BAB 5 - Red thread
part 1
Sudah hampir dua minggu sejak peristiwa yang
menyakitkan hati itu, sejak dari ‘plan’ dia membalas dendam hari itu, jiran
sebelah tahu pula parking kereta di dalam rumah sendiri. Tetapi Adhila masih
lagi tidak berpeluang untuk bertemu dengan
jiran sebelahnya memandang kan kesibukan tugas di pejabat. Semalam mak
Niah baru sahaja dijemput abang hadi untuk tinggal di rumah mereka di Kuala
Lumpur seketika bagi menemani Kak Fiona yang hanya menunggu hari untuk
melahirkan cahaya mata kedua mereka. Shila pula sejak minggu lepas sudah
memulakan pelajaran di taska, kebiasaannya dia akan menhantar Shiela terlebih
dahulu sebelum ke pejabat, dan dia akan mengambil Shila sebaik sahaja pulan
dari kerja.
Petang itu, adhila terdetik untuk ke kedai buku
Popular yang terletak di pusat membeli belah BP Mall. Sebaik sahaja sampai di
situ, Adhila segera menuju ke bahagian hadapan kanan kedai yang menempatkan
novel-novel melayu, manakala di satu sudut kiri pula menempatkan alat tulis.
Kedai itu tidak asing lagi buat Adhila memandangkan dia selalu ke sini
seandainya mencari buku-buku atau pun peralatan tulis. Rasanya sudah lama dia
tidak membeli novel kerana kesibukannya, dan itu mungkin juga menjadi salah
satu faktor mengapa Adhila terdetik ke kedai Popular hari ini. Ditinjau satu
persatu novel-novel yang berada di rak buku, bebepara novel tidak asing baginya
kerana dia sudah membacanya, ada juga yang dia ingat membacanya tetapi tidak
ingat sama ada dia memilikinya atau pun tidak.Tidak sampai 20 minit lima buah
novel sudah berada di dalam bakul yang disediakan bagi memudahkan pelangan
sepertinya membeli bahan bacaan. Kalau mak Niah nampak dia membeli novel
sebanyak ini, pastinya dia akan mendengar leteran yang panjang. Kononnya dia
hanya membeli tetapi tidak membacanya, tetapi apa nak buat kekangan masa
menjadi faktor utama untuk dia membaca semua novel yang dibelinya. Kalau tak
beli rasa sayang pula, mana tahu tiba-tiba nak membaca novel,
sekurang-kurangnya novel itu sudah berada di dalam simpanannya. Lagi pun mak
Niah juga boleh membaca novel-novel yang dibelinya, tak ada lah berhabuk atau
sekadar pameran di rak buku.
‘7 hari mencintaimu’ buku kegemaran Adhila, sudah 3
kali Adhila membaca buku tersebut, dan setiap kali itu lah dia menangis dan
mengangumi watak lelaki di dalam novelan tersebut. Tetapi sayang, novel itu
telah dipinjamkan kepada rakan sepejabatnya, dan selepas itu rakannya itu
berpindah ke tempat lain dan lupa memulangkan novelnya itu. Bukan Adhila tidak
mahu membeli kembali, tetapi setiap kali pergi ke kedai buku pasti mereka
kehabisan stok ataupun dia terlupa. Namun hari ini rezekinya baik kerana dia
menemui novel yang diminatinya itu. Novel hasil karya Siti Rosmizah itu
diletakkan di tempat paling atas rak, dan ketinggian Adhila yang sekadar 150cm
menyukarkan dia untuk mengambil buku tersebut. Di tenung lama buku itu, mencari
jalan untuk mengambil buku tersebut tanpa memalukan diri. Adhila melompat keci,
tetapi buku tersebut seakan tidak mahu bergerak. Apabila menyedari perbuatannya
itu disedari oleh remaja lepasan sekolah yang berada di sebelahnya, lekas
Adhila memaling ke arah lain, mukannya sudah memerah menahan malu.
‘kacau daun betul lah adik tu…’ omel Adhila
sendirian, dia bergerak ke tempat lain, seolah-olah ingin mencari novel lain.
Seketika kemudian selepas remaja itu beralih ke tempat lain, Adhila sekali lagi
berdiri di rak yang menempatkan novel ‘7 hari mencintaimu’ , kali ini Adhila
tidak melompat kerana dia tahu usahanya itu akan gagal, sebaliknya Adhila menjongket
dan memanjangkan sedikit jari jemarinya bagi membolehkan menolak buku tersebut
kehadapan. Tolak punya tolak akhirnya buku tersebut bergerak ke hadapan, tetapi
entah macam mana novel itu dengan pantas terjatuh kebawah, Adhila yang takut
buku tersebut mengenainya segera menutup bahagian kepala. Pelik , kerana buku
tersebut tidak terjatuh, sebaliknya dia menghidu satu bauan lelaki yang sangat
dikenali, seakan bau ayahnya dulu. Segera Adhila memandang keastas, dan dilihat
buku tersebut tiada, dan apabila menoleh ke sebelah kirinya, dilihat seorang
jejaka yang tinggi, berkumis dan bercermin mata sedang memegang novel tersebut.
Adhila memandang jejaka itu dari atas ke bawah, segak dengan kemeja biru strip
bersama dengan seluar slack kelabu gelap, dan yang paling penting wangiaan itu
sama dengan bau wangiaan arwah ayahnya.
Tiada kata yang keluar dari mulur mereka berdua,
sebaliknya mereka hanya saling memandang, seolah-olah mereka berada di dalam
dunia mereka sendiri. Orang sekitar mereka seakan tidak wujud. Mereka membisu,
hanya mata yang membicara, seolah-olah bercerita kan sesuatu. Namun renungan
mereka terhenti apabila kedengaran suara anak lelaki yang sedang menangis
kerana ibu nya tidak mahu membelikan nya komik kartoon kesukaanya.
“terima kasih sebab tolong saya…” Adhila memulakan
bicara.
“tak apa…kebetulan saja sahaja lalu kat sini…tapi
nasib baik buku ni tak hempap kepala awak…” Lelaki itu bersuara, suaranya yang
garau memukai Adhila seketika, dulu dia selalu bercanda dengan Ain bahawa salah
satu faktor dia akan jatuh cinta adalah dari suara. Dan lelaki itu mempunyai
suara yang mampu membuat hatinya cair.
“kenapa awak tak minta tolong orang kedai ambik kan
buku ni…dah lah tebal…” lelaki itu bertanya lagi apabila Adhila sekadar
tersenyum tidak membalas soalan yang dituju. Novel 7 hari mencintaimu itu yang
setebal beberapa inchi diserahkan kepada Adhila.
“tadi semua pekerja sedang sibuk, sebab tu lah…..”
“best ke buku ni?? Saya tengok awak beriya-iya nak
ambik??”
Adhila memandang lelaki itu
‘ adakah lelaki itu sedang memerhatikannya sejak
dari tadi. Arh..malunya, mesti dia nampak apa yang aku buat..malunya…tapi kalau
lelaki ni stalker macam mana..alamak seram pulak..tapi suara dia sedap..tapi
tak semestinya dia baik..’ Adhila bermonolog sendiri. Lelaki tersebut sekadar
tersenyum apabila melihat Adhila sedang mengelamun sendiri.
“ok lah awak..saya nak bayar ni…anyway thanks
again…” Adhila memohon untuk mengundur diri, andai betul lelaki kacak itu
stalker, pasti menakutkan, kalau tidak baguslah, ada peluang dia mengorat.
Tetapi lebih baik berwaspada dari menyesal kemudian.
part 2
Sebaik sahaja pulang dari kerja , aminnudin ke BP
mall, tujuannya untuk meninjau harga computer riba di situ. Bukan untuk
dirinyasebaliknya untuk dihadiahkan kepada adik bongsunya Norlela sempena hari
lahirnya yang bakal tiba dua minggu lagi.Selepas meninjau harga computer riba,
Aminnudin bergerak ke kedai buku Popular yang berada bersebelahan dengan kedai
tersebut. Walaupun tiada niat untuk membeli sebarang bahan bacaan kerana
dirinya bukan lah jenis kaki membaca tetapi sudah alang-alang berada di situ
apa salahnya jika dia membeli satu dua bahan bacaan bagi menemaninya ketika
bosan.Sedang asyik Aminnudin membelek majalah kereta yang terletak di sudut
hadapan sebelah kiri kedai, matanya tertarik pada seorang gadis berbaju kurung
biru turquoise dipadankan dengan selendang berwarna kelabu. Aminnudin sekadar
memerhati dari jauh, majalah kereta yang menjadi kesukaannya seolah-olah tidak
dapat menarik perhatiaanya. Matanya tertumpu pada gadis itu yang sedang berdiri
di salah satu rak dan mendongak ke atas.
“apa yang dia buat tu??” Bisik Aminnudin sendiri
apabila gadis itu masih lagi berdiri kaku disitu. Aminnudin tersenyum kembali
apabila melihat gadis itu melompat anak, tahulah kini bahawa gadis itu sedang
beruasaha mendapatkan novel yang diletakkan di tingkat paling atas rak
tersebut. Namun Aminnudin masih berdiri ditempatnya, masih memerhati tindak
tanduk gadis itu yang dirasakan lucu.
“malu lah tu…” Gadis tersebut bergerak kea rah lain, mungkin kerana gadis
itu mempunyai kulit yang putih, jelas kelihatan gadis itu sedang menahan malu
kerana pipinya kemerahan. Aminnudin ketawa kecil. Dan seperti yang diagak gadis
itu tidak berputus asa, dia kembali selepas memastikan remaja yang menyedari
tindakannya itu berlalu dari situ. Kali ini aminnudin bergerak perlahan menuju
ke tempat gadis itu. Gadis itu sedang menjongkit dan cuba mengerakkan buku
tersebut. Secara tiba-tiba, dengan pantas buku tersebut terjatuh kebawah dan
hampir mengenai kepala gadis itu. Namun tindakan Aminnudin yang pantas segera
menyambuk buku tersebut. Gadis itu mula memandangnya, hatinya tiba-tiba
berdegup laju. Mata si gadis yang berwarna coklat sungguh ayu, bulu matanya
yang lentik, di tambah dengan bibirnya yang merah bagaikan ceri. Aminnudin
terasa seolah-olah jantungnya berdegup dengan pantas, bagaikan sudah jatuh
cinta pandang pertama. Mereka bertentangan mata buat seketika, dan aminnudin
mahu masa terhenti, dia tidak puas memandang wajah gadis ayu itu.
“terima kasih sebab tolong saya…” Gadis itu
bersuara. Lembut dan penuh kesopanan.
“tak apa…kebetulan saja sahaja lalu kat sini…tapi
nasib baik buku ni tak hempap kepala awak…” Aminnudin bersuara, tetapi
dirasakan nadanya berbunyi kasar, dia mahu menuturkan dengan lebih sopan, namun
akal dan mulutnya seakan tidak selari. Kenapa dirinya jadi sebegini?
“kenapa awak tak minta tolong orang kedai ambik kan
buku ni…dah lah tebal…” Mungkin kerana soalannya tadi bernada kasar sehingga
menakutkan gadis itu yang hanya tersenyum, oleh itu Aminnudin mengajukan soalan
yang lain. Novel 7 hari mencari cinta yang tebal itu diserahkan kepada gadis
itu.
tadi semua pekerja sedang sibuk, sebab tu lah…..”
“best ke buku ni?? Saya tengok awak beriya-iya nak
ambik??” Alamak sekali lagi dia melakukan kesilapan dalam mengatur ayat,
bagaimana kalau gadis itu menyangka dia seorang ‘stalker’. Hish kenapa lah lain
yang aku nak cakap, lain yang aku cakap..
“ok lah awak..saya nak bayar ni…anyway thanks
again…” gadis itu memohon diri, Aminnudin pula seakan akan mengiyakan sahaja
sedangkan dia sebenarnya ingin berbual lama dengan gadis itu. Tetapi dalam masa
yang sama dia tidak mahu kelihatan seperti seorang lelaki yang terlalu obsess
dengan wanita, oleh hal itu Aminnudin juga mengatur langkah berlalu pergi
keluar dari kedai. Sampai sahaja di tingkat bawah, Aminnudin tersedar dia
sekurang-kurangnya bertanya nama gadis itu, dan menyedari kecuaiannya itu
Aminnudin segera berlari menaiki escalator. Namun dia terlambat kerana gadis
itu sudah berlalu pergi. Sayang cinta pandang pertama yang tidak kesampaiaan.
Aminnudin sekadar tersenyum kecil sebelum berlalu pergi.membiarkan perasaanya
yang sekadar hadir tanpa diundang. Mungkin kerana dia sudah lama bersendirian,
dan ibunya pula sibuk ingin menjodohkannya menjadikan dia mudah jatuh cinta.
No comments:
Post a Comment