BAB 4 - Aminnudin Omar
Aminnudin omar yang baru sahaja tersedar dari mimpi
lenannya mengeliat malas. Usai sahaja dia solat subuh pagi tadi terus dia
membungkang keletihan,rasa penat mengemas rumah semalam masih terasa lagi. Mana
tidaknya jika dia seorang terpaksa mengemas rumah teres dua tingkat itu.
Walaupun rumah tersebut tidak lah berselerak, tetapi kalau sudah berbulan tidak
di diami, habuk memang tak kan lari, penuh sana sini. Jam di dinding
menunjukkan pukul 12 tengah hari, tidak sangka dia tidur begitu lama, mujurlah
dia hanya akan melaporkan diri di pejabat pada keesokkan harinya, kalau tidak
pasti keletihannya akan terserlah di wajahnya. Orang kata ‘first impression’
sangat penting, oleh itu dia tidak mahulah kelihatan lesu apabila masuk ke
pejabat baru.
Sedari perutnya sudah berlagu keroncong, Aminnudin
yang masih menjalar di tilam empuk bingkas bangun membersihkan diri sebelum
keluar untuk mengisi perut.
Aminnudin mengunci pagar rumah, dia mengaru kepala
yang tidak gatal apabila melihat keretanya masih tersadai di tepi rumah.
Semalam dia ingin membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan rumah, tetapi
terlupa apabila sibuk mengemas bilik. Dia memandang rumah sebelah, Aminnudin
sedar keretanya sedikit memasuki kawasa jiran sebelah, mungkin bagi yang tidak
mahir membawa kereta akan mempunyai masalah untuk masuk ke halaman rumah.
Aminnudin segera memasuki ke dalam kereta, tetapi sebaik sahaja dia ingin
memulakan perjalanan kedengaran seperti bunyi barang pecah. Dia percaya
bunyinya itu begitu hampir, dan aminnudin segera keluar untuk memastikan
keadaan yang sebenar. Dilihat di bahagian hadapan sebelah kiri tayar terdapat
beberapa pasu mengeliling tayarnya dan salah satu pasu tersebut pecah.
‘siapa pula letak pasu ni kat sini??ke memang dah
ada kat sini??’ omel Aminnudin sendirian, dia segera mengalihkan pasu-pasu
tersebut, dan ketika itu sepucuk surat jatuh ke tanah. Surat tersebut
diletakkan di antara pasu-pasu tersebut sehingga Aminnudin tidak perasan
sehinggala ianya tercicir. Diambil surat tersebut dan dibaca, berkerut
keningnya membaca isi surat tersebut.
“TAHU ROSAK KERETA!!!
MAAF SAYA TAHU AWAK JIRAN BARU, TETAPI TOLONG JAGA
ADAB DAN TATASUSILA AWAK, TOLONG JANGAN LETAK KERETA DI KAWASAN RUMAH SAYA, IA
MENGHALANG SAYA MASUK!!! AWAK TAK RETI PARK KERETA KE!!!! SEBAGAI BALASAN,
TOLONG BAYAR GANTI RUGI PASU KAT MAK SAYA.!!!!
-JIRAN SEBELAH-”
“hai baru sehari aku kat sini dah dapat musuh…”
Guman Aminnudin sendirian, dia berasa geram membaca isi surat tersebut,
memanglah salah dirinya kerana meletkan kereta di tempat yang salah. Tetapi itu
bukan niatnya, lagi pula ini kali pertama dia melakukan kesalahan, akan tetapi
sudah diangap seperti perjenayah. Apatah lagi dengan meletakkan pasu dan
menulis surat ugutan seperti ini, Aminnudin merasakan jiran sebelah seperti
kebudak-budakkan, kenapa tidak berjumpa dengannya sahaja. Aminnudin teringat
pada mak cik yang memperkenalkan dirinya semalam. Tidak mungkin mak cik tua itu
yang menulis surat ugutan seperti ini, pastinya anaknya, sama ada ibu atau ayah
kepada budak kecil yang dilihatnya semalam. Aminnudin mengeluh panjang. Surat
itu sedikit sebanyak mematikan ‘mood’ nya.
Aminnudin
memilih gerai nasi ayam gemas sebagai tempat makan tengah harinya.Gerai yang
terletak diseberang jalan berhadapan dengan CIMB menjadi pilihannya selepas dia
mencari jalan ke tempat kerjanya sebentar tadi. Nasi ayam black paper menjadi
pilihan, dia terus menikmati makanan, tetapi entah mengapa dia tak dapat
melarikan diri dari surat ugutan yang diterimanya. Entah mengapa dia terasa
ingin sangat bertemu dengan penulis surat itu, adakah kerana dia ingin mencabar
atau bergaduh? Atau dia sekadar ingin memohon maaf. Dia tidak pasti.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi, dilihat nama yang
tertera di paparan telefon bimbitnya, Aminnudin tersenyum. Baru sahaja berniat
untuk menghubungi ibunya.
“assalamualaikum…”
“waalaikumusalam…amin baru nah ‘call’ ibu…”
“iyalah tu…kalau aku tak ‘call’ sampai ke sudah kau
tak ‘call’ kan…tahu dah…kau ingat akau baru lahirkan kau semalam sayunk oi…” Puan
wan Nurhani binti Wan Nabeeli mula membebel di talian, Aminnudin sekadar
tersenyum, ibunya kalau tidak membebel memang tidak sah, ini belum lagi tiba
bab sensitive isu.
“dah kenal dengan jiran tentanga?? Kau jangan buat
bukan-bukan tau, dah tu rumah Tok Mat, nanti apa pula orang kata…jangan nak
berbelanja sangat, beringat…awak tu bukan muda lagi, kena menyimpan, senang
nanti bila nak kahwin..” Aminnudin meneguk minuman fresh orange nya, habislah,
ibunya sudah masuk ke bab yang paling dia malas nak dengar. Bukan nya dia tidak
mahu berkhawin, tetapi dirasakan terlalu awal.
Ini semua pastinya pasal kawan-kawan ibunya yang anak mereka sudah ramai
berkhawin di usia muda. Macam trend pula sekarang nak kahwin awal, entah sebab
pengaruh novel atau drama, atau memang mereka sendiri yang sudah gatal untuk
bercinta.
“tahu lah ibu..pandai lah Amin jaga diri..”
Aminnudin membela diri.
“ibu nasihat kan je….kau tu kalau ibu bagi nasihat,
cakap ibu membebel, ibu ni risaukan kau je..”
“tahu bu…iyalah…hurm..ok…” hanya itu ‘standard’
jawapan yang mampu diberi Aminnudin bagi menjawab semua soalan ibunya.
Seakan-akan menjawab soalan objektif di dalam kertas peperiksaan. Kalau kertas
peperiksaan hanya ada a,b,c dan d , Aminnudin pula hanya ada 4 jawapan bagi
menjawa soalan ibunya. Yang bezanya jawapannya tiada yang betul, ada sahaja
tambahan soalan dari mulut ibunya. Dah orang tua kan , mana boleh melawan,
boleh jadi anak derhaka.
“dengar taka min..lagi satu, solat jangan lupa…”
“iya..”
“sudahlah tu…awak ni, nak bertanya khabar ke nak
interview anak…” kendengaran suara Encik Omar bin Muhaimin di talian, Aminnudin
ketawa kecil, ingat dia sahaja yang terpaksa menahan bebelan ibunya. Tapi Ayah
boleh lah suruh ibu berhenti, kalau dia, mahu sila hari bulan bertambah bebelan
siap dengan takzirah dari ibunya itu.
“awak ni pun…saya pesan je..bukan tak kenal anak
awak tu, macam awak juga, kalau tak pesan tak ingat…” Kini giliran ayahnya yang
kena. Kan Ayah dah kalah, buat masa ni, jarang puan wan nurhani wan nabeeli
kalah bila bab berbicara.
“sudah lah tu..ibu ni…amin ingat semua pesan ibu…dah
lah ibu, amin nak bawa kereta ni…nanti amin ‘call’ lagi ok…assalamualikum..”
Aminnudin berbohong sunat, padahal dia masih sedap menghirup minumannya, tak
per tipu sunat, kalau tidak, sampai ke sudah pun ibunya tidak berhenti
membebel.
Sementara itu di rumah Encik Omar dan Puan
WanNurhani sedang beristerirehat di ruang tamu selepas makan tengah hari
sebentar tadi. Oleh sebab itu Puan Wan Nurhani menghubungi anak bujangnya yang
baru sahaja berpindah ke Batu Pahat semalam.
“awak ni, cuba jangan sibuk sanggat dengan anak awak
tu nak kahwin ke tak..dia kan masih muda…”
“muda apanya, tahu ni dah masuk 28 tahun, orang lain
dah beranak dua tau…awak pun kahwin dengan saya umur 24 tau…abang dia Ali tu
pun kahwin umur 26 tahun..” Puan Wan Nurhani meluahkan rasa tidak puas hatinya
apabila suaminya tidak menyokongnya.
“itu dah jodoh sayang oi…tak payah lah awak nak
risau sanggat, ada jodoh adalah…” Encik Omar yang lebih tenang, tidak kisah
sama ada anak-anaknya berkahwin awal atau tidak, baginya cukup jika anaknya
tidak tersalah langkah dan sentiasa akur perintah Allah S.W.T , itu sudah
membahagiakannya.
“memanglah, tapi kalau tak usaha, bila jodoh nya nak
sampai…sebab tu lah saya nak anak awak tu kenal dengan anak kawan saya Datin
Widad tu…awak tahu saya memang dah lama berkenan dengan Linda tu, baik budak
tu, pandai, cantik, ramah pula tu…kalau duduk sebalah si amin , saya yakin
bagai pinang di belah dua…” Puan Wan nurhani memasang impian, Encik Omar
mengeleng, membiarkan sahaja isterinya, malah untuk bersuara, dia yakin dia
tidak boleh menang. Walaupun dia tidak berkenan dengan cara isterinya yang
ingin mencarikan jodoh anaknya. Dulu dia sendiri pun memilih sendiri. Agaknya isteri sudah lupa
pada percintaannya yang hampir terhalang kerana dia bukan lah pilihan mentuanya
dulu. Tapi orang kata kalau dah jodoh tak kemana. Entahlah mungkin ada betul
kata isterinya, kalau tak usaha macam mana nak ada jodoh.
No comments:
Post a Comment