Friday, May 31, 2013

Adhila - prolog



Prolog

            Bayi yang berada di dalam bilik jagaan bayi ditatap dengan penuh kesayuaan dari sisi cermin lutsinar yang memisahkan mereka. Perasaanya bercampur aduk sehingga dia tidak pasti lagi apa yang dirasakan. Gembira,sedih, kasihan, semua perasaan itu silih berganti. Gembira kerana akhirnya menemui insane kecil yang dinanti itu yang bermakna ahli keluarga bertambah, sedih kerana kehadiran anak kecil itu belum tentu nasibnya dan kasihan kerana sejak seusia beberapa jam, anak itu sudah mengenal erti kehilangan.
“maaf cik, jenazah harus diuruskan....cik nak pihak hospital uruskan atau ada mana-mana ahli keluarga arwah yang akan uruskan??”
Lamunannya terhenti apabila ditegur seorang jururawat berbahasa melayu.
“boleh tunggu sekejap, ahli keluarga arwah dalam perjalanan ke sini...lepas mereka datang baru lah kami bagi kata putus...dan lepas itu saya akan maklumkan pada pihak urusan hospital..” Jururawat itu sekadar menganguk, dia seakan mengerti akan suasana hiba itu berlalu pergi. Sebaik sahaja jururawat berlalu pergi, gadis itu sekali lagi memandang anak kecil yang mengeliat dalam tidurnya , seketika kemudian dia mengatur langkah menuju ke sebuah bilik. Sebaik sahaja membuka pintu bilik tersebut, dilihat sekujur bujur kaku yang terbaring di atas katil,badanya yang sudah ditutupi dengan selimut putih dibuka dan ditatap wajah pucat yang sudah tidak bernyawa itu. Tanpa sedar air matanya tidak mampu diseka lagi, mengalir deras membasahi pipi. Tidak sangka, sekali lagi dia akan mengalami pengalaman yang sama. Ini bukan kali pertama dia melihat sekujur bujur kaku seperti sahabatnya kini.Pertama kali melihat ayahnya yang pergi meninggalkan keluarganya kerana sakit darah tinggi, beberapa bulan kemudian ibunya pula pergi kerana sakit jantung, dan kali terakhir setahun yang lalu apabila abang, kakak dan adiknya terlibat dalam kemalangan dan meninggalkan dia sendiriaan. Biarpun sanak saudara masih ada disisi, tetapi mana kah sama dengan sebuah keluarga yang sebenar. Namun itulah ujian yang ditimpakan padanya, dan sebagai umatnya, dia tidak harus menghukum atau menyalahi sesiapa sebaliknya harus redha dengan ketetapan yang telah ditulisNya. Dan hari ini sekali lagi dia melihat kawan baiknya yang sudah diangap sebahagian dari hidupnya pergi meninggalkan dirinya selamanya.
“Ain....” Hanya nama itu mampu dituturkan dengan nada perlahan. Hatinya sebak, namun dia harus tabah, sedangkan dirinya sudah terasa sedih apatah lagi ahli keluarga Farahain Hanisa binti Hassan.
Tiba-tiba pintu dikuak, seperti yang diduga, satu pasangan berumur yang sudah mencecah umur 60-an masuk ke dalam bilik tersebut , NurAdhila Binti Muhammad Ariff segera mengelap air matanya. Wanita yang amat dikenalinya itu segera menerma ke arah sisi anak bongsunya.
“ain...bangun sayang....mak dah datang ni...” Mak siti menangis dengan teresak-esak,mengoyangkan badan anaknya yang sememangya sudah tidak bernyawa lagi.Pak Hassan yang memang dikenali sebagai seorang yang tegas dan garang juga menitis air mata, sekeras mana pun hati seorang ayah, akhirnya lembutnya juga apatah lagi melibatkan anak kesayangannya.
“mak siti tak baik macam ni, arwah tak dapat pergi dengan tenang...” Nasihat Adhila, itulah pesanan yang selalu didengar ketika permergiaan keluarganya dahulu.
“pak Hassan akan uruskan jenazah ain kan....tapi macam mana dengan Shiela??” Adhila kembali memandang Pak Cik Hassan yang kini sudah berada disisi Mak siti. Pak Hassan diam, dipandang wajah pucat anaknya dan kemudian beralih ke alih isterinya yang sudah hilang warasnya, tidak berhenti berteriak sejak dari mereka menerima berita mengenai anak bongsu mereka itu.
“kamu jaga lah anak ain elok-elok..pak cik amanahkan dia pada kamu Dhila...”
Adhila memandang Pak cik Hassan dengan wajah yang keliru. Benarkah apa yang didengarinya sebentar tadi, satu-satunya waris tertua Shiela mengamanahkan Shiela padanya, gadis yang baru berusia 19 tahun yang tiada ahli keluarga.
“pak cik amanahkan shiela pada saya??...” Adhila bertanya sekali , seakan ingin mendapatkan kepastiaan dari Pak Hassan yang menganguk, seakan keputusannya sudah tidak dapat diubah lagi.  Tetapi mengapa Pak Hassan membuat keputusan seperti itu, adakah perasaan marah pada anak mereka yang mengingkari kata-kata mereka sehingga sangup kahwin lari menyebabkan Pak Hassan nekad kitu menyerahkan cucunya.
“Pak Hassan masih marah kan Ain??” Entah bagaimana dia memberanikan diri untuk bertanyakan soalan itu.
“mana mungkin kami masih marah kan dia Dhila...buruk ke baik..arwah tetap anak kesayangan kami, malah selamanya Farahain Hanisa anak kami....Cuma buat masa ini lebih baik seandainya ada yang lebih layak untuk menjaga anak ain...kalau kamu risaukan tentang perbelanjaan, InsyaAllah, selagi Pak Hassan termampu, Pak Hassan akan hulurkan setiap bulan...”
“tapi Pak Hassan ...saya...”
“pak Hassan faham...Pak Hassan amanahkan anak arwah pada kamu pun, kerana arwah terlalu mempercayai kamu, kalau tidak dia tentu tak kan cari kamu waktu diperlukan....” Ujar Pak Hassan lagi dalam nada yang rendah tetapi masih tegas. Ada kebenaran di dalam kata-kata Pak Hassan, malahan sejak bertemu kembali dengan Ain beberapa bulan yang lalu ain selalu berpesan agar adhila menjaga anak dalam kandungannya seandainya Allah lebih menyanyanginya kelak.
“tetapi kalau betul kamu tak dapat jaga anak arwah, kamu serahkan pada mana-mana pusat kebajikan, asalkan kamu bagi tahu kami terlebih dahulu, apa pun dia tetap darah daging kami..”
Pak Hassan tunduk setelah menghabiskan kata-katanya, seketika kemudian dia memandang kembali jazad anaknya dan memandang pula isterinya. Entah betul atau tidak keputusannya, hanya doa pada yang maha Esa mampu dipohon agar keluarga mereka sentiasa dilindungi.
Adhila tenang, dia menghela nafas panjang, walaupun dia tahu itu bukan satu tabiat yang baik. Tetapi yang pasti sekarang dia diberi amanah yang besar oleh orang tua Farahain Hanisa , malahan arwah sendiri juga pernah mengingingan benda yang sama. Yang pasti anak kecil itu selamanya akan berada disisinya, melainkan Allah S.W.T mempunyai jalan cerita yang lain untuk mereka. Dan sejak dari itu bermulalah cerita NurAdhila Binti Muhammad Ariff bersama jantung hatinya Shiela Binti Naqib

No comments:

Post a Comment