Sunday, June 17, 2012

Queen in hyun's man- my top fav drama ^^


It been a while since i wrote my last journal / blog ..
Since this few week been busy like a hell, at this moment i realize being a student definitively a challenge thing  ...Tapi itu bukan alasan untuk putus asa, sebaliknya menghargai masa ini untuk 'do your best' dan masa ini lah kita tahu sejauh mana 'limit' kita..betul tak ...
ok..ok...enough will all that, sebenarnya tujuan tulis blog kali ini adalah untuk memperkenalkan drama....of courselah drama korea...huhu ..tetapi among drama korea yang izi tengok, this will gonna be my top fav drama for a long time, kalau dulu full house dan gumiho...nak tahu drama apa...


Queen in hyun's man






drama ini mengisahkan kim boong do (ji hyun woo) seorang sarjana muda yang mempunyai tanggungjawab untuk melindungi Queen in hyun yang merupakan isteri King seokjo ...Ketika perlawanan yang sengit antara kim boong di dan juga musuhnya, dia secara tiba-tiba telah berpindah ke tahun 2012 dimana 300 tahun kehadapan dari masa yang lalu.
Tentu ada yang rasa cerita ini plot dia macam Rooftop Prince kan ...to be honest that what i thought at first time i watching this drama, tetapi bila dah tengok, memang sama sekali berbeza dengan dengan RTP ...Perbezaan yang paling ketara sekali ialah Kim Boong do boleh pergi dan balik antara joseon era dengan 2012, nampak macam best kan dah macam ala-ala doremon pun ada hero kita ni ...lol



Sambung balik jalan cerita QIHM ni, secara sengaja tak sengaja kim boong do berjumpa dengan heroin kita choi hee jin (Yoo In Na) yang waktu tu baru sahaja sampai ke set pengembaraan selepas mengetahui dirinya dipilih sebagai pelakon untuk melakonkan watak Queen in hyun. 


Sama seperti watak-watak lain apabila berada di dunia baru,persekitaran baru tentu lah rasa terkejut kan, apatah lagi beza zaman joseon dengan 2012 adalah 300 tahun lamanya. Tetapi Kim boong do steady je, dia tak cepat melantah, nama pun dia sarjana muda, pandai ....dari melantah kim boong do perhatikan sekeliling dia dan cuma memahami apa yang terjadi.


Rupanya dia terselemat dari di bunuh dan berpindah era kerana tangkal azimat yang diberikan oleh yeon wol, orang gaji bini dia (bini dan keluarga kim boong do mati dibunuh kerana menyokong queen in hyun) . Yeon wol tinggal di rumah gingsae dan bermain muzik memandangkan tuan dia dah mati...dia sebenarnya dah lama ada hati pada kim boong do namun  dia sedar status dia sebagai orang bawah tidak layak, tetapi kerana terlalu risau akan keselamatan kim boong do, yeon wol rajin ke tokong sehingga kan seorang sami menyedari kehadiran yeon wol, maka diberikan azimat itu. 


Azimat itu hanya akan berfungsi apabila nyawa kim boong do di dalam bahaya, manakala dari 2012 dia boleh ke masa lalu dengan hanya membaca ayat yang tertera di tangkal azimat tersebut.


Sepanjang masa Kim boong do berada di alaf baru , choi hee jin yang banyak membantu, pada mulanya dia tidak mahu percaya, tetapi at the end of the day, Choi hee jin tetap tolong....hehe siapa tak nak tolong kalau lelaki kacak macam kim boong do mintak tolong =p


Ada banyak lagi perkara yang nak diceritakan, terlalu panjang..ada babak kelakar, romantis ,sedih dah suspen...izi sama sekali tidak dapat menjangka apa yang akan terjadi pada pengakhiran cerita, malahan ketika menonton drama ini, susah untuk kita jangka apa yang akan terjadi....Dari sudut kamera pula, memang cantik, satu gambaran yang diolah dengan cara yang baru.....


Banyak sangat izi nak tulis, tapi itu nanti ...sekarang izi nak share dengan korang lagu lagu ost dalam drama ni ...memang best dan layan...




http://www.youtube.com/watch?v=GVtEewuWuqg


http://www.youtube.com/watch?v=OsTuysaFsoE&feature=related




and lastly jom enjoy tengok sebahagian gambar dalam cerita ini....









Main Cast :

Kim Boong Do is a Scholar who has time traveled to the future. His family was killed due to their loyalty to Queen In Hyun. As the sole survivor he continues to find the the one responsible for the murder of his family and the one who has overthrown the queen.


Yoo In Na is a Choi Hee Jin. She is a no name actress who has finally made it by getting the main lead in a drama. She meets Kim Boong Do who has time traveled 300 years into the future




Ga Deuk Hi as Jo Soo Kyung best friend of hee jin and as well her manager, stylist, driver and her busy body.


Jin Ye-sol as Yoon-wol. She is a courtesan who is in love with Boong Do.


Kim Jin Woo plays Dong Min. He is a Hallyu star and has been cast as the King in the Drama that Hee Jin plays Queen In Hyun. He is also Hee Jins ex-boyfriend which has left a stain in their relationship.

ha ..tadi time stalking video kat youtube izi jumpa ni, tutorial make up ala ala choi hee jin, maybe boleh try nanti





So macam mana ...interest ???

picx and translation : http://iluvjin.wordpress.com