Monday, April 7, 2014

Adhila 8

BAB 8 - Kucing Sebelah




Selepas sahaja mengambil Shiela pulang dari pusat jagaan, Adhila terus pulang ke rumah. Niatnya untuk berehat sahaja petang itu terhalang apabila sebaik sahaja pulang kerumah, dia melihat lamannya dipenuhi dengan pasu pecah. Sudah lah itu, di hadapan pintu masuk pula terdapat beberapa ketul tahi kucing yang mengeluarkan bau yang amat ‘indah’.
“YaAllah…kucing mana pula ni???habis pasu bunga aku…dah lah siap tinggalkan tanda dekat sini…Allah…” Bebel Adhila, shiela yang terus masuk ke dalam rumah kerana tidak tahan untuk membuang air kecil tidak memperdulikan semua itu. Anak kecil, apa yang mereka tahu.
“kucing mana lah biadapa sanggat ni…dah tak pasal-pasal bertambah kerja aku..hish..geramnya…baru nak rehat…” Bebelan Adhila berterusan,tangannya pula mengasingkan serpihan pasu, agar tidak terpijak dirinya mahupun Shiela.
“ibu…ibu…ibu..” Shiela tidak berhenti memangilnya dari arah tepi rumah, entah sejak bila dia berada disitu, Adhila pun tidak sedari. Hendak tak hendak, Adhila pergi juga ke arah shiela, dan terkejut apabila Shiela membelai seekor kucing oren putih yang dipenuhi dengan kudis di telinga dan kepala.
“ibu..comelnya meow meow ni…” Shiela terus membelai makhluk Allah itu. Adhila mengeleng, di pegangnya Shiela dan memberi isyarat agar berhenti membelai kucing comot itu.
“shiela jangan peluk dia…dia tu kotor…”
“ala ibu nak juga..dia comel…”
“hish budak ni ibu piat kan…apa benda comelnya kalau dah kudis penuh kat badan…dah pergi masuk dalam basuh tangan…” Shiela yang pada mulannya engan menerima arahan ibunya akhirnya akur apabila Adhila mula menunjukkan muka bengisnya. Sebaik sahaja Shiela masuk ke dalam rumah, Adhila berlalu ke depan untuk membersihkan pasu-pasu yang pecah, namun kucing comot it uterus mengekorinya.
“hish kau ni..dah kenapa ikut aku..dah pergi main jauh-jauh…tah sapa tuan kau..main buang je kau kat sini kan…entah-entah ni kerja kau kan…dah lah kau pecah kan pasu aku, kau bagi aku hadiah tahi kau..pastu nak mintak makan pula dengan muka kau yang sedih tu..dah lah bla lah…” Marah Adhila, dia terus membebel sendiriannya sehingga jiran sebelah Afiqah jamal boleh mendengar bebelannya dari dalam rumah lagi.
“Assalamualaikum….apa sahaja yang kamu bebelkan tu adik oi…sampai dari dalam rumah akak dah boleh dengar…” Tegur Afiqah jamal. Adhila membalas salam dan senyuman.
“nil ah kak, kucing datang mana ntah, habis pasu saya dipecahkan..barulah nak rehat petang ni, tiba-tiba kena kerja OT pula ni…” Adu Adhila sambil menujukan pada kucing oren putih yang sudah menyembunyikan diri di bawah kerusi yang memang disediakan disitu. Macan tahu-tahu pula orang marah dekat dia sampai nak menyorok.
“alai kesiaanya…nak akak tolong tak??”
“taka pa lah kak..mujur pasu yang pecah tak banyak..tapi tu lah..tahi tu…merebak bau dia..kalau indah macam perfume tak apa juga ini…hish…sapa lah yang sesukati buang kucing kat sini..kucing akak si upinpin tu tak pernah pula buat hal..tapi dia ni..baru datang, dah buat masalah…”
“kau ni..kalau dah membebel..nampak tu kucing tu pun dah takut tau…hehehe..adoi..sakit perut akak dengar kau bebel…meow..”
Jirannya itu tidak berhenti ketawa, entah apa yang lucu sanggat sehingga kak Afiqah, sampai nak menangis, kucing oren putih comot itu masih berada di bawah kerusi sehinggalah kak Afiqah memanggilnya keluar, barulah dia perlahan-lahan keluar dari tempat persembunyiaanya dan menghampiri jirannya itu. Adhila hanya memerhati.
“comel kucing ni dhila..kalau dah mandi, bersihkan kudis dia..mesti comel..” Adhila mengeleng, entah apa yang comel pada kucing comotnya itu. Mungkin bagi orang yang sukakan kucing, kucing secomot mana pun tetap dirasakan comel pada pandangan mereka.
“akak ni…kudis penuh kat telinga, kat kepala akak cakap comel..macam shiela lah ni..shiela tu sibuk nak peluk-peluk dia..karang sakit saya juga yang susah..”
“kudis ni boleh dirawat adik oi…si upinpin tu pun bukannya kitaorang beli, abang zam yang ambik kat pasar, lagi teruk dari ni…”
“biar betul kak…si upinpin tu…ada juga ke orang nak buang kucing bulu kembang macam tu..bukan tu specis mahal ke..mati-mati saya ingat akak beli…”
“hish tak ada maknanya aku nak beli…alah biasalah tu..mesti mak dia kahwin dengan orang kampung..waktu kecil tak nampak lah Bandar dia..kuyup je bulu dia..tapi kalau reti jaga…orang kampung pun boleh jadi rupa Bandar…”
Ketawa besar Adhila mendengar perjelasan kak Afiqah, ada ke dia sama kan status kucing macam status orang, orang kampung dan orang Bandar. Apa punya perumpaan lah jirannya ini.
“dah lah kak..saya masuk dulu lah…melayan akak, silap ari saya boleh lupa semua benda…”
“ada saje kamu ni…ye lah..sini kucing ni..akak bagi ubat, kesian pula dia akak tengok…”
“elok lah akak jaga dia..kalau saya..memang jawab nya tidak lah…” Adhila mengeleng, dia yang sudah menjirus air di halaman rumah bagi membuang segala sisa najis yang ditinggalkan si kucing ‘pendatang’ itu sekadar memerhati apabila Kak Fiqah mengusap lembut kucing itu bagaikan seorang anak kecil.
“ akak bela je lah dia..bagi kawan dengan upinpin tu…tak lah dia berak bersepah-sepah lepas ni…makan pun terjaga..”
“hish kamu ni..entah-entah kucing orang kot…tapi kalau setakat nak bubuh ubat dengan bagi makan, akak tak kisah je..memang ada je…”
“alah kak…kalau ada yang membela, takkan lah rupa dia seburuk ini…macam tak ada tuan..dah lah kak..saya masuk dulu yea..Assalamualaikum..”
Adhila meminta izin untuk mengundur diri, namun sebelum melangkah masuk ke dalam, sempat dia mengerling ke rumah jiran sebelah yang masih belum dia temui, sekadar mendengar cerita dari mulut Mak Niah sahaja.
Tiba-tiba ingatannya kembali pada beberapa hari lepas, saat dia terlihat lelaki itu membawa keluar kotak dan diletakkan di tepi pintu rumah. Akan tetapi pada waktu itu Adhila yang baru sahaja pulang bekerja tidak sempat melihat wajah penuh lelaki tersebut memandangkan lelaki itu tergesa-gesa masuk ke dalam rumah,  dia hanya sempat melihat kelibatnya dari belakang sahaja.

No comments:

Post a Comment