Monday, April 7, 2014

Adhila 7

BAB 7 - jodoh keluarga pilihan sendiri?




Hujung minggu ini Aminnudin terpaksa pulang ke Kuala Lumpur atas desakan Puan WanNurhani yang sudah member takzirah panjang petang semalam. Hendak tak hendak terpaksalah Aminnudin pulang, bukan tak sudi, dia pun rindu pada keluarganya, cuma dia paling liat mendengar satu topik yang sering sahaja dikemukan oleh ibunya. Kadang kala terasa pelik pula dengan ibunya ini, kalau nak kata ibunya teringin kan cucu, abangnya sudah pun berkahwin dengan Kak Salfarina dan mempunyai seorang putera yang diberi nama Saiful Mujaded. Oleh hal demikian tiada sebab mengapa ibunya harus memaksa nya untuk mendirikan rumah tanga. Apatah lagi satu soalan yang selalu bermain di fikirannya sama ada dia sudah bersediakan dia memikul tanggunjawab sebagai seorang suami yang tidak boleh dipandang mudah.
Mampukah dia menjadi suami yang mempunyai sifat-sifat terpuji Rasulullah S.A.W. Antaranya termasuklah sebagai kekasih iaitu ikhlas mencintai isteri melalui kata-kata dan perbuatan, malahan Rasulullah juga sering berkongsi masalah bersama-sama isterinya. Selain itu menjadi seorang pemimpin di dalam institut perkhawinan dimana seorang suami mempunyai sifat ketegasan dalam membuat keputusan namun dalam masa yang sama menghormati pandangan isteri sebelum membuat keputusan.
Seterusnya menjadi seorang ayah yang mampu melindungi keselamatan dan mengambil berat kesusahan serta kesulitan isteri. Manakala sifat yang turut ada di dalam Rasulullah S.A.W sebagai suami adalah sebagai guru iaitu memberi ilmu kepada isterinya menuju ke jalan yang diredhai Allah. Itu hanya sedikit sahaja, ada banyak lagi sifat-sifat terpuji Rasulullah SAW yang mampu dijadikan sebagai panduan bagi menjadi seorang suami. Adakah Aminnudin sudah bersedia , dan mampu kah dia menerapkan sifat-sifat itu di dalam dirinya. Apa ibunya tidak pernah terfikir semua itu. Namun tidak berani pula dia bertanya secara bersemuka dengan Puan WanNurhani Wan Nabeeli, lain pula jadi nya nanti.Hanya keluhan panjang dilepaskan Aminnudin walaupun dia tahu mengeluh itu bukan lah satu tabiat yang baik.

Sampai sahaj dipekarangan bangle dua tingat, Aminnudin meletakkan kereta di garaj, dilihat kereta BMW ayahnya dan Pugeot ibunya berada di tempat letak kereta. Pasti ibu dan ayah nya berada di rumah.
“assalamualaikum..” Aminnudin memberi salam, dan salam itu dijawab Encik Omar Muhaimin dan Puan WanNurhani Wan Nabeeli yang berada di ruang makan. Mereka baru sahaja ingin menikmati makan tengah hari.
“elok lah kamu sampai…mari makan dulu..” Encik Omar menjemput anak lelaki nya itu makan, dia sendiri sudah kelaparan, kalau nak diikutkan isterinya mahu menunggu Aminnudin sampai barulah dihidang kan makanan. Namun lepas puas merengek seperti anak keciknya akhirnya sebentar tadi dihidang juga makanan-makan di atas meja.
“wah sedap nya..ada ketam masak cili api…” Aminnudin yang dari pintu masuk sudah terhidu bau wangi masakan ibunya teruja melihat lauk kegemarannya di atas meja. Tanpa disuruh Aminnudin segera membasuh tanga di singki kecil yang terletak di ruang makan dan duduk di sebelah Encik Omar. Puan WanNurhani hanya mampu mengeleng mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi, anak dengan ayah sama sahaja bila bab makan, tak menyempat.
“abang ali mana ayah??tak datang ke??”  Aminnudin berrtanya sementara menanti nasi dihidangkan dipinggannya.
“abang kamu petang nanti baru dia datang..katanya nak hantar saiful buat check up dulu…”
Aminnudin hanya menganguk, sebaik sahaja nasi dihidangkan, tanpa diperlawa terus dia memasukkan seekor ketam merah ke dalam pinggannya. Encik Omar juga berbuat demikian. Dan dengan pantas kedua berana tersebut membaca doa makan menandakan kesyukuran kepada maha Esa diatas rezeki yang diberikan.
“ya Allah bapak dengan anak sama je…tak lari ketam tu pun…” Marah Puan WanNurhani melihat suami dan anaknya berebut mengambil ketam yang dimasak khas untuk anak kesayangannya itu. Encik Omar dan Aminnudin sekadar tersenyum sesama sendiri sebelum menikmati makananan yang terhidang.



Selesai makan, mereka berkumpul di ruang tamu bagi merehatkan perut. Aminnudin membelek majalah dan beberapa novel yang berada di atas meja ruang tamu, pasti itu milik adik bongsunya Nurlela yang sedang meningkat remaja.Salah satu novel tebal berwarna hijau menarik minatnya, bukan kerana ketebalannya tetapi dia tertarik pada tajuk novel tersebut.
“novel ni bukan ke yang perempuan dekat popular tu beli…” Bisik aminnudin sendiri, novel 7 hari mencintaiku itu diambil dan dibaca sinopsisnya, dia juga ingin mengetahui novel tersebut memandangkan gadis yang dijumpai itu bersungguh-sungguh mendapatkannya.
“hai sejak bila kau minat novel-novel ni??dah jadi mat jiwang ke??” Puan Wannurhani yang baru sahaja selesai membasuh pingan duduk di sisi suaminya yang leka membaca surat khabar.
“sahaja je bu…ni mesti lela punya kan....” belum sempat synopsis buku itu dibaca sudah diletakkan kembali ke tempat asalnya, malu pula bila di labelkan sebagai mamat jiwang oleh ibunya. Alahai bu, kalau anak ibu ni mamat jiwang, takkan masih solo lagi sampai sekarang..
“siapa lagi kalau bukan budak bertuah tu…ibu ni dah puas membebel, jangan letak novel dekat atas meja ni, bersepah..siap ibu siapkan almari khas untuk letak novel dia..tapi huh…masuk telingan kanan keluar telingan kiri budak tu…” Puan Wanurhani mengadu pada Aminnudin, entah mengapa berbanding dengan anak-anaknya yang lain, dia lebih mudah mesra dengan Aminnudin biarpun dia bukannya anak bongsu dalam keluarga. Mungkin kerana sifatnya yang banyak mendengar dan tidak banyak kerenah menyebabkan Puan WanNurhani mengasihi anak lelaki itu lebih dari anak yang lain.
“ni dah alang-alang kamu datang ni…ibu nak tanya kamu sesuatu…” Puan Wannurhani memulakan bicara topik yang menjadi kelemahan Aminnudin, kalau lah ada subjek atau matapelajaran topic ini semasa dia belajar, sudah pastinya dia akan gagal dengan gred f. Encik Omar yang juga seakan sudah mengetahui apa yang akan di perkatakan isterinya hanya mengeleng kecil dan sekadar tersenyum, sempat pula dia mengenyit mata pada Aminnudin apabila mata mereka dengan tidak sengaja bertentangan.
‘alamak ayah ni…bukan dia nak selamat kat aku, siap kenyit mata pula tu…habis lah aku…mana abang ali ni..tak datang-datang….silap hari bulan masak aku kat sini…’ Aminnudin sudah mula tidak keruaan.Mencari jawapan untuk soalan-soalan yang bakal ditujukan ibunya sebentar nanti.
“kamu ada berjumpa dengan sesiapa tak sekarang ni??”
“biasalah bu saya jumpa dengan pelangan, dengan kawan-kawan…” Jawapan Aminnudin menyebabkan Puan Wannurhani mengerling anak bujangnya itu, lain ditanya lain yang dijawab. Bukannya Aminnudin tidak tahu dia sedang berkias tentang hubungan istimewa bukannya pertemuaan sosial setiap hari.
“ada juga yang nak kena ini…ibu ‘serius’ lah ni…ada tak…”
“hurm…kenapa bu??” Perlahan nada Aminnudin cuba mencari niat tersembunyi ibunya.
“macam ni..kalau kami tak ada, ibu nak kenalkan kamu dengan anak kawan ibu…kamu kenal kan Datin Widad dan Dato’ Hafiz??” Aminnudin hanya menganguk, tidak mahu menyampuk, karang tidak pasal-pasal mendapat sepakan percuma, jangan main-main, ibunya pernah mendapatkan tali pingang hitam semasa zaman mudanya itu. Dia tahu pun apabila melihat gambar-gambar lama semasa ibunya kecil sehingga meningkat remaja.
 “Kalau kamu ingat Datin ada anak perempuan yang sebaya dengan Azami dan anak bongsu dia pula sebaya dengan Lela…mereka kan selalu datang beraya atau majlis majlis kita..ingat tak…”
“ah..ingat bu…kenapa dengan diaorang..anak dia nak kahwin ke??” Alamak…salah perkataan, kenapalah dia keluarkan perkataan ‘kahwin’ tu, makin rancaklah ibunya menanya soalan mengenai hal itu. Orang tua selalu kata terlanjak perahu boleh diundur terlanjak kata, siap lah…ini adalah salah satu contoh terbaik.
“belum lagi, tapi ini lah ibu nak tanya ni…Jadi kamu mesti ingat Linda kan…Linda tu baik budaknya, rupa ada, adab ada, pandai masak pula tu..kalau ibu datang, ramah dia layan ibu,sejuk hati ibu ni tengok..Pandai –pandai pun pandai, dia pun baru habis belajar dalam bidang business management…sekarang ni pula dia sibuk tolong kakak angkat dia uruskan kedai pakaian kat Damansara...”
“ibu puji lebih-lebih je anak kawan ibu tu, kalau lela dengar, mahu muncung sedepan budak gedik tu….” Aminnudin ketawa kecil, lucu apabila mengingatkan sifat adik bongsunya yang terlebih cemburu, jangan katakana anak orang, kalau ibunya puji dia lebih pun , si adiknya itu dah muncung, mahu tak bercakap dengan dia sehari suntuk. Anak bongsu macam tu lah, lagi pula dia seorang je perempuan, maka manjanya menjadi-jadi.
“alah…dia tak dengar tak apa…Linda tu comel tau…ayu bertudung, hari tu, ibu datang rumah datin, dia yang masak sambal udang, sedap amin, rugi kau tak rasa, kalau tak kau mesti gila bayang dekat budak tu lah…”
“cuba awak straight to the point je sayang oi…abang tengok dah macam rupa beruk anak awak tu berkerut je kening…” Encik Omar ketawa kecil. Sengaja dia mengusik anak lelakinya itu, bukannya dia tidak tahu Aminnudin sudah dapat menangkap apa yang ingin disampaikan ibunya, tetapi sengaja nak mengusik. Lagi satu dia pun sudah tak larat mendengar isterinya memuji berbakul-bakul si Linda anak Datin Widad, bukan tak suka, cuma dah puas mendengarnya.
“abang ni sibuk lah….ok macam ni Amin..ibu nak satu kan Amin dengan Linda kalau Amin tak ada teman istimewa sekarang…” Membeliak mata Aminnudin mendengar kata-kata itu dari ibunya, kalau sebelum ini ibunya hanya bising mengenai jodohnya, tetapi kini ibunya lebih maju dengan mencarikan calon untuk dirinya.Biar benar ibunya ini, mimpikah dia disaat ini?
“lagi pun ibu dengan Datin Widad dah lama berkawan jadi kami pun bercadang lah kalau hubungan tu boleh dieratkan lagi dengan menjadi besan. Ibu pun dah kenal lama diaorang, dah kenal hati budi diaorang, kan lagi senang…”
Kerana terlalu terkejut, Aminnudin tidak mampu berkata-kata, tidak tahu apa yang harus diperkatakan. 
“Amin…ibu tanya ni …”
“ibu ni memandai je nak jodohkan kitaorang…entah-entah Linda tu dah ada teman istimewa, karang jadi pula drama berseri..tak nak lah…kahwin-kahwin paksa ni…”
“tak ada…ibu dah tanya kat Datin, Linda ni dengar kata, dia tahu ayah dia tak suka dia bercinta-cinta ni…kan ibu cakap budak ni baik, sopan, dengar kata orang tua….lagi pun ibu bukan paksa…ibu bukan suruh kamu berdua kahwin esok ke bulan depan ke…ibu cuma nak kamu berdua berkenalan, tetapi bukan bercinta, Cuma kenal hati budi masing-masing, lepas itu….kalau kamu berdua kahwin, lagi lah seronok ibu….”
“amboi siapa yang yang kahwin sampai ibu seronok sanggat ini??” Perbualan mereka terhenti apabila Muhammad Ali Ikram menyampuk, Aminnudin tersengih kambing memandang abangnya, terasa bahagia melihat abangnya yang diangap sebagai penyelamat ketika ini, kerana dia tahu, abangnya pasti akan berada di pihaknya.
“Assalamualaikum…dah tak reti beri salam ke??” Puan Wanurhani mengurut dadanya sedikit, agak terkejut apabila diterjah begitu.
“hish..abang dah beri salam ibu, dari luar lagi…ibu je yang rancak sanggat berborak sampai tak dengar…kan ayah…” Ali ikram membentangkan tilam kecil di ruang tamu. Safrina yang baru melangkah masuk sambil mendukung permata hati mereka meletakkan Saiful Mujadeed di atas tilam itu sebelum menyalam kedua orang mentuanya.
“saiful demam ke bang??” Aminnudin cuba melarikan diri dari pertanyaan ibunya,oleh itu dia sengaja memancing focus ibunya kepada anak saudaranya itu.
“biasa je, budak macam tu lah….ni pun dia baru bangun ni…lena dia tidur lepas buat check up tadi,tapi melalak juga lah dia waktu kena injection tadi....” Ali ikram mengambil tempat duduk di sisi adiknya, dibiarkan isterinya melayan kerenah anak kesayangannya itu.
“alah cucu nenek ni…sian dia yea kena cucuk..meh sini..nenek cium…” Puan Wan Nurhani merapati cucu dan menantunya itu, dipeluk dan dicium bayi yang baru sahaja berusia beberapa bulan itu. Aminnudin menarik nafas lega, kalau abang dia tak sampai tadi, sialap hari bulan panjang lagi cerita.
“abang…you know I love you a lot …” Aminnudin berbisik di telinga abangnya. Ali ikram ketawa besar ,dia tahu dia baru sahaja menyelamatkan adiknya dari drama yang dicipta ibu mereka. Adoi ibu, bukannya dia tidak memberikan cucu, elok je sempurna Saiful Mujadeed tu tak ada cacat celanya, namun entah mengapa ibunya masih sibuk ingin adiknya itu berkhawin.

No comments:

Post a Comment