Wednesday, April 4, 2012

kopi coklet


1
-aku dan kau-
Jam hampir menunjukkan pukul dua belas tengah hari, namun si gadis masih lagi berdiri di hadapan pusat membeli belah Batu Pahat Mall. Dia memandang jam tangannya, sebelum mendail numbor yang dikenali, namun masih tiada yang membalas taliaan, sejak dari tadi dia sudah berada di situ namun orang yang dinanti masih lagi tidka kelihatan.
“assalamualaikum …wahai cik abang sayang oi….” Nada gadis tersebut berbunyi perliaan, lelaki di taliaan tidak henti-henti memohon maaf .
“semalam siapa yang berjanji sakan….siap cakap nak datang tolong buka Mall ni …dah tu sekarang siapa yang tidak sampai-sampai lagi !!!!”
“maaf lah …bukan Is sengaja..tak sengaja ….Qasrina….” Gadis tersebut menamatkan pangilan tersebut apabila lelaki yang dinanti akhirnya muncul di depan mata. Dia mula meletakkan tangan di pingan , begitu sakit hati dan geram.
“awal datang ….???” Perli dirinya lagi, sementara lelaki tersebut tidak habis-habis memohon maaf  siap dengan isyarat tangan sekali.
“is bukan sengaja….tadi lambat bangun….”
“lambat bangun!!! alasan kan …dah tu subuh tadi lenyap…!!!”
“heis..mestilah tidak , tertidur lepas subuh tu lah ..betul…takkan tak percaya kat Is …”
“ni yang malas qas nak layan is tau …sakit hati …heiii…”
“ok..ok…nanti lunch is belanja makan…dah jom..karang lambat pulak nak ambik cincin kahwin..”
Qasrina Rahman hanya mengeluh panjang, malas nak dilayan bakal suaminya itu, walaupun memang sudah masak dengan perangai bakal suaminya itu yang sering lewat taktala janji temu mereka, tetapi takkan lah nak ambil cincin kahwin dan beli barang persiapan kahwin pun lambat. Jangan dia buat hal waktu akad nikah sudah, kalau memang lah si sengal ni datang lewat, jangan harap dia nak kahwin dengan si sengal ni …Ya Allah, kan dah tambah dosa aku. Si lelaki yang dia telah kenali selama lima tahun ini dikenali sejak zaman university ketika sama-sama menuntut ilmu dalam ijazah perakaunan, walaupun Iskandar Haris merupakan seniornya setahun, tetapi kadang kala perangainya lebih kebudak-budakan berbanding dirinya. Setelah tamat menuntut hubungan mereka pernah terpisah seketika kerana, jarak, maklumlah Iskandar mendapat kerja di Pulau pinang, sementara dirinya lebih selesa bekerja di kampung halamannya sendiri iaitu di Batu Pahat.
 Namun kalau jodoh tidak akan kemana, akhirnya hubungan yang terputus terjalain kembali apabila mereka di pertemukan kembali dalam majlis persandingan sahabat mereka. Beberapa bulan yang lepas, genap usia perkenalan mereka selama lima tahun, Iskandar meluahkan hajat untuk melamarnya sebagai isteri.Pada mulanya Qasrina menyangka itu hanyalah gurauan biasanya, tetapi rupanya tidak apabila diberitahu ibu nya bahawa ada orang nak datang meminang dirinya. Ketika itu merupakan waktu genting untuk syarikat tempat Qasrina berkerja kerana didatangi orang-orang audit. Nak je dia tinggalkan orang audit dan berlari ke rumah. Nasib baik lah ibu bapa Iskandar orang yang baik dan bertimbang rasa, di tunggu sehingga Qasrina pulang ke rumah dan bertanya pendapatnya sendiri. Nak tak nak kena setuju lah kan, iyalah, bab kata adiknya yang merangkap penyibuk utama dalam rumah nya :
' kalau bukan dengan Iskandar dia nak kahwin dengan siapa lagi, Iskandar je boleh tahan dengan perangai tak logic akal aku ni.'
 Rasa macam nak penyepak je adik aku waktu dia cakap macam tu, memang tak sayang mulut langsung. Jadi akhirnya aku setuju jugalah, dan hari ini aku sudah genap sebulan bergelar tunangan Iskandar Haris, tetapi perangainya kadang-kadang buat aku rasa menyesal menerima peningannya.
“argh…penatnya….patutlah si amran tu macam nak gila bila dia kahwin…rupanya memang gila…” Iskandar mengeluh, dia meletakkan barangan yang selesai dibelinya di tepi meja. Qasrina hanya mengeleng kepala, dia melihat menu untuk makan tengah hari. Kalau bukan sebab masih ada beberapa barang yang perlu dibeli, dia lebih selesa je makan dekat rumah, senang dan paling penting jimat. Tadi zuhor pun dia dan Iskandar bersolat di surau yang berada di Mall tersebut.
“habis tu ingat senang ke kahwin …”
“iyalah ..kahwin..yang penting kan akad nikah ..ini majlis bagai …berhabis duit je…”
“ada juga yang nak kena pelengkung ni …dah kalau banyak bunyi sangat, kahwin je lah sorang-sorang …”
“alah ….merajuk lah tu …makin menjadi pula yea…cubalah jadi manis sikit macam dulu dulu…”
“dah tu sekarang ni Qas ni tak manis macam dulu lah yea !!!”
“manis…tentulah manis, tapi pahit dan tawar sikit…” Selamba je Iskandar member komen, sengaja menambah minyak ke dalam api yang membara.
“kenalah terimakan ….Is dulu pun lagi handsome..sekarang dah rupa jack sparrow dengan jambang yang tak reti dicukur…hurm ..apalah nasib kita kahwin dengan lanun yang tak handsome ni ….” Giliran Qasrina cuba mengenakan Iskandar, Iskandar memandang wajahnya dari paparan telefon bimbit Iphone miliknya, memang ada rupanya macam lanun pun, bukan dia tak nak cukur, tetapi terlalu sibuk dengan persiapan perkhawinan ini. Mak dia pula tidak habis-habis mendesak untuk itu lah inilah, mentang-mentang dia anak lelaki pertama dalam ahli keluarga yang bakal berkahwin Dirinya mempunyai empat orang adik beradik, yang sulung kakaknya yang sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Memandangkan dia anak lelaki sulung maka mak dia panjang lebar bercerita nak buat majlis mewah-mewah. Kakak sulungnya pula, bukan nak membantu makin disorang bantal pada mak nya, apa lagi makin menjadi-jadilah orang tua tu.
“jack sparrow, kira Is ni handsome lah yea…” Iskandar mengangkat kedua-dua kening sengaja membanga kan diri. Bagaikan masuk bakul angkat sendiri. Qasrina ketawa kecil, tak jadi nak marah lama-lama pada si Iskandar yang memang dah disahkan punyai masalah mental kerana ke sengallannya itu.
“tolong lah …jack sparrow tu 100…eh bukan 400% lagi handsome tau ….” Ujar Qasrina, dia menhirup minuman fresh orange yang baru sahaja dihidangkan.
“alah malu lah tu dah puji husband sendiri…”
“eiii…siapa yang tak malu ha??? Lagipun kita belum kahwin lah ..lagi seminggu kan…buatnya waktu kan Qas berubah hati kan..nak kahwin dengan orang lain ke…” Qasrina menjelir lidah, tidak mahu mengalah langsung. Iskandar mengangkat kening sebelah mengalah kan Ziana Zain, keningnya yang tebal itu membuatkan reaksi muka Iskandar kelihatan lucu, dan dia akan selalu membuat muka tersebut atas sebab sebab tertentu. Pertama sedang memikirkan sesuatu atau tanda isyarat untuk mengenakan dirinya.
“eleh …ada orang tu tak nak kahwin dengan kita…tak per lah ..kita merajuk lah ..nak kahwin dengan orang lain…” Gurau Iskandar.
“pergilah …siapa yang nak kat Is yang kepala senget ni ??”
“siapa cakap tak ada siapa yang nak?? Tak caya…” Dia sedang mencabar Qasrina yang hanya mengeleng. Lalu Iskandar lantas bangun dari tempat duduknya dan berlalu dari situ, Qasrina pelik namun dia masih ditempat duduknya dan sekadar memerhatikan sahaja tingkah laku Iskandar.
Iskandar menghampiri seorang pelayan wanita yang berada di kauter, gayanya seperti dia baru di awal usia 20-an. Qasrina mengerut kening, seperti dapat mengangak apa yang akan dilakukan Iskandar. Tidak lama selepas itu Iskandar menghampiri dirinya.
“sudi ke dia nak kahwin dengan awak??”  Qasrina bersuara sebelum sempat Iskandar duduk, Nadanya cuba dibuat biasa, namun dalam hati mahu nak aje menjerit atau ketuk je kepala si Iskandar ni, Gila tak cemburu, bakal suami ku..seminggu je jadi lelaki, mahu tak sakit kalau tengok dia dengan perempuan lain.Iskandar sekandar mencebik.
“ish ..tentulah…kan ini Iskandar …petk jari je …” Ujar Iskandar sambil mengayakan dengan isyarat tangan, muncung Qasrina semakin panjang, tak sangka pula gurauaannya menjadikan dirinya yang semakin sakit hati.Iskandar ketawa kecil, usikannya menjadi.
“hai mengajuk ke…adoi ..tadi dia yang sibuk suruh kita kahwin dengan orang lain…!!!”
“mana ada orang merajuk…orang gurau je lah ….malas lah …nak pergi kahwin dengan dia tu ..pergi lah …nanti orang cakap kat semua majlis cancel…susah apa…” Marah Qasrina dalam nada merajuknya.
 ‘boleh pula awang ni ketawa kat sini!! Suka lah tu dia dah menang..menyampah ..tapi kot yea pun considerate lah sikit …’ Adu Qasrina dalam dirinya.
“ok..ok..dah dah jangan nak melebih-lebih pula..jom makan …”
“makan lah …kita tak ada selera…”
“haik…qas ni kan ..makin nak jadi bini is makin kuat merajuknya…ni belum jadi bini ni …adoi ..pening-pening…” Iskandar meletakan tangan di atas dahinya, lagak orang kaya yang hilang berjuta dalam perniagaan. Qasrina mengecilkan matanya, tanda geram.
“ada juga orang nak kena makan selipar kalau tak makan nasi ni…” Qasrina member amaran, tiba-tiba gadis yang berbual dengan Iskandar sebentar tadi datang kembali, kali ini dia datng bersama-sama dengan ank patung yang besar, hampir sama besar dengan dirinya, Qasrina memandang gadis tersebut dan kemudian beralih arah ke Iskandar sebelum kembali memandang anak patung yang besar itu.
“ini tuk cik …tadi abang ni suruh saya pergi beli....katanya cik merajuk sebab tak sudi kahwin dengan dia…”
Qasrina memandang gadis tersebut member perjelasan, sambil tanganya mengambil anak patung yang berada di tangan gadis tersebut.
“cik jangan lah macam tu ..nasib baik saya pun dah ada buah hati, kalau tak memang saya on je kalau abang ni lamar saya, handsome pun handsome, romantic pula tu…hehe..” Gadis tersebut ketawa kecil sebelum berlalu dari situ. Qasrina tersenyum malu, anak patung yang sudah berada di dalam dakapannya itu digunakan untuk menyorokkan mukanya yang kemerahan. Iskandar tersenyum, boleh cair jiwanya setiap kali melihat Qasrina Tersenyum.
“mengada-ngada…kalau nak belikan teddy bear cakap je lah ..buat penat je orang merajuk tadi…”
“haa..mengaku pun empunya badan tu yea….dah ni last nak romantic macam ni ..lepas ni dah tak ada dah ..budjet dah habis buat kahwin…”
Qasrina menjelirkan lidahnya. Bodoh betul, time bercinta sakan, nak minta teddy bear letak kat kereta pun bukan main kedekut lagi, tapi sekarang dah nak kahwin lagi seminggu baru nak bagi kan, padahal nanti setiap malam yang aku peluk dia bukan teddy bear ni…hish ..apa aku ni ..otak hijau, kuning ,merah dan lain-lain warna pelangi..tapi tak apa lah ..i still love you and I always do …
Qasrina tersenyum panjang sambil memandang Iskandar yang menyambung kembali aktiviti makannya.




P.S tiba-tiba dapat ilham nak tulis kan ..tapi izi tahu, banyak tatabahasa dan ejaan yang salah ..huhu biasalah pandai sangat dalam bm kan ^^ ~~ anyway tiba-tiba gak terasa macam nak share...so amacam??

No comments:

Post a Comment