senior manager baru tu nak datang??”
“hurm
..kalau tak silap saya, pukul sepuluh nanti, lagi pun nanti Dato yang akan
singah office sekejap, dia yang akan perkenalkan dia kat kita semua…”
Sebaik
sahaja mendapat maklumat dari setiusahanya, Qasrina masuk ke
dalam pejabatnya, di pandang jam dinding yang baru sahaja menunjukkan
pukul lapan sepuluh minit.
‘lambat
lagi….ni lah menyampah, setiap kali ada senior manager baru tak kiralah dari
mana-mana department, Dato mesti sibuk nak ada kan meeting, then siap nak ada
kan party raikan mereka. Tahulah untuk rapatkan pekerja bawahan dan atasan,
tapi buat membazir harta syarikat je .Lebih baik duit nak sambut diorang tu
bagi kat diri dia, boleh juga di bawa kedua ibu bapanya pergi naik haji kali
kedua.
Tepat
jam Sepuluh, manager-manager dan beberapa orang kanan mereka mula memenuhi
bilik mesyuarat. Awal-awal lagi di setiap kerusi telah disediakan minute-minute
mesyuarat mengenai agenda yang akan dibincangkan sebentar tadi. Sementara
menanti kehadiran Senior manager Accountant yang baru hadir, Qasrina sempat
membelek minit mesyuarat sebelum, serta mencatit beberapa nota yang dirasa
penting. Seketika kemudia, pintu besar bilik mesyuarat tersebut dikuak, dan
masuk dua orang lelaki, lelaki pertama ada CEO syarikat Harapan Sdn Bhd,
memandangkan Dato mempunyai saiz badan yang agak ‘sihat’ , maka lelaki kedua
yang menyertai Dato tidak jelas kelihatan. Qasrina meletakkan minit mesyuarat
tersebut ke atas meja, dan bangkit seperti manager-manager yang lain sebagai
tanda hormat kepada CEO mereka. Kemudia ketika hendak kembali duduk, pandangan
terhenti. Dia memandang lelaki yang kini berada di sebelah Dato, biarpun beribu
tahun lamanya, tidak mungkin dilupakan wajah lelaki tersebut.
Lelaki tersebut yang pada mulanya tunduk
member hormat, juga terhenti pandangan matanya pada seseorang sebaik sahaja
mengangkat kembali kepalanya. Mereka bertentang mata untuk seketika,
sehinggakan Qasrina tidak sedar bahawa yang lain telah pun duduk.
“iya
cik Qasrina ?? ada apa-apa??” Dato bertanya apabila pelik melihat Qasrina yang
masih berdiri sedangkan yang lain tidak. Qasrina mengeleng sebelum kembali
duduk, namun pandangan matanya masih pada lelaki di hadapannya, namun apabila
tersedar tingkah lakukanya diperhatikan lelaki tersebut, dia segera mengalihkan
pandangan matanya kea rah meja mesyuarat. Hatinya, berdegup kencang, terasa
suasa sanggat dingin ketika itu, segala kenangan bagaikan bermain-main di
fikirannya.
“Assalamualaikum
semua, seperti yang sedia maklum , hari ini saya akan memperkenalkan seorang
senior Manager Accountant baru yang akan member perkhidmatannya yang terbaik
untuk syarikat kita lebih maju akan datang. Encik Iskandar haris, sila
perkenalkan diri sebelum kita mulakan mesyuarat..” Arah Dato , memberi laluan kepada
Iskandar Haris memperkenalkan dirinya kepada pengurus – pengurus yang berada di
bilik mesyuarat tersebut.
“Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua, terasa macam kat zaman sekolah pula, anyway, saya
Iskandar Haris, umur 30 tahun hurm masih bujang, dan saya akan cuba buat yang
terbaik…” Ringkas iskandar memperkenalkan dirinya sebelum kembali duduk di
kerusinya yang terletak tidak jauh dari kedudukan Dato dan juga Qaisara. Sempat
Iskandar melemparkan senyuman kepada Qaisara sebelum duduk, namun Qaisara hanya
membisu, tidak tahu hendak member reaksi bagaimana.
Selepas
sahaja mesyuarat, iskandar mengekori Qasrina kembali ke bahagian department
mereka, untuk ke sana mereka terpaksa menuruni ke tingkat bawah, maka mereka
berdua mengunnakan lif. Tiada kata yang keluar dari mulut mereka berdua
melainkan suara-suara dari insan lain yang turut menaiki lif tersebut. Dari sesak lif tersebut sehinggalah kini tinggal
mereka berdua, tetapi sepi masih menemani mereka.
“you
look you’re doing fine in this day…” Akhirnya Iskandar bersuara jua, Qasrina
hanya mengangguk.
“thanks.”
“tak
sangka we will work together …”
“hurm
….”
Sepatah
ditanya, sepatah dijawab , itulah keadaan mereka berdua ketika ini sehinggalah
mereka sampai ke bahagian mereka dan Sarah, setiuasa Qasrina datang menghampiri
mereka.
“sarah…ni
senior manager baru untuk department kita…tolong ..tolong kenalkan dia pada
pekerja yang lain…and lepas itu tolong bawa kan minuman pada saya…”
Pinta
Qasrina pada Sarah sebelum berlalu pergi, dia langsung tidak menoleh. Iskandar
Haris hanya memandang Qasrina memasuki pejabatnya, dia tersenyum kecil,
senyuman yang tidak dapat dilihat secara jelas. Sarah yang tidak menyedari
semua itu segera melaksanakan tugasannya. Dia memperkenalkan Iskandar kepada
semua perkerja bahagian deparment mereka, sepanjang perkenalan itu, Sarah yang
baru sahaja berusia lingkungan 25tahun bercerita tentang pelbagai hal, dia
kelihatan ceria dan bersemangat sehinggakan tidak sukar untuk Iskandar bergaul
dengan Sarah.
“Allah
…Encik Iskandar..sekejap yea..saya lupa pula buat kan air dekat cik Qas..”
“tak
apa…hurm ..apa kata awak tunjukkan bahagian pantry sekali…saya pun haus juga
ni…dah berbuih mulut perkenalkan diri, rasa macam zaman persekolahan pula…”
“hehehe….maaf
Encik, marilah..saya boleh buatkan Encik air sekali..” Ajak Sarah.
Sarah
mengambil dua gelas mug dan membuka laci atas untuk mengambil sesuatu, dia
berjengket sikit memandangkan dia tidak sampai untuk mengambil bahan tersebut.
Namun Iskandar yang jauh lebih tinggi darinya segera membantunya.
“chocolate???”
iskandar menyebutnya perlahan sambil melihat bungkusan minuman segera yang
berperasakan chocolate.
“haah
…Cik Qas memang suka minum chocolate, kalau dia pening ke sakit ke, dia memang
akan minta saya tolong bancuhkan minuman ni kat dia…mula-mula saya pelik
jugalah …iyalah kalau manager lain, kalau pening kerja OT sampai lewat malam
pun, diaorang akan minta kopi …tapi cik Qas mintak chocolate…”
“masih
tak berubah…” perlahan Iskandar berbicara
“apa??”
“oh..tak
ada apa-apa..”
“Encik
nak air chocolate juga ke??”
“eh..tak
saya tak minum chocolate, saya alergi, tak apa saya buat sendiri, mana kopi??”
“pula,
sungguh berbeza dengan Cik Qas..” Luah Sarah, sebelum menujukkan pembancuh kopi
kepada Iskandar.
Iskandar
kembali ke pejabat barunya yang terletak betul-betul dihadapan pejabat Qasrina,
dihidu bau haruman kopi tersebut, sebelum memandang ke arah pejabat Qasrina
yang ditutup dengan birai.
Qasrina
menghirup minuman chocolate yang dihantar Sarah sebentar tadi, dipandang ke
luar bangunan, di tenung awam yang kelihatan indah, langit yang membiru
ditemani dengan awam yang putih.
“how
come we meet again?? Setelah bertahun-tahun kita berpisah, selepas kita
sama-sama menyakiti hati masing-masing…”
Qasrina
menutup matanya, kenangan pahit semalam masih segar di ingatanya.
Imbas
kembali : 3 ½ tahun yang lalu
“Cuba
bawa mengucap Qasrina Rahman…” Ujar ibunya, Puan Khatijah, namun Qasrina masih
menangis, barangan di dalam biliknya sudah tidak teratur, penuh dengan sampah
dan barangan yang jatuh ke lantai.
“kenapa…kenapa
semua ini berlaku kat Qas….” Puan Khatijah hanya diam, dia sekadar memerhati
anaknya.
“ini
semuanya…..”
“jangan…tolong
jangan cakap ini semua suratan takdir ..atau semuanya ujian…Qas tak nak
dengar…Qas tak nak dengar…” Qasrina bangkit, di jatuhkan baki-baki barangan
yang berada di atas meja solek, sebelum dia terduduk ke lantai, dan tidak
sedarkan diri kemudiannya.
“Qas..Qas…Ya
Allah..” Puan khatijah menghampiri anaknya perempuaanya, Iskandar yang berada
di ruang tamu segera berlari mendapatkan ibu mentuanya dan isterinya.
“Ya
Allah …sayang ….” Iskandar segera mendukung isterinya yang tidak sedar kan diri
ke atas katil. Dia cuba mengerakkan isterinya namun gagal. Akhirnya Iskandar
menghubungi doctor untuk merawat isterinya.
Selepas
seketika, doctor menghampiri Iskandar dan Ayah mentuanya, sementara ibu
mentuanya masih berada di atas katil menemani isterinya.
Kenangan itu begitu segar difikiran mereka.
Sebaik
sahaja makan malam bersama-sama dengan bahagian accountant sebagai meraihkan
dirinya sebagai perkerja baru di Harapan Sdn Bhd. Iskandar Haris terus pulang
ke rumahnya , walaupun pada mula-mulanya, teman-teman sepejabatnya mengajak
untuk berhibur bersama, namun dia menolak memandangkan dia rasa tidak selasa.
Apatah lagi apabila melihat Qasrina memohon diri untuk pulang ke rumah ketika
mereka masih menikmati makan malam mereka.
Sebaik
sahaja sampai di rumah bujangnya yang disewa bersama dengan dua orang yang
lain. Seorang merupakan teman rapatnya, manakala seorang lagi pula merupakan adik
ketiganya, yang baru sahaja menyambung pengajiaan di menara gading.
“kenapa
ni abang??” Tanda ismail sambil menghampiri abangnya, di tangan kanannya
memegang mug air.
“tak
ada apa-apa?? Stay up??” Iskandar yang tersadai di sofa sambil tangannya di
letakkan di kepala, memandang sekali imbas adiknya, dari bau sahaja dia dah
tahu adiknya baru sahaja selesai membancuh kopi.
“haah..ada
common test esok, kena lah stay up ..killer paper pula tu…mahu tak gila…” Adu
Ismail, tanpa diundang di duduk si sisi abangnya.
“macam
mana kerja tempat baru??”
“hurm..boleh
lah ..kenapa tanya??”
“saje…tengok
abang macam pelik je, bukan selalu Mail tengok abang ni macam ni…last Mail
tengok abang macam ni biasanya abang tengah fikir pasal kak Qas dan arwah
Naqib..” Ujar Ismail, namun ayat terakhirnya bernada lebih rendah, dia tidak
mahu abangnya terasa. Iskandar melepaskan
keluhan sebelum memandang adiknya, dirampas mug air dari tangan adiknya
dan berlalu dari situ.
“wei..tu
air Mail lah…” Marah Ismail apabila air yang dibancuh di curi orang.
“alah..bancuh
je lah yang lain..banyak bunyi pula…” Ujar Iskandar sebelum menaiki anak tanga.
Sebaik sahaja sampai di bilik utama yang berada di tingkat atas, Iskandar
meletakkan mug kopi di sisi meja katil. Dia terduduk, dipandang sahaja Mug tersebut,
membiarkan fikirannya terus melayang.
P.S saje je nak post sampai dua chapter sekali ....sebenarnya izi just nak share and kongsi je idea ^^ btw korang rasa apa yang terjadi sebenarnya pada Iskandar Haris dan Qasrina Rahman??