Thursday, May 30, 2013

kopi coklet 7 & kopi coklet 8



BAB 7 – aku dan kau

Qasrina membancuh sendiri coco kegemaraanya, memandangkan Sarah sedang bercuti. Tanpa disedari Iskandar haris juga mengunjugi Pantry tersebut.
“assalaimualaikum..”
“waalaikumusalam.”
Walaupun hubungan mereka bertambah erat sejak perselisihan faham antara mereka dileraikan, tetapi perasaan kekok itu masih tidak lari dari diri mereka.
“bancuh minuman sendiri nampaknya…mana sarah??” Tanya Iskandar
“haah…Sarah cuti…amboi rindu dengan pembantu saya ke??” Usik Qasrina.
“rindu juga lah, kadang kala tu, selalu juga jumpa dia dekat sini…” Senyum Iskandar walaupun dia tahu Qasrina mengusiknya.
“jangan lebih-lebih yea, dia tu bakal tunang orang..hurm mungkin dah jadi tunangan orang hari ini…”
“hari ini ke dia bertunang??”
Qasrina menganguk, di teguk minuman coco kesukaanya, dia duduk di kerusi yang berdekatan sambil memerhati Iskandar membancuh kopinya.
“jangan kata awak nak kejar dia…lepas tu luah perasaan…”
“awak mesti terlebih tengok drama lagi kan….dalam reality, kalau saya suka dia, saya call je lah, nak buat apa kejar…penat je…” Ketawa Iskandar, nampaknya ada beberapa sikap Qasrina yang masih seperti dulu, sikap obsess dengan drama, tak kira lah drama, korea, japan, indo mahupun melayu, asal dia suka jalan cerita sesebuah cerita dia akan menjadi taksub.
“itu lah awak tak romantic, sebab tu sarah tak jadi tinggalkan tunang dia…tunang dia hari tu, masa hari jadi Sarah, siap bawa 100 jambak bunga ros ni…gila lah..kalau saya jadi dia, tak yah tunang kahwin terus…” jelas Qasrina , kadang kala satu perangai yang dia menyampah dengan Iskandar adalah dia tidak cuba memahami wanita, dan langsung tidak mempunyai sikap romantic langsung.
“wah..hebat…saya memang tak kan buat macam tu lah ….”
“tahu dah…” Tiba-tiba telofon Qasrina bergetar, menandakan bunyi masej masuk. Qasrina menyeluk poket seluarnya, dia kemudia membaca pesanan ringkas yang dikirimkan oleh adiknya.
“adik saya, keluar date dengan Haziq…” Ujar Qasrina, iskandar membeliak mata.
“apa..adik awak…Qistina…dengan Haziq…??” Hampir tersedak juga Iskandar, dia tahu kawan baiknya itu sedang dilamun cinta, mana tidak nya, berak pun nak bawa telefon bimbit, dah tu muka berseri-seri je .
“haah..awak tak tahu ke, Haziq tak bagitahu??”
“betul ke Haziq tu..Haziq si tiang tu??” Tanya Iskandar mendapat kepastian. Sejak dari perkenalan mereka, pangilan nama tiang itu melekat pada haziq memandangkan ketingiannya.
“iya…memang dia…ingat awak tahu…”
“tak…serius , balik nanti saya smash down dia..patut lah happy semacam je…awak tahu Qas, saya pelik lah tiba-tiba dia buang tibiat, tak boleh berengan dengan telefon, sampai masuk jamban ni, nak bawa telefon…”
Qasrina ketawa mendengar perjelasan Iskandar, bukan dia tak tahu, adiknya pun sama je perangai, yang lagi kelakar apabila mengingati dia juga dulu pernah seperti itu.
“nampaknya bila part bercinta, zaman mana pun tak berubah kan..” ketawa Qasrina. Iskandar
juga turut ketawa mengiyakan sahaja kata-kata Qasrina yang sama sekali benar.“Apa kata kalau kita kacau diorang nak tak??”Cadang Iskandar
“ha?? Apa yang awak nak buat??”
“well tak terfikir lagi…ada cadangan?”
“hish…awak ingat saya jahat sangat ke, biar lah diorang tu…”
“alah…sebenarnya awak nak kan..cakap je lah…tak mengaku pula…awak risau kalau Qis marah kat awak kan…”
Qasrina memandang Iskandar , kemudian diam tersenyum kecil sebelum mengangguk. Iskandar tanpa sedar terpikat dengan kecomelan Qasrina.Masih tak berubah , dari dulu, bila ada perkara yang dia rasa bersalah, mesti Qasrina akan tunjuk muka comel nya.
            Tanpa sedar masa berlalu mereka terus berbual dengan mesra sekali. Kemesraan mereka hanya diperhati kan oleh pekerja yang lain, yang tidak mengesaki apa-apa, pada mereka itu hanya lah hubungan pejabat, tanpa disedari oleh mereka semua, ada sebuah cerita yang disembunyi diantara mereka berdua.




Di sebuah kafe yang terletak di dalam pusat membeli belah One Utama, kelihatan seorang lelaki sedang menghirup kopi, sementara memandang ke arah manusia yang lalu lalang di hadapan kedai tersebut. Pelbagai ragam dapat diperhatikan melalui tingkap kaca lutsinar, ada yang datang ber pasangan, ada yang sedang bergelak ketawa dan ada juga yang keseorang. Seketika kemudian, dia tersenyum kecil apabila mendapati seseorang yang dinanti sedang menghampiri kafe tersebut.
“sorry lambat ….teman kawan pergi rumah abang dia kar damansara tadi…lama ke tunggu??” jelas qistina, sambil tangannya menarik kerusi dan duduk di hadapan Haziq yang hanya tersenyum.
“its ok, kan senang kalau abang ambik je tadi..”
“alah, dah memang tengah keluar dengan diaorang tadi….”
Pelayan kedai tersebut datang bersama menu, dan tanpa sempat menu tersebut dihulurkan pada Qistina, dia telah membuat pesanan.
“ais latte ..”
“abang is dah tahu pasal kita??”
“belum, dia pun tengah sibuk sekarang??”
“hurm…Qis dah bagitahu kakak pasal kita…and dia tak kisah pun..”
Haziq hanya mengangguk.
“jujurnya abang tak tahu nak cakap macam mana dekat Is…tapi tak apa lah, nanti abang bagitahu dia juga kalau ada masa nanti…”
“ada bagus juga abang is dengan kak Qas satu pejabat…mulanya Qis takut juga kalau luka lama tu menyebabkan mereka berdua terluka lagi..”
“abang pun rasa macam tu, waktu mula-mula Is bagitahu abang, terkejut juga abang….tapi nampak nya macam diaorang tak apa-apa je ..malah sejak kebelakangan ni, abang selalu tengok Is senyum sorang-sorang, muka dia pun makin berseri-seri berbanding dulu…”
Qasrina menganguk, itu juga yang dirasakan pada kakaknya, sejak berkerja dengan Iskandar, entah mengapa dia dapat melihat kebahagiaan di mata kakaknya, sama seperti masa lalu, matanya berseri-seri dan ada sahaja lawak yang ingin diceritakan. Tidak senyap seperti selalu.
“betul tu abang…sejak mereka berpisah, akak sedih sanggat, dia dah macam orang tak ada semangat nak hidup, dekat setahun juga macam tu, dia pergi keja, balik keja, senyuman dia macam dah hilang, kalau tersenyum pun terpaksa…masa tu Qis benci sanggat dekat abang Is…” Air mata Qistina bergenang di matanya sebelum mengalir deras di pipi gebunya, bagaikan semalam melihat kakaknya bersedih, dan kerana itulah apabila temannya yang lain mengajak dia tinggal bersama di rumah sewa mereka, dia engan, kerana dia ingin di sisi kakak nya.Haziq mengunankan ibu jarinya untuk mengelap air mata Qistina, sementara tangan kirinya membelai lembut kepala Qistina.
“Semua terluka Qis, tetapi walau bersedih mana pun kita, tetap tak sama apa yang mereka berdua rasa..tapi Qis jangan lah benci kat Is..” Pujuk Haziq
“tak benci, tetapi abang Is tentu dapat  lupakannya dengan senang berbanding dengan kakak…”
“tak juga….melepaskan seseorang yang kita suka kerana kita tak mampu buat apa-apa untuk dia….perasaan tu sakit Qis, walaupun abang tak tahu apa yang is rasa, tetapi bila melihat Iskandar , abang tahu dia sangat terluka…”
“maksud abang ?? abang Is pun macam kakak Qas?? Tapi abang yang nak berpisah dengan Kak Qas…kalau abang is betul-betul sayang kak Qas, dia tentu akan bersama dengan kak Qas, bukan tinggal kan dia” Nada Qistina berbau kemarahan, terasa seakan kakaknya yang bersalah.
“itu juga yang abang rasa mula-mula, abang marah sangat pada Is apabila dia bagitahu abang dia nak berpisah dengan Qas, sampai abang belasah dia..”
“abang belasah abang Is??” Qistina bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Haziq menganguk.
“abang ingat tu dapat sedar kan dia, sampai longlai dia abang pukul, tetapi dia tak mengelak pun, dan keputusan dia tetap sama…bila abang dah tenang, abang tanya dia kenapa dia nak lepaskan Qas kalau dia betul-betul sayang pada Qas…Qis tahu apa dia jawab…”
“apa dia??”
“dia cakap , hati dia lebih sakit bila melihat Qasrina menangis setiap kali memandang dirinya….dan kalau dia terus berada di sisi Qasrina, dia mungkin tak kan sembuh sampai bila-bila kerana kesakitan tersebut…dia lebih rela biar dia yang terluka, kerana sekurang-kurang bila tak bersama, Qasrina akan lupa seketika akan anak mereka…”
Qistina seakan tidak percaya pada apa yang didengari, selama ini dia asyik menyalahkan Iskandar, terutama apabila melihat kakaknya menangis.
“tak sangka rupanya abang Is memang sayang dekat kak Qas….tetapi ini tak adil, mereka berdua saling menyintai, tetapi kenapa nak berpisah??”
“qis, setiap perkara pasti ada sebab nya kenapa ianya terjadi, kan bagus sekarang mereka dipertemukan kembali….apa yang terjadi pada mereka, hanya takdir yang menentu kan…”
Qistina mengelap air matanya, di pandang ke anak mata Haziq.
“abang, kalau perkara yang sama berlaku pada kita, satu je Qis mintak, jangan sesekali lepaskan tangan Qis, biar pun Qis benci tengok muka abang, abang tak boleh tingal kan Qis…”
Haziq mengengam erat tangan Qistina dan mengangguk.Biar masa hadapan masih belum kepastiaannya, tetapi saat ini hanya janji mampu diukir dan diharapkan keikhlasan percintaan ini akan membawa mereka berdua ke arah ke bahagiaan dunia dan akhirat.



BAB 8 – kesedihan pergorbanan masa lalu

Hari ini genap lima tahun pergi nya arwah Qaisara, walaupun begitu awal-awal pagi Qasrina sedang menyibukkan dirinya. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu duduk diam, biarpun kerjanya telah siap, dia pasti mencari kerja. Qasrina yang keluar masuk pejabatnya sejak dari pagi tadi hanya diperhatikan pekerja, sesetengah dari mereka sudah lali dengan perangai Qasrina.
“kak sarah , bussy semacam je bos akak?? Rasanya sekarang ni tak ada lah masa sibuk mana??” Tanya salah seorang pekerja pratikal disitu ketika datang menyerahkan laporan kepada Sarah.
“ Cik Qasrina memang macam ni setiap tahun, akak pun tak pasti, tetapi setiap kali 20 febuary, Cik Qas selalu menyibukkan dirinya, kadang kala sampai tengah malam…” jelas Sarah,sambil tangannya memerhati kan laporan yang diberi.
“tadi saya nampak, Encik Iskandar pun sama, sibuk suruh setiusaha dia bawa kan fail-fail untuk disemak, dan selang 20 minit dia mintak kopi..”
“ye ke?? Kebetulan kot…ni…betul kan sikit…lepas tu hantar kat akak balik..”
Perbualan mereka terhenti disitu dan mereka kembali membuat kerja masing-masing.
Sementara itu di dalam bilik Qasrina cuba sepenuh hatinya untuk menumpukan sepenuh perhatiaanya pada kerja.Dia tidak mahu fikirannya tergangu dengan perkara yang menyedih kan. Tetapi entah mengapa kali ini seperti dia tidak mampu mengawal pemikirannya, adakah kerana Iskandar berada disisinya. Tangannya yang dari tadi tidak berhenti menaip dan menyemak fail terdiam kaku, dia memusingkan kerusi nya kea rah tingkap.Dipejam mata dengan rapat sekali, bagaikan semalam luka tersebut menguris hatinya, terasa sakit sekali hanya tuhan yang tahu. Kesakitan yang tidak mampu digambar kan dengan kata-kata amat menyeksakan.




Imbas kembali :
Sejak seminggu yang lalu, Qasrina sudah semakin pulih, dia tidak lagi meracau, malahan dia semakin tenang. Tetapi senyuman masih tidak terukir di riak wajah nya, kedua ibu bapanya sudah pun pulang ke kampung halaman dua hari yang lalu. Itu pun setelah Qasrina menyakin kan mereka bahawa dia sudah semakin baik, namun pada hakikatnya dia tidak mahu ibu bapanya risau akan keadaanya, sebagai orang yang beragama Qasrina perlu redha dengan ketentuaan ilahi biarpun ianya pahit untuk ditelan.
Pagi pagi lagi, iskandar telah menyediakan sarapan pagi untuk isteri kesayangannya, sejak beberapa minggu yang lalu, dia seakan sudah lali dengan persiapan sarapan pagi, sebagai suami, dia perlu buat apa sahaja demi membantu isterinya. Qasrina turun setelah selesai mengemas katil biliknya.
“sayang sarapan…” Lembut Iskandar menjemput Qasrina, Qasrina hanya mengangguk, dalam masa yang sama dia rasa bersalah kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri. Qasrina tahu Iskandar turut terluka , kerana Qaisara tetap anaknya juga,tetapi otak dan hatinya bagaikan tidak bersatu. Dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya dari berperlakuaan dingin pada Iskandar, dan setiap kali tersedar, hatinya rasa sakit sekali. Tiada yang lebih sakit dari kehilangan orang yang kita sayang dan juga buat orang yang kita cinta terluka.
“hari ni, abang masak kan mee kegemaran sayang…kan sayang selalu cakap mee abang paling sedap kat dunia…” Iskandar menyedukkan mee goreng ke pingan Qasrina yang tiada riaksi, hatinya sakit bila melihat keadaan isterinya begitu. Andai diberi pilihan dia rela sekiranya dia seorang yang merasaii kesakitan itu.Melihat riaksi Qasrina, hatinya bagai dihiris dengan puluhan pisau. Namun Iskandar masih cuba membuat Qasrina tersenyum,dia berharap satu hari nanti isteri nya mampu tersenyum dan kembali ceria seperti dulu.

Hari bertukar minggu, minggu bertukar bulan, akhirnya genap 2 bulan permergiaan arwah Qaisarah, namun hubungan diantara Qasrina dan Iskandar semakin hari semakin rengan. Kadang kala Qasrina sengaja pulang lewat mengelak untuk bertemu dengan Iskandar. Tujuaan untuk tidak bersikap dingin pada suaminya itu, hatinya sakit apabila diri nya berperlakuaan begitu, tiada niatnya untuk berlaku dingin pada iskandar. Tetapi setiap kali memandang wajah Iskandar yang tersenyum, dia teringat kan pada arwah, dan itu membuatkan dirinya bersedih, dan tanpa sedar bersikap dingin pada suami.
Iskandar menyedari hakikat itu, bukan sekali dia melihat Qasrina menangis kerana dirinya. Setiap kali Qasrina bersikap dingin , Qasrina akan berlalu pergi dan setiap kali itu jugalah dia melihat Qasrina menangis. Iskandar semakin pasti apabila membaca diary milik Qasrina yang memperjelaskan mengapa Qasrina sering mengunakan alasan pulang lewat ke rumah. Terasa seperti seorang yang tidak berguna, sebagai suami, dia sepatutnya membahagiakan isterinya, tetapi sebaliknya dia hanya mampu member kesengsaran kepada orang yang disayanginya.Terasa diri sanggat tidak berguna.

Satu hari ketika hari minggu,ketika Qasrina sedang menonton tv di ruang tamu.Iskandar menghampiri Qasrina, tetapi sebaik sahaja Iskandar duduk, Qasrina segera bangkit. Dengan pantas Iskandar memegang pergelangan tangan Qasrina. Seketika mata mereka bertemu.
“kenapa Qas macam ni??sampai bila sayang nak elak kan diri dari abang??” Jujur Iskandar menyuarakan isi hatinya. Qasrina memandang riak muka Iskandar, tanpa sedar hatinya terguris, kejamnya dia sebagai seorang isteri kerana tidak mampu melayan suaminya. Tanpa sedar air mata mula mengalir di pipi Qasrina.Iskandar bangkit, dia memeluk isterinya dengan kemas, dan esakan Qasrina semakin kuat.
“maaf kan Qas bang….:”
Iskandar membelai rambut isterinya, esakan Qasrina diselang seli kan dengan permohonan maaf. Namun bukan itu yang Iskandar mahu dari isterinya, dia mahu melihat senyuman wanita itu. Senyuman yang secantik cahaya pagi.Mereka berpelukan untuk seketika sehinggalah Qasrina berhenti menangis.
“Qas, kalau lah melihat abang buat Qas terluka, abang rasa lebih baik abang lepaskan Qas??”
Qasrina terdiam, dia tergaman dengan kata-kata Iskandar.Iskandar juga tidak menyangka dia akan meluah kata-kata itu, tetapi apabila memandang Qasrina, dia pasti dengan keputusannya. Sekurang-kurang luka di hati Qasrina akan cepat sembuh sekiranya Qasrina tidak memandangnya. Iskandar melepaskan Qasrina dari pelukannya, dan dia berlalu pergi. Qasrina terpaku, kakinya menjadi longlai dan dia terduduk sebaik sahaja Iskandar hilang dari pandangannya. Sementara itu Iskandar kembali ke bilik tidurnya, dia menutup pintu, air matanya tidak berhenti mengalir, selama mencintai Qasrina tidak terlintas pun untuk melepaskan Qasrina pergi, tetapi kali ini satu keputusan telah dibuat, dan keputusan ini membuatkan hatinya hancur berkecai.

Malam berlalu dengan pantas, Qasrina tidur di bilik utama sementara iskandar tidur di bilk tamu. Lewat tengah malam, Iskandar menghampiri kamar Qasrina, dia duduk di sisi isterinya. Di belai rambut isterinya. Air matanya tanpa disedariu mengalir deras. Setiap malam isterinya itu berada di dalam dangkapannya, setiap kali Qasrina bermimpi buruk akan membuat kan Iskandar terjaga dan memeluk Qasrina dengan kemas agar mimpi itu pergi dari tidur isterinya. Tetapi malam ini merupakan malam terakhir dia mampu melakukan itu semua.Ditatap wajah Qasrina sehingga subuh tanpa tidur. Sebaik sahaja jam menunjukkan pukul empat pagi Iskandar bangkit, dia turun ke bawah menyedia kan sarapan pagi sebelum keluar dari rumah tersebut. Hanya satu helaian surat yang ditinggalkan.

‘assalamualaikum ..kepada isteri yang abang cintaii…jangan sesekali sayang maaf kana bang kerana melukan kan sayang, dan kerana itu sayang benci lah abang supaya sayang tidak lagi menangis. Abang tahu sayang tiada niat untuk bersikap dingin dengan abang, itu semua salah abang kerana tidak mampu menjadi seorang suami yang terbaik untuk sayang….tolong lah kembali senyum sayang…benci lah abang supaya sayang boleh tersenyum kembali, lupakan abang supaya sayang boleh kembali kuat seperti dulu…
                                                                                                                                    Iskandar    

No comments:

Post a Comment