Monday, April 7, 2014

Adhila 12



Bab 12- Jatuh cinta

Sejak dari tadi Aminnudin seakan kucing kehilangan anak, kehulur ke hilir tidak menentu. Keluhan dilepaskan diselang seli dengan melihat paparan skrin telefon. Sebenarnya sejak petang semalam ibunya sudah memberikan nombor telefon Linda , ya Linda gadis yang beriya iya ibunya ingin jodohkan. Bukan dia tidak sudi, tetapi sejujurnya hatinya telah dicuri oleh seseorang.Dan bukan dia tidak mahu menjelaskan isi hatinya pada ibunya, tetapi dia pasti akan diketawakan. Ia nya bagaimana dia ingin mengatakan dia telah jatuh cinta sedang kan nama gadis itu pun dia tidak tahu.
‘yaAllah kusut lah macam ni…’ Keluhan panjang dilepaskan sebelum dia merebahkan diri di atas sofa yang tidak lah seberapa empuk. Seketika kemudian telefonnya bordering, dalam kemalasan dan keresahan Aminnudin memandang malas skrin telefonnya. Namun dia segera bangkit apabila mendapati pangilan tersebut dari seseorang yang amat diperlukan.
“asslamualaikum buah hati aku disana..amacam best tempat baru…” Aminnudin ketawa terbahak bahak, sememangnya Hazwan menghubungi tepat pada masa dia memerlukan seorang teman untuk berbual. Teman yang sudah dikenali sejak di bangku sekolah lagi, teman yang berada disisi disaat dia senang dan susah. Teman sejati.
“boleh lah bang….tapi abang tak ada ..anja windu kat abang busuk tau…” Sengaja Aminnudin menjawab dengan gaya lelaki lembut. Hazwan yang berada di hujung talian hanya ketawa.
“amboi tu perli aku ke apa??”
“bila masa pula anja perli abang busuk…hurh…nganjuk kan…” Tak sudah sudah Aminnudin menyakat. Semuanya bermula apabila Hazwan membahasa kan diri anja dan abang busuk dengan kekasih hatinya si Zulaika. Tapi dalam anja abang busuk kahwin juga mereka tidak macam dirinya yang masih ‘single yet unavailble’ .
“aku hempok kepala kau kan…tak sudah sudah…”
“ala…sejak bila kawan aku yang gentleman sangat ni reti merajuk…ni mesti belajar dengan ika kan…elok lah tu dulu aku suruh kau bercinta dengan perempuan melayu terakhir kau nak juga bercinta dengan tomboy tu…lepas tu kau yang jadi lembut…tapi sampai sekarang kau still tak bagitahu aku siapa yang bagi gelaran yang sangat lawak tu..anja..abang busuk…pecah perut do..” Aminnudin masih tidak berhenti ketawa. Seketika dia lupa pada perkara yang meresahkannya sebentar tadi.
“alah dah jodoh nak buat macam mana…at least kahwin juga aku..kau tu bila….hari tu mak aku ada terserempak dengan mak kau…tu yang dia mention pasal nak jodohkan kau dengan anak kawan dia..betul ke???”
“ceh..patutlah kau call aku…rupanya nak cari gossip je..”
“sambil menyelam minum air…lagipun kalau kau nak kahwin aku pun boleh tolong jadi pengapit kau…”
“apa kejadah tu..woi..biasa orang yang jadi pengapit bujang tau..kau tu nak campak ika kat mana??”
“alah aku kan aku tiga lagi kosong…”
“amboi ada hati…ok boleh tapi nant aku cakap kat ika…”Sengaja Aminnudin bergurau sedangkan dia tahu sanggat temannya itu takut bini. Sejak bercinta lagi diikutkan sahaja cakap Ika tu, lepas kahwin lagi lah. Macam tu nak berbini ramai, jawabnya seminggu je dah tempah nama kat wad sakit mental.
“macam aku berani kan….serius ni …betul ke??kau dah jumpa dengan budak tu ke??”
“belum..tapi ni yang aku pening ni…semalam mak aku siap mms gambar Linda tu dan bagi nombor telefon…dan kau tahu sejak pagi tadi dia asyik ingat kan aku supaya hubungi Linda..mana aku tak kusut…”
“apa yang susahnya…kau berkenalan je lah…kalau berkenan kawan, lepas tu bercinta, kemudian kahwin…lagi pun kau bukannya ada kekasih hati ke apa..”
“tu satu lagi masalah…..”
“masalah masalah….aku tak tahu lah berapa banyak masalah kau ada..dah aa dia masalah kau tu…”
“aku dah jatuh cinta....”
“dah tu cakap kat mak kau…aku tak rasa mak kau nak bantah pun…dia memaksa ni pun sebab kau yang tak bawa calon menantu kat dia…jadi aku tak nampak apa masalahnya.”
“masalahnya nama perempuan tu pun aku tak tahu…tingal mana, nombor handphone apa..semua aku tak tahu…”
Suasana sepi untuk seketika, Aminnudin seakan dapat mengagak Hazwan pasti akan kehilangan kata-kata.
“kau dah check otak kau dekat hospital tak??mana tahu lah ada wayar dekat otak kau yang dah putus…??” Nada Hazwan kedengaran serius. Aminnudin sudah mengaru kepala yang tidak gatal. Mungkin betul , dia patut jumpa pakar.
“hish kau ni jangan lah nak menganjing….dah nak buat macam mana benda tu dah jadi tak payah lah kau nak sakit kan hati aku…”
“sukati kau lah wei….jangan kau buat bukan-bukan dah….lagi pun kalau ada jodoh kau dengan dia ada lah ….lagipun tak salah pun kalau kau berkenalan dengan budak yang mak kau nak kenal kan tu…tak kenal maka tak cinta..mana tahu kan…”
“kau ni dah boleh jadi penulis novel lah…aku rasa kalau bank pecat kau pun kau boleh survive …yelah boleh karang novel…mamat jiwang…”
“mamat jiwang ni juga yang kau dok sibuk cari bila kau ada masalah cinta kan…aku rasa kalau aku charge kau sebab guna perkhidmatan aku rasanya aku dah boleh beli bangle sebiji….”
Mereka ketawa bersama-sama, ada sahaja perkara yang tak masuk akal yang dibicarakan. Tetapi memang betul pun, hampir setiap kali Aminnudin berhadapan dengan masalah pasti Hazwan dicarinya, Cuma sekarang kekerapan itu sudah berkurang memandang kan masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri apatah lagi temannya itu sudah pun mendirikan rumah tangga setahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment