Prolog
Sabrina Yasmin,pelajar jurusan ijazah pengurusan perniagaan tahun akhir di Universiti Teknologi Malaysia (UITM).Dilahirkan pada 2hb febuari 1987 di hospital besar Kuala Lumpur.Dia seorang gadis yang biasa-biasa sahaja, tiada yang hebat, namun tiada juga cacat celanya. Sabrina Yasmin atau lebih dikenali sebagai Saya (gabungan nama hadapan,berbunyi saya,bukannya saye) oleh teman-teman dan keluaga terdekat. Untuk mengisi masa lapang, Saya suka membaca novel ataupun kadang kala menonton drama korea dan jepun.Hidup Saya, tidak lah penuh dengan cabaran seperti dalam drama, malah dirinya tidak pernah terfikir untuk berhadapan dengan perkara yang sukar, misalnya cinta tiga segi, atau lain-lain seperti yang selalu disiarkan di dalam drama.Walaupun kadang-kadang masalah besar menimpanya,tetapi sama sekali tidak melibatkan percintaan. Namun satu keputusan sedikit sebanyak mengubahnya. Apabila dirinya telah di tunangkan. Sangka Saya, ayah dan ibu hanya bergurau apabila diberitahu ada orang masuk meminang, jadi …
Jam : 9.00pm
Mulut Saya penuh dengan makanan ringan dan tangannya pula sibuk menuang air di dalam gelas kesayangannya. Ayah dan Ibu saling berpandangan, Saya yang tersedar akan pandangan tersebut mengangat sebelah keningnya sebagai isyarat bertanya apa yang mereka cuba rahsia kan.
“sebenarnya ada hal yang nak kami bincangkan…apa kata kalau Saya duduk sini dulu..”
Saya mengerut kening,sejak bila pula keluarga dia pernah ada perbincangan keluarga.
“apa???cakap jelah?? Saya nak sambung tengok drama ni..”
“eish budak ni…ni lagi penting lah dari drama tu..!!” Marah Ibu.
“apa??”
“ada orang datang meminang kau…nama budak tu Nubhan bin Jasir..kau kenal tak??”
Saya langsung tidak ambil kisah,sebaliknya dia sibuk dengan bekalan makanan dan minuman yang ingin dibawa masuk ke dalam bilik untuk dinikmati sambil menonton drama.
“ dengar ke tak??”
“ha..dengar…apa-apa je lah ..ikut lah…ok bye…”
Saya segera masuk ke dalam bilik, seketika dia terdiam..
‘ibu cakap apa..ada orang nak meminang atau ada diaorang nak pergi pulau pinang?? Ah biar lah…’
Saya buat tidak peduli dengan kekeliruan tersebut, sebaliknya dia asyik dengan drama Secret Garden lakonan won bin yang baru sahaja diperolehi dari teman yang memiliki tabiat yang sama.
Disebabkan sikap sambil lewanya itu, dua hari sebelum pertunangannya itu baru lah dia tahu, dia bakal ditunangkan.Hampir kena sakit jantung juga lah, apabila pulang ke rumah pada hujung minggu, persiapan sedang di urus kan dan apabila bertanya pada ibunya.
“lah tunang kau lah..tunang siapa lagi???”
“ha?? Ibu jangan nak melawak??”
“Astaghfirullahalazim….budak ni…habis tu takkan tunang adik ko!! “
“bila masa pulang Saya cakap, Saya nak tunang ni??? Pakwe pun tak ada..habis tu..mak long, kak Finaz, suma datang sebab tu lah yea??patutlah dorang asyik ucap Taniah..apa lah..dah tu senyum semacam je..”
“ya lah..kan bulan lepas ibu tanya..ko yang cakap, ikut sukalah…jadi ingat Saya setuju…”
“bila…arh…ibu …Saya tak nak tunang lah…kahwin lagi lah…”
“ah..jangan nak mengada lah..majlis semua dah siap…esok orang dari sana datang..takkan nak batal!!”
Suara ibu sedikit tinggi…
Saya segera bangun dan masuk kedalam bilik.
“lah bu..akak tak jadi nak tunang…dah tu…apa nak cakap dengan orang sana??” tegur Safarina, adik perempuan Saya yang sudah hampir beberapa bulan menjadi tunangan orang.
“entah lah…tengok je lah…kusut betul..”
Sabrina Yasmin memandang ke syiling biliknya, mengeluh panjang.
‘Tunang?? Tapi dengan siapa?? Entah dari mana dia datang, entah baik ke jahat..??’
No comments:
Post a Comment