BAB 1
Setelah dua minggu menjadi tunangan orang , Sabrina Yasmin menjalani kehidupannya seperti biasa, malah sehingga ke hari ini, dia masih belum menemui bakal suaminya itu. Menurut kata Ibu serta Mak bakal suaminya itu, Bakal suaminya itu sering ke luar Negara atas urusan perkerjaan. Nak tak nak, majlis pertunangan dah dijalankan,oleh itu Saya hanya mampu redha je dengan jodohnya sekarang,namun setiap saat Saya berdoa agar jodoh yang ditentukan ini adalah jodoh yang terbaik untuk dirinya.
Di rumah sewa yang disewa bersama tiga teman yang lain, menjadi tempat Saya beristerirahat setelah habis kelas. Badan yang keletihan di lempar di sofa panjang di ruang tamu.
Saya membuka computer peribadinya yang berada di dalam beg, dengan pantas tangannya membuka blog miliknya. Sebagai kerja sambilan, Sabrina Yasmin menulis novel, dan dalam ratusan novelnya, satu dan dua kini berada di pasaran.
Sedang Saya sibuk dengan blognya, telefon bimbitnya berbunyi, Saya pada mulanya agak keberatan untuk menjawab pangilan yang tidak dikenalinya itu, namun setelah seketika, saya menjawab
“Assalamualaikum…” kedengaran suara perempuan lingkugan 30an
“waalaikumusalam…”
“Sabrina yea…”
“ha..yea..saya..” Tergagap gagap Sabrina Yasmin menjawap, fikirannya masih melayang memikirkan siapakan di talian.
“Sabrina, saya kakak Nubhan…Kak Nani”
“ah…”
‘sapa Nubhan..Nubhan???? Saya masih keliru,dia sekadar membiarkan Kak Nani berbicara.
“macam ni lah…Nubhan dah balik, dia nak jumpa dengan Sabrina..Sabrina duduk dekat area KL kan??”
“ha ah…”
“oo..kalau macam tu, esok Sabrina senang tak?? Boleh kalau Nubhan jumpa dengan Sabrina…”
“o…k….nak jumpa dekat mana??”
“herm…sabrina tinggal dekat area mana yea??”
“dekat shah alam…dekat dengan area UITM ”
“kalau macam tu jumpa dekat PJ. Boleh??…apa-apa nanti akak call Sabrina..ok..bye.”“ok..bye..assalamualaikum…” Sabrina masih termangu-mangu, nak sambung tulis novel pun terbantut,semuanya terlalu mengejut,kalah masak mee segera..~~
Seperti yang dijanjikan,Seawal pagi Sabrina Yasmin telah bangun, sebaik sahaja sembayang subuh, matanya tidak boleh lena, sudah lah semalam pukul dua pagi baru boleh melelapkan mata. Bahan-bahan untuk memasak nasi goreng diatur dengan kemas seperti seorang tukang masak professional, ini bagi memudahkan Saya memasak dengan teratur. Afiqah datang ke dapur, dia mengaru mata yang gatal, rambutnya yang megerbang diikat sanggul.
“awal nya kau bangun Saya??? Ada kelas ke hujung minggu ini??”
“ tak ada lah..nanti aku nak keluar kejap lagi…kau ni Ika…pergi lah cuci muka dulu, gosok gigi..baru datang sarapan…”
“alah…bau tumis kau tu sampai dalam bilik..mana boleh aku lelap…lagi pun mak aku kata, lagi sedap makan sarapan kalau tak gosok gigi..”
“heis ..ada je jawapannya kan…campak ko dalam nasi goreng ni baru tahu!!”
Afiqah hanya tersengih seperti kerang busuk pun.Sabrina Yasmin mengeleng, ketawa melihat gelagat rakan serumahnya itu.
“kau cakap tadi, kau nak keluar dengan siapa?? Tak ajak pun??”
“Maz dengan Farah mana??”
Saya cuba menukar topik perbualan.
“Saya!! Kau jangan nak tukar topik pula yea…aku tengah lapar ni..karang nasi goreng tu jadi pencuci mulut lepas aku gap kau…”
“hehe…”
Nasi goreng di masukkan ke dalam bekas dan hirisan bawa goreng ditabur diatasnya sebagai langkah terakhir sebelum dihidangkan di atas meja makan.
“cakaplah dengan siapa?? “
“dengan bakal suami aku…”
“wah…jelez nye aku…”
Afiqah memuncungkan bibirnya, kononnya cemburu lah dengan Saya. Selain Afiqah, hanya Maz dan Farah sahaja yang tahu mengenai pertunangan dia dengan Nubhan Jasir. Pada mulanya,mereka agak marah, kerana Saya tidak memberitahu mereka awal-awal, tetapi setelah dijelazkan barulah mereka mengerti.
Seketika kemudian, Farah dan Maz datang, tanpa diundang mereka duduk di meja makan.
“korang nak tahu tak, kawan kita ni nak pergi date dengan suami dia…huhuhu..”
“wah…..cerita hots…” Usik Farah yang mula ketawa bersama-sama Afiqah, Saya pula hanya mecebik ,mengajuk dengan ejekan kawan-kawan serumahnya.
“kau cakap dia kat luar Negara??” Maz yang lebih berfikiran matang berbanding teman yang lain menyoal.Didalam rumah sewa mereka,Maz berperanan seperti seorang kakak yang sentiasa menjaga adik-adiknya, memandangkan dia lebih berfikiran matang berbanding dengan teman-teman yang lain.
“dia baru balik, semalam kakak dia telefon, dia kata nak jumpa aku tengah hari nanti.”
“kau kenal ke dia…??? Tak takut kena tipu..”
“herm…entah lah…tapi ibu ada send gambar dekat aku, lagi pun family bakal suami aku tu family jauh bakal adik ipar aku…so adik aku kata, dia pernah jumpa dengan bakal suami aku tu sekali…dia kata orang nya baik, gentlemen..”
Saya mengangat bahu sebagai isyarat tidak dapat menduga siapakan bakal suaminya yang bakal ditemui sebentar nanti.
“aku bukan lah nak halang, tapi aku risau kan keselamatan kau sahaja…”
Ujar Maz lagi yang menyatakan kerisauaannya.
“alah kau ni Maz…fikir banyak sangat, Saya ni bukan tak tahu jaga diri , betul tak..”
Farah menenangkan maz yang resah. Saya menganguk.
“betul tu…lagi pun..dia kan bakal suami aku..takkan aku tak nak jumpa sampai bila-bila kan..pelik lah kalau lepas kahwin baru nak jumpa.”
“korang berdua ikat berapa tahun ah???”
“herm..entah..ibu cakap beberapa bulan je..sebab dia pun dah umur 28 tahun..” “wah..dia mesti kayak an??” Farah menyampuk, mulutnya penuh dengan nasi. Afiqah mengetuk kepalanya perlahan.
“dia mesti kaya kan..” afiqah mengulangi pertanyaan farah yang mencebik, sebelum kedua-duanya membuntangkan mata sebesar-besarnya kearah Saya.
“korang ni..mana lah aku tahu..aku jumpa pun tak pernah..dah lah..aku nak bersiap…makan sarapan korang tu..”
“hehehe….eleh…dapat laki kaya tak nak share..” Usik farah lagi.
“sudah lah korang tu..tak habis-habis mengusik.” Marah Maz.
Sabrina yasmin masuk ke dalam bilik air, lama dia beredam di dalam tub mandi, fikirannya masih melayang, memikirkan bagaimana agaknya rupa, tingkah laku dan yang penting macam mana dia nak berdepan dengan tunang yang tidak pernah dikenalinya itu.
harap-harap boleh dapat idea lebih untuk olah novel ni....

No comments:
Post a Comment