Thursday, February 17, 2011

macam mana saya gembira kan hati ????

Tengok kiri, orang sedang berbual manja..(dgn bf for sure) ~~ Tengok kanan herm~~ perkara yang sama, tengok atas, pandang dinding, nampak cicak berdua-duaan ....~~ pandang bawah, lantai kosong~~
Borin nyer bila masih single pada umur 21 tahun ni...soalan kenapa masih single tu macam dah penat nak dengar~~ nak cari jawapan kenapa single?? pening kepala...at last, dari pening-pening kepala fikir pasal tu lebih baik ixi cari cara untuk gembirakan hati....rasa nya orang lain boleh pakai juga kot...hehe~~ xoxo =b

1. Tengok korea drama maraton (1-16 epi) ~~ memang macam orang giler lah..kejap-kejap ketawa,kejap-kejao menangis, kejap-kejao hot temper...Tapi bila difikir-fikir...kan sama macam bercinta juga tu...tak caya tgk pasangan kapel laen..kan kejap2x bermanja-manja, mula lah bergolek2x atas katil...bila bergaduh, suara sampai ke hujung dunia boleh dengar (lau ada depan mata, maybe ada yg boleh tgk U.F.O ~~) pas tu meleleh air mata...hehe...sama kan ... hehe..

2. Baca buku ...biasanya ixi suka buku self-improvement...sebab buku macam ni ni biasanya buat kita pandang ke hadapan, nampak apa yang akan berlaku pada masa akan datang berkait dengan tindakan kita sekarang....~~ bila baca buku macam ni, ixi rasa gunakan masa tengah single ni, untuk mencapai apa yang nak dilakukan...mungkin satu hari nanti bila kita dah jumpa dengan seseorang yang betul-betul untuk kita..kita boleh share info-info tersebut dengan dia...so siapa cakap baca buku tak menarik???

3. disebabkan ixi suka tengok drama dan baca buku, ixi selalu suka karang ayat-ayat yang best2x..kadang-kadang romantis...kadang2x sedih...tapi ayat-ayat ni ..kita boleh share dengan orang...bila orang lain guna ayat ixi tu...ixi rasa...ah..bahagianya..terlupa pula yang ixi ni still sendiriaan...

4. FB ...Blog...Myspace...Twitter...dan semua laman social lah....wpun laman social ni kadang-kadang bawa kesan tak baik...tapi ada part of them yang kita boleh guna..misal nya dapat kan maklumat...banyak maklumat dari kawan-kawan bloger yang berguna yang kita boleh guna dan adapt dalam kehidupan kita..yang baik kita ikut yang buruk kita jadi kan tauladan...bukan kah itu yang membuat manusia lebih berguna...xoxo

5. MENARI....ixi memang fanatic betul menari ni..hehe..tapi bukan menari kat kelab atau disko..tak berani..takuTTT...hehe...menari kat bilik sudah~~ pun seronok...ixi suka pasang lagu korea sebab tariaan dorang senang ,cute sometime sexy...hehe... Paling ixi hafal step dari awal sampai akhir lagu f(x) NUABO
memang best menari lagu tu....sampai kawan-kawan ixi pun dah terhafal lagu tu..hehe...

6. Menyanyi...~~ wpun suara x sedap...(lau tak dah lama jadi penyanyi ...hehe)  tapi sekadar hilang kan stress...kadang-kadang tu saje ixi nyayi kuat-kuat sebab bored giler..kadang-kadang niat sebab nak gangu orang yang sedang bergayut dengan pakwe dorang..haha ....biar jahat sikit janji happy..=)

7.Hang out dgn kawan-kawan....hehehe..tu adalah perkara paling best...yalah dah nama perempuan..macam2x storie kita boleh share...dari yang lawak tahap low sampai ke peringkat tertinggi...bila dah hang out dengan teman-teman...mesti dah terlupa yang diri single....enjoy!!!




time makan pizza dengan Syazwani..hehe..teman dia sebab dia bising katanya dah sebulan tak keluar...wpun x der duit...tapi pesan makanan macam memang sebulan tak makan....1 set pizza tuk 2 orang...1 set sphageti..1 set chicken wing (2 ketul), 1 set chicken yang pedas (4 ketul) ...licin kami sapu...kalau nak ikut kan hati tu..nak je order desert kek coklat yg ader ice cream..tapi nak sedap kan hati...wani cakap..alah tu kuih gula hangus tu..hehe...ada pula kuih tu kat pizza hut yea?? makan dengan ais cream  pula tu...kuku...

hehe...banyak lagi yang boleh orang single macam ixi ni buat untuk gembira kan hati..janji apa yang kita buat tu jangan langar batas agama ...sentiasa ingat pada maha Esa ...bila kita ingat pada Allah S.W.T, hati yang gusar gelisah tetap akan jadi tenang....last word be happy and smile always sebab bila kita senyum dan gembira, tanpa sedar kita akan effect orang lain...bila diaorang senyum dan ketawa kerana kita..tanpa sedar kita dah dapat pahala... so keep on smiling even the hardest day ..=)

Thursday, February 10, 2011

JLS -Love you more

a very sweet song..sweet for a new couple..hehe
and this is the lyric for the song

First day that I saw you thought you were beautiful
But I couldn’t talk to you, I watched you walk away
And it felt like I spent all of that second day trying to figure out what it was that I should have said
Third day saw you again, introduced my friend, said all the words I wanted to
On day four and five and six I don’t know what you did, but all I could think about was you

Thought I couldn’t want you, more than I did before
But everyday I love you a little bit more
Find myself asking what are you waiting for
Cos everyday I love you a little bit more

Days they turn into weeks, that’s how good this has been
Still I can’t believe the way this first year has flown
Still you catch me by surprise, when I look in your eyes
When you turn and say that you love me

Thought I couldn’t want you, more than I did before
But everyday I love you a little bit more (and more)
Find myself asking what are you waiting for (what you waiting for)
Cos everyday I love you a little bit more

(And more)
Love you more
(And more)
I Love you more
(And more)
I Love you more
Hey hey hey hey

Day one I first laid my eyes on you,
Day two I can’t help but think of you
Day three was the same as day two
Day four I fell in love with you

Day five you spent it with me
Sixth day knocked me off my feet
Day seven that’s when I knew spend the rest of my life with you

Thought I couldn’t want you, more than I did before
But everyday I love you a little bit more
Find myself asking (find myself) what are you waiting for (what are you waiting for)
Cos everyday I love you a little bit more

Everyday , knowing I’m going to see your face
And that’s enough for me (that’s enough for me)
I want you more and more and more everyday

(And more)
I wanna spend my life with you
(And more)
Everyday learn something new
(And more)
I love you more and more and more everyday

(And more)
Love you more
(And more)
I love you more
(And more)
Love you more

 the video credit to khuntorialurve.tumblr.com
this song really suit to nichkhun who love victoria..<3

Bab 1 ~~ cinta segera ~~


BAB 1
            Setelah dua minggu menjadi tunangan orang , Sabrina Yasmin menjalani kehidupannya seperti biasa, malah sehingga ke hari ini, dia masih belum menemui bakal suaminya itu. Menurut kata Ibu serta Mak bakal suaminya itu, Bakal suaminya itu sering ke luar Negara atas urusan perkerjaan. Nak tak nak, majlis pertunangan dah dijalankan,oleh itu  Saya hanya mampu redha je dengan jodohnya sekarang,namun setiap saat Saya berdoa agar jodoh yang ditentukan ini adalah jodoh yang terbaik untuk dirinya.
            Di rumah sewa yang disewa bersama tiga teman yang lain, menjadi tempat Saya beristerirahat setelah habis kelas. Badan yang keletihan di lempar di sofa panjang di ruang tamu.
Saya membuka computer peribadinya yang berada di dalam beg, dengan pantas tangannya membuka blog miliknya. Sebagai kerja sambilan, Sabrina Yasmin menulis novel, dan dalam ratusan novelnya, satu dan dua kini berada di pasaran.
Sedang Saya sibuk dengan blognya, telefon bimbitnya berbunyi, Saya pada mulanya agak keberatan untuk menjawab pangilan yang tidak dikenalinya itu, namun setelah seketika, saya menjawab
“Assalamualaikum…” kedengaran suara perempuan lingkugan 30an
“waalaikumusalam…”
“Sabrina yea…”
“ha..yea..saya..” Tergagap gagap  Sabrina Yasmin menjawap, fikirannya masih melayang memikirkan siapakan di talian.
“Sabrina, saya kakak Nubhan…Kak Nani”
“ah…”
‘sapa Nubhan..Nubhan???? Saya masih keliru,dia sekadar membiarkan Kak Nani berbicara.
“macam ni lah…Nubhan dah balik, dia nak jumpa dengan Sabrina..Sabrina duduk dekat area KL kan??”
“ha ah…”
“oo..kalau macam tu, esok Sabrina senang tak?? Boleh kalau Nubhan jumpa dengan Sabrina…”
“o…k….nak jumpa dekat mana??”
“herm…sabrina tinggal dekat area mana yea??”
“dekat shah alam…dekat dengan area UITM ”
“kalau macam tu jumpa dekat PJ. Boleh??…apa-apa nanti akak call Sabrina..ok..bye.”“ok..bye..assalamualaikum…” Sabrina masih termangu-mangu, nak sambung tulis novel pun terbantut,semuanya terlalu mengejut,kalah masak mee segera..~~
Seperti yang dijanjikan,Seawal pagi Sabrina Yasmin telah bangun, sebaik sahaja sembayang subuh, matanya tidak boleh lena, sudah lah semalam pukul dua pagi baru boleh melelapkan mata. Bahan-bahan untuk memasak nasi goreng diatur dengan kemas seperti seorang tukang masak professional, ini bagi memudahkan Saya memasak dengan teratur. Afiqah datang ke dapur, dia mengaru mata yang gatal, rambutnya yang megerbang diikat sanggul.
“awal nya kau bangun Saya??? Ada kelas ke hujung minggu ini??”
“ tak ada lah..nanti aku nak keluar kejap lagi…kau ni Ika…pergi lah cuci muka dulu, gosok gigi..baru datang sarapan…”
“alah…bau tumis kau tu sampai dalam bilik..mana boleh aku lelap…lagi pun mak aku kata, lagi sedap makan sarapan kalau tak gosok gigi..”
“heis ..ada je jawapannya kan…campak ko dalam nasi goreng ni baru tahu!!”
Afiqah hanya tersengih seperti kerang busuk pun.Sabrina Yasmin mengeleng, ketawa melihat gelagat rakan serumahnya itu.
“kau cakap tadi, kau nak keluar dengan siapa?? Tak ajak pun??”
“Maz dengan Farah mana??”
Saya cuba menukar topik perbualan.
“Saya!! Kau jangan nak tukar topik pula yea…aku tengah lapar ni..karang nasi goreng tu jadi pencuci mulut lepas aku gap kau…”
“hehe…”
Nasi goreng di masukkan ke dalam bekas dan hirisan bawa goreng ditabur diatasnya sebagai langkah terakhir sebelum dihidangkan di atas meja makan.
“cakaplah dengan siapa?? “
“dengan bakal suami aku…”
“wah…jelez nye aku…”
Afiqah memuncungkan bibirnya, kononnya cemburu lah dengan Saya. Selain Afiqah, hanya Maz dan Farah sahaja yang tahu mengenai pertunangan dia dengan Nubhan Jasir. Pada mulanya,mereka agak marah, kerana Saya tidak memberitahu mereka awal-awal, tetapi setelah dijelazkan barulah mereka mengerti.
 Seketika kemudian, Farah dan Maz datang, tanpa diundang mereka duduk di meja makan.
“korang nak tahu tak, kawan kita ni nak pergi date dengan suami dia…huhuhu..”
“wah…..cerita hots…” Usik Farah yang mula ketawa bersama-sama Afiqah, Saya pula hanya mecebik ,mengajuk dengan ejekan kawan-kawan serumahnya.
“kau cakap dia kat luar Negara??” Maz yang lebih berfikiran matang berbanding teman yang lain menyoal.Didalam rumah sewa mereka,Maz berperanan seperti seorang kakak yang sentiasa menjaga adik-adiknya, memandangkan dia lebih berfikiran matang berbanding dengan teman-teman yang lain.
“dia baru balik, semalam kakak dia telefon, dia kata nak jumpa aku tengah hari nanti.”
“kau kenal ke dia…??? Tak takut kena tipu..”
“herm…entah lah…tapi ibu ada send gambar dekat aku, lagi pun family bakal suami aku tu family jauh bakal adik ipar aku…so adik aku kata, dia pernah jumpa dengan bakal suami aku tu sekali…dia kata orang nya baik, gentlemen..”
Saya mengangat bahu sebagai isyarat tidak dapat menduga siapakan bakal suaminya yang bakal ditemui sebentar nanti.
“aku bukan lah nak halang, tapi aku risau kan keselamatan kau sahaja…”
Ujar Maz lagi yang menyatakan kerisauaannya.
“alah kau ni Maz…fikir banyak sangat, Saya ni bukan tak tahu jaga diri , betul tak..”
Farah menenangkan maz yang resah. Saya menganguk.
“betul tu…lagi pun..dia kan bakal suami aku..takkan aku tak nak jumpa sampai bila-bila kan..pelik lah kalau lepas kahwin baru nak jumpa.”
“korang berdua ikat berapa tahun ah???”
“herm..entah..ibu cakap beberapa bulan je..sebab dia pun dah umur 28 tahun..” “wah..dia mesti kayak an??” Farah menyampuk, mulutnya penuh dengan nasi. Afiqah mengetuk kepalanya perlahan.
“dia mesti kaya kan..” afiqah mengulangi pertanyaan farah yang mencebik, sebelum kedua-duanya membuntangkan mata sebesar-besarnya kearah Saya.
“korang ni..mana lah aku tahu..aku jumpa pun tak pernah..dah lah..aku nak bersiap…makan sarapan korang tu..”
“hehehe….eleh…dapat laki kaya tak nak share..” Usik farah lagi.
“sudah lah korang tu..tak habis-habis mengusik.” Marah Maz.

Sabrina yasmin masuk ke dalam bilik air, lama dia beredam di dalam tub mandi, fikirannya masih melayang, memikirkan bagaimana agaknya rupa, tingkah laku dan yang penting macam mana dia nak berdepan dengan tunang yang tidak pernah dikenalinya itu.



harap-harap boleh dapat idea lebih untuk olah novel ni....

True or Fake ??

it been three months seen i watch We Get Married, ia adalah sebuah rancangan reality tentang artis yang berkahwin....Yang season ni, ada yang masih kekal,dan ada yang dah kahwin dengan orang lain...tetapi ixi tak lah addict sangat dengan season1... memandangkan season2 ni banyak idol, tu lah yang melekat tu..hehe..mula-mula pelik juga, kahwin pun nak tunjuk dekat orang ke?? itu lah first impression bila tahu pasal adam couple (Jo kwon + Gain) then ....nak di pendekkan cerita, disebabkan tersuka dekat 2pm Jang Woo young, maka, ixi tengok jugalah WGM sebab ada Nichkun...bila tengok sekali, terus nak tengok lagi...hehe macam iklan pula...Nichkhun's wife ni nama dia Victoria Song Qian, dia berasal dari china tapi jadi penyanyi kat korea macam husband dia lah...sebab nichkhun tu dari Thailand.....bila tengok dorang, rasa macam dorang ni memang ada jodoh...sebab kalau mengikut apa yang si husband cakap, dia memang tertarik dengan Victoria sejak kumpulan victoria (f(x) ) mula-mula ceburkan diri dalam nyanyiaan...apatah lagi adik nichkhun pun suka kumpulan f(x) ni...banyak kali juga lah mereka bertemu dekat show atau event..tapi si Nichkhun ni tak berani nak ngorat...hehe...yalah..karang jadi cerita lain...tapi tu lah nak kata jodoh...at last mereka bertemu juga...hehe..cerita panjang nya tak tahu lah macam mana, jadi ixi summary je...keke...
      Tapi yang ixi selalu fikirkan...biarpun mereka saling sayunk satu sama lain....masih ada buruk dan baiknya terutama mereka berdua ni artis... macam-macam dugaan...kadang-kadang terfikir juga..mungkin ke semua ni lakonan untuk naik kan nama diorang?? tapi kalau macam tu..mereka memang boleh jadi pelakon terkenal kan....i still  wonder whether they are true or fake relationship...
    Macam yang baru-baru ni, si husband ada lah kena buat iklan..dalam iklan tu dia bercium dengan model gurlz ni...tapi kalau tengok behind the scene, dorang tak bercium pun...camera trick semata-mata...tapi ramai fans yang bashed model tu...tak kurang juga yang tak suka si husband...tak kurang juga cakap husband dengan si wife ni pun tv show juga..herm~~ macam-macam kan...tapi tu semua reality...fans tu manusia sama macam ixi, mereka pun ada perasaan tak selamat ,dorang pun mesti terfikir sama ada betul atau tidak khuntoria ni...
    Tetapi...kalau dah jodoh kan tak ke mana...sama ada diorang fake atau tidak...kita tengok je lah nanti...yang pasti ixi enjoys tengok mereka berdua..nice couple..<3<3








Monday, February 7, 2011

percubaan novel ..." cinta segera"


Prolog

Sabrina Yasmin,pelajar jurusan ijazah pengurusan perniagaan tahun akhir di Universiti Teknologi Malaysia (UITM).Dilahirkan pada 2hb febuari 1987 di hospital besar Kuala Lumpur.Dia seorang gadis yang biasa-biasa sahaja, tiada yang hebat, namun tiada juga cacat celanya. Sabrina Yasmin atau lebih dikenali sebagai Saya (gabungan nama hadapan,berbunyi saya,bukannya saye) oleh teman-teman dan keluaga terdekat. Untuk mengisi masa lapang, Saya suka membaca novel ataupun kadang kala menonton drama korea dan jepun.Hidup Saya, tidak lah penuh dengan cabaran seperti dalam drama, malah dirinya tidak pernah terfikir untuk berhadapan dengan perkara yang sukar, misalnya cinta tiga segi, atau lain-lain seperti yang selalu disiarkan di dalam drama.Walaupun kadang-kadang masalah besar menimpanya,tetapi sama sekali tidak melibatkan percintaan. Namun satu keputusan sedikit sebanyak mengubahnya. Apabila dirinya telah di tunangkan. Sangka Saya, ayah dan ibu hanya bergurau apabila diberitahu ada orang masuk meminang, jadi …

Jam : 9.00pm

Mulut Saya penuh dengan makanan ringan dan tangannya pula sibuk menuang air di dalam gelas kesayangannya. Ayah dan Ibu saling berpandangan, Saya yang tersedar akan pandangan tersebut mengangat sebelah keningnya sebagai isyarat bertanya apa yang mereka cuba rahsia kan.
            “sebenarnya ada hal yang nak kami bincangkan…apa kata kalau Saya duduk sini dulu..”
Saya mengerut kening,sejak bila pula keluarga dia pernah ada perbincangan keluarga.
“apa???cakap jelah?? Saya nak sambung tengok drama ni..”
“eish budak ni…ni lagi penting lah dari drama tu..!!” Marah Ibu.
“apa??”
“ada orang datang meminang kau…nama budak tu Nubhan bin Jasir..kau kenal tak??”
Saya langsung tidak ambil kisah,sebaliknya dia sibuk dengan bekalan makanan dan minuman yang ingin dibawa masuk ke dalam bilik untuk dinikmati sambil menonton drama.
“ dengar ke tak??”
“ha..dengar…apa-apa je lah ..ikut lah…ok bye…”
Saya segera masuk ke dalam bilik, seketika dia terdiam..
‘ibu cakap apa..ada orang nak meminang atau ada diaorang nak pergi pulau pinang?? Ah biar lah…’
Saya buat tidak peduli dengan kekeliruan tersebut, sebaliknya dia asyik dengan drama Secret Garden lakonan won bin yang baru sahaja diperolehi dari teman yang memiliki tabiat yang sama.


            Disebabkan sikap sambil lewanya itu, dua hari sebelum pertunangannya itu baru lah dia tahu, dia bakal ditunangkan.Hampir kena sakit jantung juga lah, apabila pulang ke rumah pada hujung minggu, persiapan sedang di urus kan dan apabila bertanya pada ibunya.
“lah tunang kau lah..tunang siapa lagi???”
“ha?? Ibu jangan nak melawak??”
“Astaghfirullahalazim….budak ni…habis tu takkan tunang adik ko!! “
“bila masa pulang Saya cakap, Saya nak tunang ni??? Pakwe pun tak ada..habis tu..mak long, kak Finaz, suma datang sebab tu lah yea??patutlah dorang asyik ucap Taniah..apa lah..dah tu senyum semacam je..”
“ya lah..kan bulan lepas ibu tanya..ko yang cakap, ikut sukalah…jadi ingat Saya setuju…”
“bila…arh…ibu …Saya tak nak tunang lah…kahwin lagi lah…”
“ah..jangan nak mengada lah..majlis semua dah siap…esok orang dari sana datang..takkan nak batal!!”
Suara ibu sedikit tinggi…
Saya segera bangun dan masuk kedalam bilik.
“lah bu..akak tak jadi nak tunang…dah tu…apa nak cakap dengan orang sana??” tegur Safarina, adik perempuan Saya yang sudah hampir beberapa bulan menjadi tunangan orang.
“entah lah…tengok je lah…kusut betul..”                    
Sabrina Yasmin memandang ke syiling biliknya, mengeluh panjang.
‘Tunang?? Tapi dengan siapa?? Entah dari mana dia datang, entah baik ke jahat..??’