Monday, April 7, 2014

Adhila 10

BAB 10- Pertemuan




Suasana di padang kelihatan meriah apabila kanak-kanak sibuk berkejar sesama sendiri. Mereka berdua yang baru sahaja sampai di taman permainan itu tersenyum riang.
“pergi lah..tapi jangan main jauh jauh sanggat…” Pesan Adhila sebelum membiarkan Shiela bermain bersama-sama dengan kawan-kawan. Itu lah dunia budak kecil, mereka hanya tahu mencari ketawa tanpa perlu risau apa yang akan terjadi pada pesekitaran mereka. Adhila mengambil tempat duduk yang terletak berhadapan dengan papan gelongsor. Novel 7 hari mencari cinta digapai di dalam beg. Sambil membaca sambungan novel tersebut, mata Adhila tidak lari memandang dan memastikan kehadiran Shiela.
“assalamualaikum…” Tiba-tiba ada orang memberi salam, Adhila segera menoleh dan dikecilkan mata seolah olah mengenal pasti lelaki yang menegurnya.Namun salam yang diberi tetap dijawab.
“betul lah….patut macam kenal…saya ingat dah salah orang tadi..” Lelaki itu berbicara seolah-olah mereka berdua sudah rapat. Tetapi Adhila langsung tidak mengingati lelaki itu.
“awak dah tak ingat saya ke??” Tanya lelaki itu seolah-olah dapat membaca pemikiran Adhila.Adhila tidak bersuara hanya memandang sahaja lelaki tersebut.
“dekat bookstore hari tu…tu..” Lelaki tersebut membuat gaya seolah olah pemain bola keranjang yang ingin menjaringkan gol sambil bibirnya menjuih menunjukkan kearah novel yang berada di tangan Adhila.
“oooooo…” Akhirnya Adhila kembali teringat pada lelaki yang berada disbelahnya. Lelaki yang membantunya dari dihempap novel. Kalau tak sia-sia je kepala berlubang.
“dah ingat??” Senyum lelaki itu, Adhila hanya menganguk kecil.
“apa awak buat dekat sini??bawa anak ke??” Adhila bertanya, matanya mencari-cari shiela yang masih leka bermain.
“hish rupa saya ni dah ada rupa orang ada anak ke??”
“ha..hurm..” Adhila ‘blur’ dengan jenaka itu. Sensitif ke mamat sebelah ni??Bisik hati Adhila
“hehehe…tak..saya duduk area sini juga, saja je jalan-jalan dekat sini….awak pula buat apa dekat sini?? Bawa anak ke??”
“ooo..ha??” Adhila mengaru kepala, dia sebenarnya tidak tahu hendak berbicara dengan lelaki itu. Lagi pun sebelum ini kalau lelaki yang bercakap dengannya semuanya berkenaan dengan hal kerja.Adhila mengaru kepala, terasa seperti soal jawab di bangku sekolah pula.
“lawak ah awak ni..apasal ‘blur’ sanggat ni…”
“ye ke..maaf lah ..saya tak dengar sanggat apa yang awak tanya…awak duduk area sini?? Jarang nampak awak sebelum ini..”
“saya ni baru pindah…lagipun, saya pun jarang keluar , hari ini je tiba-tiba terasa nak keluar jalan…tiba-tiba jumpa dengan awak pula…”
“bagus juga awak keluar kadang-kadang…sekurang-kurangnya boleh lah awak berkenalan dengan orang-orang sini…kawasan ini, semua orang dia peramah,senang nak dibuat kawan…”
“saya pun rasa macam tu…tengok kat taman ni pun dah tahu …”
Mereka terus berbual, seakan dengan mudah sahaja perasaan tidak selesa itu hilang. Malahan kini mereka semakin seronok berbicara satu sama lain.Namun perbualan mereka terhenti apabila Aminnudin menerima pangilan.
“sekejap yea..” Adhila hanya menganguk, Aminnudin bangkit dan bergerak ke belakang pokok sebelum menjawap pangilan tersebut.
“waalaikumusalam.. ada apa bu??”
“nak tanya ni kamu senang tak hujung minggu ni..ibu ingat nak suruh kamu balik….”
“tak tahu lagi…ada apa apa ke bu yang amin kena balik??”
“hish..takkan lah nak kena ada apa-apa baru kamu nak balik….” Marah Puan Wan Nurlela.
“bukan lah macam tu..ibu ni emo lah…amin sendiri tak tahu…kalau kerja tak banyak boleh lah kot…”
“balik lah…boleh lah teman kan ibu pergi rumah family linda…”
“Linda??linda mana bu???”
“linda anak kawan ibu tu lah….minggu ni dia ada buat majlis doa selamat..balik tau…”
“tengok lah…hurm…ok ..insyaAllah…bye….assalamualaikum…” Aminnudin mengeleng kepala, niat ibunya untuk menyatukan dia dan ‘linda’ tak habis habis lagi. Aminunddin kembali melangkah kea rah bangku namun sayangnya gadis yang berbual dengan nya sebentar tadi telah tiada. Aminnudin mengaru kepala yang tidak gatal, sebelum mengetuk dahi sendiri.
‘kenapalah aku tak tanya nama dia….yaAllah bodoh nya aku ni…’ bebel Aminnudin sendiriaan, marah pada diri sendiri kerana terlupa bertanya soalan yang penting. Sudah lah tidak tahu bila lagi mereka akan bertemu, nama pun dia tidak tahu. Aminnudin melepaskan keluhan yang panjang sebelum memandu pulang ke rumah.

No comments:

Post a Comment