BAB
9- mengimbau kenangan
Jam
menunjukkan 5petang, para perkerja ada yang sudah bersedia untuk pulang, tetapi
ada juga yang masih menaip, menyiapkan segala tugasan yang diberi. Begitu lah
kalau bekerja di syarikat swasta, tidak sepertinya masuk pukul 8 balik pukul 5.
Kadang – kadang jika kerja masih banyak tertunggak dan ‘date’ line semakin
hampir, terpaksa lah kerja hingga lewat malam. Antara yang masih belum pulang
adalah Iskandar dan Qasrina yang memang sejak dari awal-awal lagi menyibukkan
dirinya.
Iskandar keluar dari pejabat, dia
teringat ada satu tempat lepak di atas bumbung syarikat mereka yang menyajikan
permandangan indah, sekurang-kurangnya dapat menenangkan dirinya seketika.
Namun dia teringat dia belum lagi solat asar, oleh itu dia membatalkan niatnya
untuk ke bumbung sebaliknya ke surau syarikat.
Dalam masa yang sama , Qasrina juga
keletihan dengan kerja-kerja yang tidak henti-henti sejak dari pagi, dia
mengeliat. Dan memandang kea rah luar, dia teringat ada satu tempat di syarikat
dimana selalu menjadi tempat lepaknya, iaitu di atas bumbung syarikat. Lalu
Qasrina melangkah keluar dari pejabatnya dan menuju ke bumbung syarikat.
Sebaik
sahaja sampai, ditoleh ke kanan dan kiri, kelihatan tiada siapa disitu, lalu
qasrina mengambil satu tempat yang agak tersembunyi dari pintu masuk utama ke
bumbung dan bersandar di dingding. Awan yang masih indah membiru biarpun sudah
lewat petang. Qasrina menarik nafas panjang. Bohong sekiranya dia mengatakan bahawa
dirinya sudah melupakan segala peristiwa hitam dalam hidupnya, sebaliknya
selama ini, ianya bagaikan satu imbasan yang selalu berputar dalam ingatanya.
Mana mungkin dia melupakan dengan mudah.
Tanpa
Qasrina sedari, Iskandar yang baru sahaja usai solat asar baru sahaja melangkah
ke situ. Iskandar yang juga tidak menyedari kehadiran Qastina mengambil tempat
duduk yang lebih redup di sebalah kiri bahagian bumbung. Dia membaringkan
badan, lalu ingatan kembali pada saat mereka sedang bahagia.
Imbas
kembali.:
“sayang
ni, dah macam ni pun sibuk nak keluar jalan-jalan tau…!!”
marah Iskandar dalam nada manja sambil tangannya memimpin Qasrina yang sedang sarat mengandung selama 7 bulan. Malahan semalam baru sahaja mereka mengetahui jatina anak yang bakal menyerikan hidup mereka sekeluarga.

“abang
yang over protect qas…doctor pun cakap, exercise ringan-ringan lagi bagus untuk
ibu mengandung…”
Kali ini Qasrina mula memarihi suaminya itu yang terlalu bimbang akan keselamatannya, kalau boleh iskandar mahu Qasrina duduk sehariaan di dalam rumah. Silap orang lah, ini Qasrina lah, mana boleh duduk diam.

“iyalah…jom
duduk kat situ…abang yang penat tau…”
keluh Iskandar,sememangnya dia memang tidak boleh menang kalau berlawan mulut dengan Qasrina, sehinga kadang kala dirasakan lebih baik isterinya itu menjadi seorang peguam dari menjadi manager.
keluh Iskandar,sememangnya dia memang tidak boleh menang kalau berlawan mulut dengan Qasrina, sehinga kadang kala dirasakan lebih baik isterinya itu menjadi seorang peguam dari menjadi manager.
“nama
apa yea kita nak bagi kat baby ni??”
Qasrina bertanya, sambil mengurut lembut perutnya yang sudah membonyot kehadapan, sesuai dengan usia kandungannya.
Qasrina bertanya, sambil mengurut lembut perutnya yang sudah membonyot kehadapan, sesuai dengan usia kandungannya.
“entah
lah…sayang rasa??abang ikut je…”
“hurm…apalah
ayah ni, tak romantic langsung…suami orang lain kalau waktu macam ni dah bagi
list tau nak letak apa dekat nama anak dia…”
Qasrina mengerling manja, tahu sanggat dengan sikap suaminya yang tidak pernah romantic sejak dari mereka menyemai cinta…tetapi dia tidak kisah, kerana dia mencintai suaminya itu seadanya.
Qasrina mengerling manja, tahu sanggat dengan sikap suaminya yang tidak pernah romantic sejak dari mereka menyemai cinta…tetapi dia tidak kisah, kerana dia mencintai suaminya itu seadanya.
“sebab
saya tahu awak mesti dah ada nama untuk baby kita…macam saya tak kenal awak…”
Qasrina tersenyum mendengar alasan Iskandar, sememangnya tiada yang lebih memahami dirinya dari Iskandar.
Qasrina tersenyum mendengar alasan Iskandar, sememangnya tiada yang lebih memahami dirinya dari Iskandar.
“Nurul
Qaisara binti Muhammad Iskandar …”
lembut Qasrina berbicara sambil mengurut lembut perutnya, dan melemparkan senyuman manis pada Iskandar. Iskandar menganguk, tangannya menyisip lembut rambut isterinya, dan sementara tangan kirinya mengengam erat tangan Qasrina.

“sedap
nama tu…Nurul Qaisara Binti Muhammad Iskandar.”
Iskandar mengulangi nama tersebut sebelum memberikan satu ciuman pada bibir isterinya sebagai tanda terima kasih dan cinta. Qasrina tersenyum malu dengan tindakan mengejuk Iskandar dan menunduk malu. Itulah suamianya biarpun tak romantic tetapi cukup memahaminya dan kadang kala tindakannya membuatkan hatinya berbunga seperti baru sahaja jatuh cinta.

Indahnya
saat itu, andailah ia nya berterusan pasti tiada yang berduka …..tetapi kita
hanya merangcang , tuhan yang menentukan.
Sesunguhnya
kenangan indah itu membawa air mata pada masa kini.Qasrina yang masih duduk di
bahagian paling redup yang terlindung kerana ada satu payung diletakkan di satu
sudut mengalir kan air mata. Andai masa dapat diputar kembali , pasti dia akan
lebih kuat maka luka yang dihati ini pasti tidak akan sakit seperti hari ini.
Namun apa kah dayanya, ketika itu dia terlalu lemah, lemah untuk dirinya dan
lemah juga untuk Iskandar. Ada disatu saat dimana Qasrina tahu bahawa Iskandar
membuat keputusan yang betul meninggalkannya, kalau bukan kerana tindakan
Iskandar, pasti dia tidak mampu berdiri seperti hari ini. Mungkin juga dia akan
terus menyalahkan takdir diatas segala yang terjadi.
Awan
yang masih membiru ditatap, menhayati pemandangan di situ, walaupun sudah lewat
petang, bahang matahari masih terasa. Qasrina bangkit meninggalkan kenangan
masa lalu, dia harus mara ke depan meniti kehidupan baru.
Dalam
masa yang sama, Iskandar yang terlena dibuai mimpi kenangan indah lalu terjaga
apabila terdengar pintu ditutup dengan kuat. Iskandar meninjau kiri dan kanan,
mencari kelibat manusia yang baru masuk. Tetapi tiada siapa disitu melainkan
dirinya, Iskandar mengeleng sebelum kembali merebahkan diri.
Pengorbanan,
itu satu perkataan yang dia sendiri tidak mampu mentafsirnya, ada kah perkara
yang dia lakukan itu satu pengorbanan atau itu sebenarnya hanya tindakan dia
melarikan diri dari masalah. Sejak bertahun-tahun perkara itu bermain di firikirannya,
dia masih tidak menjumpai jawapan itu. Adakah suatu hari dia akan mengenal erti
sebenar pergorbanan, layak kah dirinya mencapai kebahagiaan, sedangkan dia
pernah melukan kan hati seseorang yang dia sayang. Walaupun bukan dirinya yang
menjadi punca, namun Iskandar rasa dirinya lemah kerana tidak dapat bersama
dengan Qasrina, berda di sampingnya sehingga akhirnya.
No comments:
Post a Comment