BAB 6 - kenangan seorang sahabat
Petang jumaat itu, Adhila sibuk mengemas pakaian
untuk dimasukkan ke dalam beg pakaian, sementara Shila pula sibuk bermain
dengan permainan cube block nya.
“minggu ni kita nak pergi rumah atuk Hassan ke??”
Tanya shiela, tangannya masih ligat memutar cube block untuk mendapatkan satu
warna yang lengkap.
“haah…kenapa shiela tak suka ke??”
“bukan tak suka…tetapi..nek siti macam tak suka kat
shiela je..” jawapan Shiela mematikan pergerakan Adhila, tidak sangka mendengar
kata-kata itu keluar dari mulut anak kecik itu. Dia memandang Shiela dengan
sayu.
“kenapa cakap macam tu sayang….atok Hassan dengan
nek siti sayang shiela..kan atok selalu belikan permainan untuk shiela…” Adhila
cuba memujuk anaknya itu, dia tahu mungkin silapnya juga masih berdegil membawa
shiela bertemu dengan Pak Hassan dan Mak siti. Namun dia tidak mahu Shiela kehilangan
ahli keluarganya yang sebenar, dia tidak mahu shiela dibuang terus. Apa pun
shiela tetap darah daging mereka. Oleh hal itu, shiela memberanikan diri
membawa Shiela bertemu dengan keluarga Pak Hassan dan Mak siti sejak dua tahun
yang lepas. Walaupun kehadiran mereka pada mulanya tidak diterima, namun Adhila
tidak berputus asa, dan dalam tempoh masa itu, Pak Hassan dan adik beradik Ain
mula menerima Shiela sebagai sebahagian ahli keluarganya. Namun Mak siti masih
engan membuka pintu hatinya menerima Shiela sebagai cucunya yang sah. Dia masih
mengangap Shiela punca kematiaan anak kesayangannya walaupun itu semua hanyalah
cara dia mengubat rasa rindu pada anaknya. Adhila hanya mampu berdoa agar suatu
hari mak ain , mak siti dapat menerima shiela seadanya.
“Shiela…berapa kali ibu pesan..air yang dicincang
takkan putus…nek siti sekeluarga adalah keluarga Shiela, dan shiela wajib
menyanyagi dan menghormati mereka…bukan nek siti tak sayang…Cuma dia masih
sedih sebab….” Adhila tidak dapat meneruskan kata-kata itu. Ayat itu
seolah-olah tersekat di kerongkongnya. Haruskah dia menjelaskan semuanya pada
shiela sekarang, atau menanti satu saat apabila Shiela sudah mula mengerti.
Namun perlukan dia berbohong sepanjang menanti masa itu.
“hish..kenapa susah sanggat ni..ibu tolong…” Shiela
memberikan cube block kepada Adhila, dia putus asa kerana masih tidak boleh
menyusun warna-warna mengikut urutan. Adhila tersenyum kelat, dia mengambil
cube block itu dan mencubanya.
“tengok uncle amin buat senang je…”
“uncle amin mana??”
Adhila tidak pernah mendengar nama tersebut. Takut
juga kalau shiela bergaul dengan orang sebarangan,maklumlah sekarang ini kes
penculikan semakin berleluasa, oleh itu sebagai ibu bapa haruslah mengajar
anak-anak beberapa perkara bagi mengelakkan kes penculikan berlaku. Antaranya
termasuklah tidak berbual dengan orang
asing melainkan ahli keluarga mengenali orang itu.
“jiran kita lah…”
Bila masa pula ada jiran bernama amin? Setahu nya
jiran sebelah kiri mereka didiami abang Khairul nizam dan kak afiqah jamal.
Mereka berdua berpindah ke sebelah sejak setahun yang lalu. Dan sememangnya
mereka lebih rapat memandangkan usia kak Afiqah jamal tidak jauh dari adhila
memudahkan mereka berkomunikasi atau bahasa pasarnya bergosip. Adhila juga
mengenali anak bujang mereka Faiz, yang sebaya dengan Shiela merangkap kawan
baik dan musuh utama. Kawan baiklah waktu tengah sekepala, tetapi kalau dah
bergaduh dah macam perang dunia. Kadang-kadang terasa lucu dan mengingatkan dia
pada zaman dahulu, ketika dia dan Farahain meniti usia remaja.
“yang dok umah atok mat…”
“oooo..jiran kerek yang lagi *^*(^*(&)” Segera
adhila menutup mulutnya, mujurlah tidak sempat shiela mendengarnya. Hampir
sahaja dia mencarut kerana jiran sebelah. Sakitnya hati bukan kepalang. Sudah
selesai dengan masalah kereta, semalam dia buat hal pula dengan masalah kucing.
Nasib baik lah marahnya boleh ditahan. Kalau tidak, memang sudah dibakar rumah
sebelah.
“ibu…kenapa yea nek siti tak suka kat shiela…”
Adhila memandang wajah anaknya, dibelai lembut rambut shiela sebelum diberikan
ciuman pada pipi nya yang putih lagi gebu.
“jom makan…ibu masak spageti cheese nak…”
“nak…yea…” shiela menyorak keseronakan, makanan
kesukaanya, cuba kalau dipaksa makan sayur, mahu muncung sedepa, siap mogok
makan lagi.Saling tak tumpah dengan perangan arwah farahain yang juga tidak
mengemari sayur.Jikalau mereka makan bersama, pasti semua sayur akan berada di
dalam pingannya manakal Farahain pula gemar mencuri daging atau pun ayamnya.
Imbas kembali
“Ya Allah…Ain , kau ni macam budak kecik lah…semua
sayur kau bagi kat aku…pastu daging aku kau curi pula tu…” Marah adhila apabila
menyedari pingannya kini sudah dipenuhi dengan sayur manakala dagingnya dilihat
tinggal sekeping sahaja.
“habis, aku mintak kat akak tu tak nak sayur,
diletakkan juga sayur…”
“kalau aku cakap kau bodoh…kau tu bijak lagi sana
a.k.a bijaksana..dah kita makan makanan segera lah sayang…bukan nya makan
burger kat kedai ramly tepi jalan tu…” Namun kata-kata Adhila seakan tidak
masuk ke telinga Farahain yang sedang menikmati makan tengah hari mereka di mc
Donald yang terletak Summit Parade. Mereka datang ke Summit Parade pada hujung
minggu untuk membeli buku rujukan seperti yang disaran kan guru kelas mereka.
Dan sambil menyelah minum air, mereka mengunakan hari minggu ini untuk mencuci
mata di kedai pakaian disitu.
“cuba lah makan sopan sikit..awak tu anak
dara…hish…budak ni buat malu aku je lah…” geram Adhila melihat Farahain yang
makan seolah-olah pertama kali menikmati burger double cheese. Farahain hanya
tersenyum lebar, di tepi bibirnya dipenuhi dengan sisa sos. Adhila mengeleng
kepala, seakan membawa anak kecil keluar berjalan. Diambil tisu yang disediakan
dan menyapu mulut Farahain.
“saja…kalau tak dapat lah aku bermanja dengan kau…”
Farahain memberi alasan, Adhila mengetuk perlahan kepala rakan baiknya itu.
“sakit lah…” Farahain mengadu kesakitakan.
“alah ngada-ngada buat muka comel..aku lensing kau
baru tahu…” farahain sekadar tersengih, Adhila juga turut ketawa, apabila
bersama dengan farahain dia terasa seperti menjaga adik kecil sedangkan mereka
sebaya. Namun kerana sifat manja Farahain lah menjadikan mereka rapat sejak
sekolah rendah lagi. Tahun depan pula mereka berdua bakal menduduki SPM
bersama-sama, selepas itu, hanya Tuhan yang tahu sama ada mereka akan berpisah
atau pun tidak. Tetapi yang pastinya, persahabatan itu takkan mati sehinggalah
akhir hayatnya kerana dia sudah mengangap Farahain sebagai sebahagiaan ahli
keluarganya.
Tiba-tiba terasa pergerakkan mereka diperhatikan,
Adhila menoleh ke kiri dan kanan,melihat sama ada orang yang merenung mereka.
“kenapa kau??”
“kau tak rasa macam ada orang asyik tengok kita
je..”
“hish mana ada..perasaan kau je kot…lagi pun biasa
lah orang lalu lalang kan tengok kita…”
“tapi…” Adhila yakin ada yang memerhatikan mereka,
dia tidak mungkin silap
“sudah…wei..sebelum kita pergi kedai buku, jom kita
tengok baju nak…aku dah lama lah tak beli baju…” Farahain menukar topik. Adhila
sekadar menganguk, mungkin betul hanya perasaanya sahaja.
“bukan ke kau cakap mak kau baru beli kan kau baju
minggu lepas…”
“alah..baju taste mak aku..macam orang tua lah..tak
moden…”
“hish kau ni, tak reti bersyukur…..tapi jangan beli
yang bukan-bukan, karang bising mak kau..aku juga yang kena tempias nya tau..”
“tahu lah…” Farahain menjelir lidah. Perangainya
yang kebudak-budakkan tidak sama dengan usianya yang meningkat dewasa. Adhila
hanya ketawa. Malas melayan kerenah kawannya itu
No comments:
Post a Comment