Friday, January 30, 2015

Falling in love over a coffee


Pergh tajuk entry aku ni...!!
Mungkin faktor umur ke?? tetapi sekrang aku makin suka pula minum kopi...kalau zaman nenek nenek kita kopi ni macam minuman petang selepas penat berkebun...
pointnya nak cakap kopi untuk orang tua tua..^^~

cr : encik google tayunk <3 div="">

Tapi sekarang kopi atau omputehnya coffee lebih dikaitkan dengan gaya hidup nya berstyle
ataupun romantik.
Mungkin kerana sekarang makin banyak drama yang berkait dengan coffee.
P.s mestilah dari dulu sampai sekarang cerita coffee prince masih menjadi salah satu kegemaran aku..comel kot.


Hehehe dah berpuluh kali tengok pun masih teruja..i like...
Dan mungkin kerana ini sentiap kali minum kopi aku membayangkan 
rasa cinta atau ingin jatuh cinta. Apatah lagi sekarang ada art kopi comel je



Please please!!!!
Aku pun nak jatuh cinta pada barista (orang yang buat kopi) yang handsome bila membancuh kopi
tetapi realitinya aku hanya mampu melihat pak cik warung membancuh kopi 

T.T

Masa


Masa berlalu dengan pantas, tanpa sedar aku semakin meningkat dewasa. Kalau dulu, ketika zaman persekolahan kita tidak sabar untuk menjadi dewasa agar diberi kuasa untuk membuat pilihan tetapi kini kita hanya mahu awet muda.

Buktinya, lihatlah dimana sahaja terdapat product yang menyakin kan pengguna untuk menjadi lebih muda dari dewasa. terlajak laris, quputeh, aura white dan banyak lagi product yang berada dipasaran membolehkan pengguna sekrang untuk memilih dengan lebih bijak. Apatah lagi sekrang dengan adanya kemajuaan internet, hanya dihujung jahari sahaja kita mampu memperolehi maklumat.

Tapi bagusnya sebab produk produk yang berada dipasaran kebanyakkan milik bumiputera, ini bermaksud kita orang melayu mula sedar akan kemampuaan diri sendiri lantas mampu bersaing dengan bangsa lain. Tidak menjadi satu perkara yang mustahil seandainya satu masa nanti bangsa melayu menjadi antara peneraju ekonomi di Malaysia.

Izi ada juga membuat beberapa penyelidikan secara tidak formal, dan mendapati ramai anak muda sekarang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang perniagaan. Apatah lagi dengan ada nya laman sesawang yang lebih mudah menghubungkan business mereka dengan orang luar. Seperti Instagram, facebook antara laman sosial yang memainkan peranan penting dalam menentukan produk mereka dikenali ramai. Ia bukan sahaja murah namun ada 55% kemungkinan untuk orang ramai mengenali produk mereka. Dan mungkin kerana ini menjadikan anak muda sekarang lebih berani untuk mencuba. 
kalau dulu, memulakan langkah pertama amat sukar, namun sekrang ianya lebih mudah menjadikan ramai yang berani untuk mencuba.

Malahan saling berkongsi maklumat antara pengasas (fauder) dapat membantu anak muda sekarang lebih berani untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Sekarang dengan adanya seminar yang dapat membantu anak anak muda sekarang berjaya dalam bidang perniagaan. Bahkan antara beberapa pengasas antara yang berkelulusan tinggi. Ini dapat membantu mereka lebih berjaya kerana apa yang mereka belajari di Universiti dapat diaplikasi di dalam dunia nyata.

Sekarang ini, ada beberapa teman izi yang dah memulakan perniaagaan sendiri...Ada yang menjual pakaian (shiela), membuat wedding book (shue2x) dan ader yang mula menjual product kecantikan (wanie)

mungkin next entries akan cerita pasal produk mereka ^^~

Monday, April 7, 2014

Adhila 12



Bab 12- Jatuh cinta

Sejak dari tadi Aminnudin seakan kucing kehilangan anak, kehulur ke hilir tidak menentu. Keluhan dilepaskan diselang seli dengan melihat paparan skrin telefon. Sebenarnya sejak petang semalam ibunya sudah memberikan nombor telefon Linda , ya Linda gadis yang beriya iya ibunya ingin jodohkan. Bukan dia tidak sudi, tetapi sejujurnya hatinya telah dicuri oleh seseorang.Dan bukan dia tidak mahu menjelaskan isi hatinya pada ibunya, tetapi dia pasti akan diketawakan. Ia nya bagaimana dia ingin mengatakan dia telah jatuh cinta sedang kan nama gadis itu pun dia tidak tahu.
‘yaAllah kusut lah macam ni…’ Keluhan panjang dilepaskan sebelum dia merebahkan diri di atas sofa yang tidak lah seberapa empuk. Seketika kemudian telefonnya bordering, dalam kemalasan dan keresahan Aminnudin memandang malas skrin telefonnya. Namun dia segera bangkit apabila mendapati pangilan tersebut dari seseorang yang amat diperlukan.
“asslamualaikum buah hati aku disana..amacam best tempat baru…” Aminnudin ketawa terbahak bahak, sememangnya Hazwan menghubungi tepat pada masa dia memerlukan seorang teman untuk berbual. Teman yang sudah dikenali sejak di bangku sekolah lagi, teman yang berada disisi disaat dia senang dan susah. Teman sejati.
“boleh lah bang….tapi abang tak ada ..anja windu kat abang busuk tau…” Sengaja Aminnudin menjawab dengan gaya lelaki lembut. Hazwan yang berada di hujung talian hanya ketawa.
“amboi tu perli aku ke apa??”
“bila masa pula anja perli abang busuk…hurh…nganjuk kan…” Tak sudah sudah Aminnudin menyakat. Semuanya bermula apabila Hazwan membahasa kan diri anja dan abang busuk dengan kekasih hatinya si Zulaika. Tapi dalam anja abang busuk kahwin juga mereka tidak macam dirinya yang masih ‘single yet unavailble’ .
“aku hempok kepala kau kan…tak sudah sudah…”
“ala…sejak bila kawan aku yang gentleman sangat ni reti merajuk…ni mesti belajar dengan ika kan…elok lah tu dulu aku suruh kau bercinta dengan perempuan melayu terakhir kau nak juga bercinta dengan tomboy tu…lepas tu kau yang jadi lembut…tapi sampai sekarang kau still tak bagitahu aku siapa yang bagi gelaran yang sangat lawak tu..anja..abang busuk…pecah perut do..” Aminnudin masih tidak berhenti ketawa. Seketika dia lupa pada perkara yang meresahkannya sebentar tadi.
“alah dah jodoh nak buat macam mana…at least kahwin juga aku..kau tu bila….hari tu mak aku ada terserempak dengan mak kau…tu yang dia mention pasal nak jodohkan kau dengan anak kawan dia..betul ke???”
“ceh..patutlah kau call aku…rupanya nak cari gossip je..”
“sambil menyelam minum air…lagipun kalau kau nak kahwin aku pun boleh tolong jadi pengapit kau…”
“apa kejadah tu..woi..biasa orang yang jadi pengapit bujang tau..kau tu nak campak ika kat mana??”
“alah aku kan aku tiga lagi kosong…”
“amboi ada hati…ok boleh tapi nant aku cakap kat ika…”Sengaja Aminnudin bergurau sedangkan dia tahu sanggat temannya itu takut bini. Sejak bercinta lagi diikutkan sahaja cakap Ika tu, lepas kahwin lagi lah. Macam tu nak berbini ramai, jawabnya seminggu je dah tempah nama kat wad sakit mental.
“macam aku berani kan….serius ni …betul ke??kau dah jumpa dengan budak tu ke??”
“belum..tapi ni yang aku pening ni…semalam mak aku siap mms gambar Linda tu dan bagi nombor telefon…dan kau tahu sejak pagi tadi dia asyik ingat kan aku supaya hubungi Linda..mana aku tak kusut…”
“apa yang susahnya…kau berkenalan je lah…kalau berkenan kawan, lepas tu bercinta, kemudian kahwin…lagi pun kau bukannya ada kekasih hati ke apa..”
“tu satu lagi masalah…..”
“masalah masalah….aku tak tahu lah berapa banyak masalah kau ada..dah aa dia masalah kau tu…”
“aku dah jatuh cinta....”
“dah tu cakap kat mak kau…aku tak rasa mak kau nak bantah pun…dia memaksa ni pun sebab kau yang tak bawa calon menantu kat dia…jadi aku tak nampak apa masalahnya.”
“masalahnya nama perempuan tu pun aku tak tahu…tingal mana, nombor handphone apa..semua aku tak tahu…”
Suasana sepi untuk seketika, Aminnudin seakan dapat mengagak Hazwan pasti akan kehilangan kata-kata.
“kau dah check otak kau dekat hospital tak??mana tahu lah ada wayar dekat otak kau yang dah putus…??” Nada Hazwan kedengaran serius. Aminnudin sudah mengaru kepala yang tidak gatal. Mungkin betul , dia patut jumpa pakar.
“hish kau ni jangan lah nak menganjing….dah nak buat macam mana benda tu dah jadi tak payah lah kau nak sakit kan hati aku…”
“sukati kau lah wei….jangan kau buat bukan-bukan dah….lagi pun kalau ada jodoh kau dengan dia ada lah ….lagipun tak salah pun kalau kau berkenalan dengan budak yang mak kau nak kenal kan tu…tak kenal maka tak cinta..mana tahu kan…”
“kau ni dah boleh jadi penulis novel lah…aku rasa kalau bank pecat kau pun kau boleh survive …yelah boleh karang novel…mamat jiwang…”
“mamat jiwang ni juga yang kau dok sibuk cari bila kau ada masalah cinta kan…aku rasa kalau aku charge kau sebab guna perkhidmatan aku rasanya aku dah boleh beli bangle sebiji….”
Mereka ketawa bersama-sama, ada sahaja perkara yang tak masuk akal yang dibicarakan. Tetapi memang betul pun, hampir setiap kali Aminnudin berhadapan dengan masalah pasti Hazwan dicarinya, Cuma sekarang kekerapan itu sudah berkurang memandang kan masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri apatah lagi temannya itu sudah pun mendirikan rumah tangga setahun yang lalu.

Adhila 11

BAB 11 - kenangan Farahain




Sebaik sahaja lelaki yang dikenali di kedai buku itu menjawap pangilan, Shiela datang ke arah Adhila dengan wajah yang kepenatan.
“ya Allah…shiela main apa sampai penat sanggat ni…” Adhila memangku Shiela. Dilap peluh yang menitis di dahi anak comelnya itu.
“main kejar kejar….bu jom balik..penat lah…”
“ha???” Satu lagi perangai Shiela yang saling tak tumpah dengan Farahain Hanisa iaitu mudah penat apabila bersukan dan bila bab memujuk no 1. Adhila tersenyum sendiri apabila teringat pada persamaan anak beranak itu.
“ok…itu lah tadi ibu dah pesan jangan main sakan…sekarang dah penat…” Adhila bangkit dan meminpin tangan Shiela, dia ingin menyapa lelaki yang masih sibuk menjawab pangilan telefon, dan kedengaran seperti perbualan yang ‘serius’. Adhila tidak mahu dikatakan menyibuk, apatah lagi shiela sudah merengek untuk pulang.
“yalah jom…” Akhirnya Adhila akur dengan permintaan Shiela, mana pernah permintaan anak gadis itu ditolak.Walaupun ada rasa terkilan kerana tidak dapat menyapa lelaki sebelum pulang.
Sampai di tengah jalan, Adhila mengetuk kepalanya perlahan.
‘yaAllah, punya lah puas berbual, aku sikit pun tak tanya nama dia…’
Adhila mengeleng , terasa kelakar pun ada, mana kan tidaknya mereka berbual seolah-olah sudah mengenali satu sama lain dalam tempoh yang lama sedangkan hakikatnya nama pun mereka tak tahu. Akhirnya lelaki it uterus menjadi mesteri.
“shiela nak makan apa malam ni???”
“nak makan nasi goreng pataya…”
“hurm…ok…”
Adhila meneruskan pemanduaanya, dia mahu singgah ke kedai runcit membeli beberapa barangan runcit sebelum pulang ke rumah. Dan semasa dalam perjalanan ingatannya melayan pada teman baiknya.


Imbas kembali :
Farahain Hanisa binti Hassan dengan lahapnya menhabiskan nasi goreng pataya.
“wei kau dah sepuluh tahun ke tak makan??” Marah Adhila apabila melihat sikap lahap kawannya itu, malu pun ada juga.
“hish kau ni nasib baik aku tak tersedak…” Giliran Farahain Hanisa pula memarahi Adhila apabila dia hampir sahaja tersedak. Adhila menjeling, memang tak boleh menang kalau berbicara dengan kawanya itu.
“ kau dengan mamat tu sekarang memang dah ‘officially couple’ ke??” Tanya Adhila sambil menyuap nasi goreng daging kunyit ke dalam mulutnya. Pertanyaan itu membuatkan Farahain hanisa tiba-tiba berhenti menyuap, air fresh orange di sedut perlahan. Tiba-tiba gayanya berubah menjadi gadis melayu terakhir.
“betul lah tu!!!” Teka Adhila apabila menyedari perubahan sahabatnya itu, apatah lagi Farahain Hanis mempunyai kulit yang putih, oleh itu apabila dia malu atau marah dapat ditangkap dengan mudah kerana mukanya akan memerah seperti sos cili.
“aku tak tau lah dhila..tapi naqib ni lain dari yang lain ….dia buat aku rasa istimewa..hati aku ni berdebar debar je setiap kali dengar suara dia…setiap malam aku ni dia asyik muncul membuat aku gila bayang…dah lah dia handsome…tapi bukan tu je tau..setiap kali dia ‘call’ mesti dia tanya khabar , khabar family aku..dan setiap kali aku ada masalah mesti dia dengar….kau faham tak perasaan tu macam mana??” Jelas Farahain Hanisah, pipinya masih kemerahan, dar riak matanya Adhila tahu kawannya itu sememangnya sudah jatuh cinta.
“aku tak kisah kalau kau nak bercinta dengan dia ke apa…tapi kau kena ingat, kita ni baru sahaja tamat SPM belum tentu lagi result kita macam mana..masa depan kita pun kita tak tahu…”
“hish kau ni bagi ceramah free dekat aku buat apa..bukan nya kau cakap aku ak kahwin dengan dia esok..aku tahu lah aku ni mudah lagi…dia cakap dia sanggup tunggu aku habis belajar..tapi masalahnya….” Farahain memandang kekiri dan kekanan, sebelum berbisik sesuatu pada Adhila.
“aku yang tak sabar nak kahwin dia dia..kalau boleh malam ni juga aku nak pergi heret dia pergi rumah tok kadi..”
“gatal..” Marah Adhila disertakan dengan pukulan dibahu Farahain.Sementra itu Farahain sudah mengegek menahan ketawa lucu mengenakan sahabat karibnya itu.
“alah aku gurau je…kau ni pun….tu lah kau ingat aku tak reti berfikir…gatal sangat..kalau gatal aku dah lama dah buat apa yang aku cakap kan tu…” Farahain masih tidak dapat berhenti ketawa. Adhila hanya menjeling.
“tak guna kau kan…kenakan aku je..dah diam lah…”
“ok ok..sorry sorry..alah lah..” Farahain memujuk tidak sampai lima minit Adhila kembali tersenyum, dia memang tidak boleh menang kalau merajuk dengan Farahain lama-lama. Ada je idea Farahain untuk memulihkan senyumannya.

Adhila 10

BAB 10- Pertemuan




Suasana di padang kelihatan meriah apabila kanak-kanak sibuk berkejar sesama sendiri. Mereka berdua yang baru sahaja sampai di taman permainan itu tersenyum riang.
“pergi lah..tapi jangan main jauh jauh sanggat…” Pesan Adhila sebelum membiarkan Shiela bermain bersama-sama dengan kawan-kawan. Itu lah dunia budak kecil, mereka hanya tahu mencari ketawa tanpa perlu risau apa yang akan terjadi pada pesekitaran mereka. Adhila mengambil tempat duduk yang terletak berhadapan dengan papan gelongsor. Novel 7 hari mencari cinta digapai di dalam beg. Sambil membaca sambungan novel tersebut, mata Adhila tidak lari memandang dan memastikan kehadiran Shiela.
“assalamualaikum…” Tiba-tiba ada orang memberi salam, Adhila segera menoleh dan dikecilkan mata seolah olah mengenal pasti lelaki yang menegurnya.Namun salam yang diberi tetap dijawab.
“betul lah….patut macam kenal…saya ingat dah salah orang tadi..” Lelaki itu berbicara seolah-olah mereka berdua sudah rapat. Tetapi Adhila langsung tidak mengingati lelaki itu.
“awak dah tak ingat saya ke??” Tanya lelaki itu seolah-olah dapat membaca pemikiran Adhila.Adhila tidak bersuara hanya memandang sahaja lelaki tersebut.
“dekat bookstore hari tu…tu..” Lelaki tersebut membuat gaya seolah olah pemain bola keranjang yang ingin menjaringkan gol sambil bibirnya menjuih menunjukkan kearah novel yang berada di tangan Adhila.
“oooooo…” Akhirnya Adhila kembali teringat pada lelaki yang berada disbelahnya. Lelaki yang membantunya dari dihempap novel. Kalau tak sia-sia je kepala berlubang.
“dah ingat??” Senyum lelaki itu, Adhila hanya menganguk kecil.
“apa awak buat dekat sini??bawa anak ke??” Adhila bertanya, matanya mencari-cari shiela yang masih leka bermain.
“hish rupa saya ni dah ada rupa orang ada anak ke??”
“ha..hurm..” Adhila ‘blur’ dengan jenaka itu. Sensitif ke mamat sebelah ni??Bisik hati Adhila
“hehehe…tak..saya duduk area sini juga, saja je jalan-jalan dekat sini….awak pula buat apa dekat sini?? Bawa anak ke??”
“ooo..ha??” Adhila mengaru kepala, dia sebenarnya tidak tahu hendak berbicara dengan lelaki itu. Lagi pun sebelum ini kalau lelaki yang bercakap dengannya semuanya berkenaan dengan hal kerja.Adhila mengaru kepala, terasa seperti soal jawab di bangku sekolah pula.
“lawak ah awak ni..apasal ‘blur’ sanggat ni…”
“ye ke..maaf lah ..saya tak dengar sanggat apa yang awak tanya…awak duduk area sini?? Jarang nampak awak sebelum ini..”
“saya ni baru pindah…lagipun, saya pun jarang keluar , hari ini je tiba-tiba terasa nak keluar jalan…tiba-tiba jumpa dengan awak pula…”
“bagus juga awak keluar kadang-kadang…sekurang-kurangnya boleh lah awak berkenalan dengan orang-orang sini…kawasan ini, semua orang dia peramah,senang nak dibuat kawan…”
“saya pun rasa macam tu…tengok kat taman ni pun dah tahu …”
Mereka terus berbual, seakan dengan mudah sahaja perasaan tidak selesa itu hilang. Malahan kini mereka semakin seronok berbicara satu sama lain.Namun perbualan mereka terhenti apabila Aminnudin menerima pangilan.
“sekejap yea..” Adhila hanya menganguk, Aminnudin bangkit dan bergerak ke belakang pokok sebelum menjawap pangilan tersebut.
“waalaikumusalam.. ada apa bu??”
“nak tanya ni kamu senang tak hujung minggu ni..ibu ingat nak suruh kamu balik….”
“tak tahu lagi…ada apa apa ke bu yang amin kena balik??”
“hish..takkan lah nak kena ada apa-apa baru kamu nak balik….” Marah Puan Wan Nurlela.
“bukan lah macam tu..ibu ni emo lah…amin sendiri tak tahu…kalau kerja tak banyak boleh lah kot…”
“balik lah…boleh lah teman kan ibu pergi rumah family linda…”
“Linda??linda mana bu???”
“linda anak kawan ibu tu lah….minggu ni dia ada buat majlis doa selamat..balik tau…”
“tengok lah…hurm…ok ..insyaAllah…bye….assalamualaikum…” Aminnudin mengeleng kepala, niat ibunya untuk menyatukan dia dan ‘linda’ tak habis habis lagi. Aminunddin kembali melangkah kea rah bangku namun sayangnya gadis yang berbual dengan nya sebentar tadi telah tiada. Aminnudin mengaru kepala yang tidak gatal, sebelum mengetuk dahi sendiri.
‘kenapalah aku tak tanya nama dia….yaAllah bodoh nya aku ni…’ bebel Aminnudin sendiriaan, marah pada diri sendiri kerana terlupa bertanya soalan yang penting. Sudah lah tidak tahu bila lagi mereka akan bertemu, nama pun dia tidak tahu. Aminnudin melepaskan keluhan yang panjang sebelum memandu pulang ke rumah.

Adhila 9

BAB 9 - Masih orang sebelah




Pulang dari kerja dia mencari-cari si comel, kucing jalanan yang dikutipnya beberapa hari lepas, namun bayangan kucing itu tidak kelihatan.
“hish …mana pula kucing ni..baru satu hari aku tak bagi makan takkan dah lari rumah, cari tuan baru kot…” Guman Aminnudin sendirian. Kerana kekangan kerja yang banyak, semalam Aminnudin tidak pulang ke rumah, bagi menyelesaikan segala tugasan sebelum tempoh waktunya.
Ketika itu, Shiela datang menghampiri pagar yang memisahkan halam rumah mereka, Shiela yang peramah menyapa Aminnudin.
“assalamualaikum…”
“waalaikumusalm….” Aminnudin menjawab salam sambil memberi senyuman pada kanak-kanak perempuan yang berada di hadapannya. Kalau tidak silapnya, budak perempuan ini adalah cucu jiran sebelah yang menyapanya dulu.
“pak cik cari apa??”
“pak cik cari kucing pak cik…ada nampak tak?? Warna dia oren-oren puteh..” Aminnudin duduk bagi memudahkan dan dia berbicara dengan Shiela.
“ada ada…” Shiela menganguk dengan penuh yakin, Aminnudin tersenyum, terasa comel dengan riaksi yang diberi anak kecil itu.
“mak cik iqa bubuh ubat dan bagi dia makan….sian dia lapar…shiela nk main dengan dia…tapi ibu tak bagi…ibu kata comot…pastu itu marah kat dia sebab kucing pak cik eyak banyak-banyak kat situ…” Sambil menunjukkan ke arah tenpat letak kereta, bersungguh-sungguh Shiela bercerita mengenai kucing itu. Dia mengaru kepala yang tidak gatal. Memang salah dia juga, sudah ambik kucing , tetapi tidak mahu menjaganya. Memang tidak ada niat membiarkan kucing yang diambilnya beberapa hari lepas begitu sahaja tanpa penjagaan, tetapi apa nak buat, kerana kesibukannya, dia terlupa niat asalnya untuk menjaga kebajikan kucing itu, tetapi kini bukan sahaja kucing itu sudah menjadi kucing terbiar malahan menyusahkan jirannya.
“mak marah ke??? Pak cik lupa sanggat, sebab pak cik sibuk…tapi mak cik iqa memang suka kucing eh??”
“tak, bukan mak yang marah tapi ibu…dia pun ada upinpin..comel..kembang macam ni…” 
“pandai nyer adik cakap..adik umur berapa tahun??”
“4 tahun…” Sambil menunjukkan empat jari menandakan umurnya. Aminnudin sekadar tersenyum melihat gelagat kanak-kanak kecil itu.
“baru 4 tahun dah petah bercakap…nanti dah besar boleh lah jadi juruhebah…”
Amminudin meleparkan senyuman, dia tertarik dengan gelagat anak kecil itu, malahan selama ini dia merasakan anak kecil lah paling bahagia kerana tidak kira apa yang berlaku disekeliling mereka, anak kecil seperti Shiela terus tersenyum dan kadang kala senyuman itu menjadi pengubat terutama bagi bujang macam dirinya ini.
“ayah adik mana??”
“ayah tak ada, ibu cakap ayah kerja kat tempat kerja jauh…”
“ooo..mak adik pula kerja mana??” Pelik pada dirinya, tetapi itu lah hakikatnya kini, Aminnudin sedang bersoal jawab dengan anak kecil itu bagaikan sesi temu bual mencari calon isteri. Hai takkan lah terdesak sanggat sampai bini orang nak dikebas, hish mahu kena pelekung dengan ibunya dirumah.
“tak tahu..ibu cakap mak ada di satu tempat …kita tak boleh pergi sana kecuali dah sampai masa…tapi ibu dengan nenek selalu bawa shiela pergi rumah mak…sian mak rumah tak ada pintu..” Petah Shiela memberi jawapan, sayangnya Aminnudin tidak dapat menangkap apa yang cuba diperkatakan oleh anak kecil itu.
“adik..uncle nak masuk dulu…nah…ini untuk adik…terima kasih sebab jaga kucing uncle…nanti kongsi dengan mak dan mak cik iqa yea..” Sebungkus plastic gula-gula fox yang sememangnya baru sahaja diambil dari dalam kereta sebentar tadi dihulurkan kepada Shiela.Namun anehnya shiela tidak terus mengambil gula-gula tersebut.
“boleh ke uncle?? Ibu selalu pesan jangan terima apa-apa dari orang yang kita tak kenal..”
“tentulah boleh…uncle bagi ini sebagai tanda terima kasih dekat shiela…tapi taka pa shiela ambil je..nanti tanya dekat ibu sama ada shiela boleh makan ke tak yea…” Shiela tersenyum mendengar perjelasan Aminnudin walaupun dia masih was-was menerima gula-gula tersebut, tetapi akhirnya Aminnudin Berjaya menyakinkan Shiela untuk mengambil gula-gula darinya.  Sebaik sahaja menerima bungkusan gula-gula itu, shiela mengucapkan terima kasih sebelum berlari masuk ke rumah. Aminnudin mengeleng kepala, dia juga perlu masuk, tetapi sempat juga dia memangil si kucing comotnya itu, mana tahu, kot muncul dari celahan kereta. Puas memangil namun ekor kucing pun tak nampak, Aminnudin terus masuk ke dalam rumah.

Sebaik dia masuk ke dalam rumah, wanita dari sebelah keluar.
“shiela uncle mana bagi shiela gula-gula fox ni??”
“uncle sebelah….betul bu tadi dia kat pagar tu..dia cari meow meow…shiela cakap lah mak cik iqa ambil..”
“betul lah kucing tu kucing dia…hish..orang sebelah ni kerja dia asyik menyusahkan aku je…”
Bebel Adhila sendiriaan, walaupun sudah hampir seminggu lebih jiran sebelah pindah masuk, namun bukan sahaja bayangan tidak pernah dilihat malahan nama pun asyik terlupa je, sedangkan Mak Niah sering menyebut. Tetapi yang paling menyakitkan hati, apabila jirannya itu selalu sahaja menyusahkannya, bukan dia tidak mahu bertolak ansur, tapi kalau dah cari pasal, sudah lah tak pernah dengar ucapan maaf . Mana nak dengar ucapan maaf kalau batang hidung pun tak nampak.Sibuk sangat agaknya sampai tak reti bergaul dengan orang, apa dia kerja cat bangunan satu batu pahat…hah kan dah keluar bab mengutuk…yaAllah..sabar je lah…
“nah ambik lah…tetapi jangan makan lebih-lebih, kalau gigi rosak ibu tak tahu…” Adhila menyerah kan juga bungukusan gula-gula itu pada Shiela yang hanya menganguk. Budak kenit tu apa kisah, janji dia dapat gula-gula.Akhirnya Adhila mengeleng dan masuk ke dalam rumah. Niatnya untuk menhabiskan novel 7 hari mencintai ku hari ini. Walaupun novel itu pernah di baca suatu ketika dahulu, akan tetapi dia sendiri seakan sudah lupa penceritaan novel tersebut.
“mia ni buta ke apa?? Dapat suami yang gentleman macam tu sekali pun tak nampak..” Bebel Adhila sendiriaan, emosi sendiri walaupun sekadar membaca cerita novelan. Shiela yang datangnya dari luar, terus menerkamnya menyebabkan novel yang berada di tangannya terjatuh.
“ya Allah anak ibu ni…nak apa??” Walaupun pembacaannya tergangu, namun adhila tidak marah , sebaliknya dirangkul kemas badan anak kecil di dangkapannya kini.
“ibu boyin lah…jom lah g jalan-jalan…” tutur Shiela yang masih ada pelatnya.
“boyin boyin…nak pergi mana??ibu penat lah sayang..”
“alah ibu ni…jom lah kita g jalan jalan…” Shiela terus memujuk sambil membuat muka kesian. Dan bosan sanggatlah tu. Kalu tidak ada anak kak Afiqah meneman Shiela, si        tu. Tetapi hari ini mereka sekeluarga balik kampung untuk majlis cukur jambul anak saudara mereka.
Shiela masih dengan muka simpatinya , merayu agar permintaannya dituruti. Adhila ketawa kecil sambil mengeleng kepala. Dia akhirnya mengalah juga dengan anak kesayangannya ini. Betul lah orang selalu kata, ibu bapa memang tak boleh menang dengan anak-anak mereka.
“yalah…pergi siap cepat..lepas tu kita pergi jalan..”
Shiela tersenyum, dia member ciuman dipipi Adhila sebelum melompat dari pangkuaan Adhila untuk bersiap. Adhila hanya mampu mengeleng sekali lagi. Shiela adalah racun dan penawar dalam hidup nya.