Wednesday, April 4, 2012

kopi coklet (2)


2
 -Lima tahun kemudian-
Anak patung beruang besar yang terjatuh ke lantai di kutip. Diletakkan kembali ke tempat asalnya,iaitu di sofa yang terletak di bilik utama. Qasrina mengambil tas tangan dan kunci kereta yang berada di meja kecil bersebelahn dengan sofa tersebut, dan bergerak ke meja solek untuk memperkemaskan penampilanya kali terakhir sebelum bertolak ke tempat kerja. Qasrina memandang jam tangannya, jam menunjukkan pukul tepat tujuh pagi, Qasrina memandang sekali imbas ke arah dapur dan ruang tamu, namun bayangan adik bongsunya Qistina masih tidak kelihatan, lalu Qasrina dan melangkah ke bilik adiknya, diketuk pintu dan dilihat adiknya yang merupakan pelajar jurusan akhir ijazah perniaagaan sedang enak dibuai mimpi.
“Qistina Rahman ….!!! Kamu tak ada kelas ke pagi ni??”  Tanya Qasrina dalam nada seperti cikgu displin, Namun masih tiada reaksi dari adiknya itu, lalu dicuba sekali lagi tetapi dengan nada yang lebih tinggi. Akhirnya kali ketiga, Qistina terjaga juga, dipandang kakaknya dalam keadaan mamai.
“kelas hari ini cancel sampai petang ….” Hanya itu yang diperkatakan Qistina sebelum membetulkan selimutnya dan berselumbung semula dan kembali ke alam mimpinya semula.
“ok…by the way, petang ni akak ada hal …nak sambut manager accountant baru kat office, so Ina masak sendiri tau, tak pun pergi beli….” Pesan Qasrina, namun dia tidak pasti sama ada adiknya itu mendengar atau tidak, mahu tidak, kalau dah berselumbung macam posong, ditambah lagi dengan perangai adiknya yang memang terkenal dengan kaki tidur…opss salah sebenarnya, memang semua adik beradiknya kuat tidur, dari abang, turun pada dirinya dan kini adiknya.Memang sah adik beradik, tak perlu kan ujian DNA untuk membuktikan kesahihan pertaliaan darah mereka.
Tepat jam lapan pagi Qasrina sampai ke pejabatnya, dia sudah bekerja di syarikat ini selama hampir tiga tahu. Di syarikat tersebut tiada siapa yang tahu kisah silam dirinya, kesakitan yang cuba dilupakan selama tiga tahun lebih kadang kala masih bermain difikirannya.
“sarah, bila Senior manager baru tu nak datang??”
“hurm ..kalau tak silap saya, pukul sepuluh nanti, lagi pun nanti Dato yang akan singah office sekejap, dia yang akan perkenalkan dia kat kita semua…”
Sebaik sahaja mendapat maklumat dari setiusahanya, Qasrina masuk  ke  dalam pejabatnya, di pandang jam dinding yang baru sahaja menunjukkan pukul lapan sepuluh minit.
‘lambat lagi….ni lah menyampah, setiap kali ada senior manager baru tak kiralah dari mana-mana department, Dato mesti sibuk nak ada kan meeting, then siap nak ada kan party raikan mereka. Tahulah untuk rapatkan pekerja bawahan dan atasan, tapi buat membazir harta syarikat je .Lebih baik duit nak sambut diorang tu bagi kat diri dia, boleh juga di bawa kedua ibu bapanya pergi naik haji kali kedua.
                                                             
Tepat jam Sepuluh, manager-manager dan beberapa orang kanan mereka mula memenuhi bilik mesyuarat. Awal-awal lagi di setiap kerusi telah disediakan minute-minute mesyuarat mengenai agenda yang akan dibincangkan sebentar tadi. Sementara menanti kehadiran Senior manager Accountant yang baru hadir, Qasrina sempat membelek minit mesyuarat sebelum, serta mencatit beberapa nota yang dirasa penting. Seketika kemudia, pintu besar bilik mesyuarat tersebut dikuak, dan masuk dua orang lelaki, lelaki pertama ada CEO syarikat Harapan Sdn Bhd, memandangkan Dato mempunyai saiz badan yang agak ‘sihat’ , maka lelaki kedua yang menyertai Dato tidak jelas kelihatan. Qasrina meletakkan minit mesyuarat tersebut ke atas meja, dan bangkit seperti manager-manager yang lain sebagai tanda hormat kepada CEO mereka. Kemudia ketika hendak kembali duduk, pandangan terhenti. Dia memandang lelaki yang kini berada di sebelah Dato, biarpun beribu tahun lamanya, tidak mungkin dilupakan wajah lelaki tersebut.
 Lelaki tersebut yang pada mulanya tunduk member hormat, juga terhenti pandangan matanya pada seseorang sebaik sahaja mengangkat kembali kepalanya. Mereka bertentang mata untuk seketika, sehinggakan Qasrina tidak sedar bahawa yang lain telah pun duduk.
“iya cik Qasrina ?? ada apa-apa??” Dato bertanya apabila pelik melihat Qasrina yang masih berdiri sedangkan yang lain tidak. Qasrina mengeleng sebelum kembali duduk, namun pandangan matanya masih pada lelaki di hadapannya, namun apabila tersedar tingkah lakukanya diperhatikan lelaki tersebut, dia segera mengalihkan pandangan matanya kea rah meja mesyuarat. Hatinya, berdegup kencang, terasa suasa sanggat dingin ketika itu, segala kenangan bagaikan bermain-main di fikirannya.
“Assalamualaikum semua, seperti yang sedia maklum , hari ini saya akan memperkenalkan seorang senior Manager Accountant baru yang akan member perkhidmatannya yang terbaik untuk syarikat kita lebih maju akan datang. Encik Iskandar haris, sila perkenalkan diri sebelum kita mulakan mesyuarat..” Arah Dato , memberi laluan kepada Iskandar Haris memperkenalkan dirinya kepada pengurus – pengurus yang berada di bilik mesyuarat tersebut.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, terasa macam kat zaman sekolah pula, anyway, saya Iskandar Haris, umur 30 tahun hurm masih bujang, dan saya akan cuba buat yang terbaik…” Ringkas iskandar memperkenalkan dirinya sebelum kembali duduk di kerusinya yang terletak tidak jauh dari kedudukan Dato dan juga Qaisara. Sempat Iskandar melemparkan senyuman kepada Qaisara sebelum duduk, namun Qaisara hanya membisu, tidak tahu hendak member reaksi bagaimana.


Selepas sahaja mesyuarat, iskandar mengekori Qasrina kembali ke bahagian department mereka, untuk ke sana mereka terpaksa menuruni ke tingkat bawah, maka mereka berdua mengunnakan lif. Tiada kata yang keluar dari mulut mereka berdua melainkan suara-suara dari insan lain yang turut menaiki lif tersebut.  Dari sesak lif tersebut sehinggalah kini tinggal mereka berdua, tetapi sepi masih menemani mereka.
“you look you’re doing fine in this day…” Akhirnya Iskandar bersuara jua, Qasrina hanya mengangguk.
“thanks.”
“tak sangka we will work together …”
“hurm ….”
Sepatah ditanya, sepatah dijawab , itulah keadaan mereka berdua ketika ini sehinggalah mereka sampai ke bahagian mereka dan Sarah, setiuasa Qasrina datang menghampiri mereka.
“sarah…ni senior manager baru untuk department kita…tolong ..tolong kenalkan dia pada pekerja yang lain…and lepas itu tolong bawa kan minuman pada saya…”
Pinta Qasrina pada Sarah sebelum berlalu pergi, dia langsung tidak menoleh. Iskandar Haris hanya memandang Qasrina memasuki pejabatnya, dia tersenyum kecil, senyuman yang tidak dapat dilihat secara jelas. Sarah yang tidak menyedari semua itu segera melaksanakan tugasannya. Dia memperkenalkan Iskandar kepada semua perkerja bahagian deparment mereka, sepanjang perkenalan itu, Sarah yang baru sahaja berusia lingkungan 25tahun bercerita tentang pelbagai hal, dia kelihatan ceria dan bersemangat sehinggakan tidak sukar untuk Iskandar bergaul dengan Sarah.
“Allah …Encik Iskandar..sekejap yea..saya lupa pula buat kan air dekat cik Qas..”
“tak apa…hurm ..apa kata awak tunjukkan bahagian pantry sekali…saya pun haus juga ni…dah berbuih mulut perkenalkan diri, rasa macam zaman persekolahan pula…”
“hehehe….maaf Encik, marilah..saya boleh buatkan Encik air sekali..” Ajak Sarah.
Sarah mengambil dua gelas mug dan membuka laci atas untuk mengambil sesuatu, dia berjengket sikit memandangkan dia tidak sampai untuk mengambil bahan tersebut. Namun Iskandar yang jauh lebih tinggi darinya segera membantunya.
“chocolate???” iskandar menyebutnya perlahan sambil melihat bungkusan minuman segera yang berperasakan chocolate.
“haah …Cik Qas memang suka minum chocolate, kalau dia pening ke sakit ke, dia memang akan minta saya tolong bancuhkan minuman ni kat dia…mula-mula saya pelik jugalah …iyalah kalau manager lain, kalau pening kerja OT sampai lewat malam pun, diaorang akan minta kopi …tapi cik Qas mintak chocolate…”
“masih tak berubah…” perlahan Iskandar berbicara
“apa??”
“oh..tak ada apa-apa..”
“Encik nak air chocolate juga ke??”
“eh..tak saya tak minum chocolate, saya alergi, tak apa saya buat sendiri, mana kopi??”
“pula, sungguh berbeza dengan Cik Qas..” Luah Sarah, sebelum menujukkan pembancuh kopi kepada Iskandar.

Iskandar kembali ke pejabat barunya yang terletak betul-betul dihadapan pejabat Qasrina, dihidu bau haruman kopi tersebut, sebelum memandang ke arah pejabat Qasrina yang ditutup dengan birai.
Qasrina menghirup minuman chocolate yang dihantar Sarah sebentar tadi, dipandang ke luar bangunan, di tenung awam yang kelihatan indah, langit yang membiru ditemani dengan awam yang putih.
“how come we meet again?? Setelah bertahun-tahun kita berpisah, selepas kita sama-sama menyakiti hati masing-masing…”
Qasrina menutup matanya, kenangan pahit semalam masih segar di ingatanya.


Imbas kembali : 3 ½ tahun yang lalu

“Cuba bawa mengucap Qasrina Rahman…” Ujar ibunya, Puan Khatijah, namun Qasrina masih menangis, barangan di dalam biliknya sudah tidak teratur, penuh dengan sampah dan barangan yang jatuh ke lantai.
“kenapa…kenapa semua ini berlaku kat Qas….” Puan Khatijah hanya diam, dia sekadar memerhati anaknya.
“ini semuanya…..”
“jangan…tolong jangan cakap ini semua suratan takdir ..atau semuanya ujian…Qas tak nak dengar…Qas tak nak dengar…” Qasrina bangkit, di jatuhkan baki-baki barangan yang berada di atas meja solek, sebelum dia terduduk ke lantai, dan tidak sedarkan diri kemudiannya.
“Qas..Qas…Ya Allah..” Puan khatijah menghampiri anaknya perempuaanya, Iskandar yang berada di ruang tamu segera berlari mendapatkan ibu mentuanya dan isterinya.
“Ya Allah …sayang ….” Iskandar segera mendukung isterinya yang tidak sedar kan diri ke atas katil. Dia cuba mengerakkan isterinya namun gagal. Akhirnya Iskandar menghubungi doctor untuk merawat isterinya.
Selepas seketika, doctor menghampiri Iskandar dan Ayah mentuanya, sementara ibu mentuanya masih berada di atas katil menemani isterinya.
Kenangan itu begitu segar difikiran mereka.



   Sebaik sahaja makan malam bersama-sama dengan bahagian accountant sebagai meraihkan dirinya sebagai perkerja baru di Harapan Sdn Bhd. Iskandar Haris terus pulang ke rumahnya , walaupun pada mula-mulanya, teman-teman sepejabatnya mengajak untuk berhibur bersama, namun dia menolak memandangkan dia rasa tidak selasa. Apatah lagi apabila melihat Qasrina memohon diri untuk pulang ke rumah ketika mereka masih menikmati makan malam mereka.
Sebaik sahaja sampai di rumah bujangnya yang disewa bersama dengan dua orang yang lain. Seorang merupakan teman rapatnya, manakala seorang lagi pula merupakan adik ketiganya, yang baru sahaja menyambung pengajiaan di menara gading.
“kenapa ni abang??” Tanda ismail sambil menghampiri abangnya, di tangan kanannya memegang mug air.
“tak ada apa-apa?? Stay up??” Iskandar yang tersadai di sofa sambil tangannya di letakkan di kepala, memandang sekali imbas adiknya, dari bau sahaja dia dah tahu adiknya baru sahaja selesai membancuh kopi.
“haah..ada common test esok, kena lah stay up ..killer paper pula tu…mahu tak gila…” Adu Ismail, tanpa diundang di duduk si sisi abangnya.
“macam mana kerja tempat baru??”
“hurm..boleh lah ..kenapa tanya??”
“saje…tengok abang macam pelik je, bukan selalu Mail tengok abang ni macam ni…last Mail tengok abang macam ni biasanya abang tengah fikir pasal kak Qas dan arwah Naqib..” Ujar Ismail, namun ayat terakhirnya bernada lebih rendah, dia tidak mahu abangnya terasa. Iskandar melepaskan  keluhan sebelum memandang adiknya, dirampas mug air dari tangan adiknya dan berlalu dari situ.
“wei..tu air Mail lah…” Marah Ismail apabila air yang dibancuh di curi orang.
“alah..bancuh je lah yang lain..banyak bunyi pula…” Ujar Iskandar sebelum menaiki anak tanga. Sebaik sahaja sampai di bilik utama yang berada di tingkat atas, Iskandar meletakkan mug kopi di sisi meja katil. Dia terduduk, dipandang sahaja Mug tersebut, membiarkan fikirannya terus melayang.



P.S saje je nak post sampai dua chapter sekali ....sebenarnya izi just nak share and kongsi je idea ^^ btw korang rasa apa yang terjadi sebenarnya pada Iskandar Haris dan Qasrina Rahman??

No comments:

Post a Comment