Thursday, June 6, 2013

Adhila 1



BAB 1 – 4 tahun kemudian

Sebaik sahaja pulang dari kerja, segera Adhila berlari mendapatkan anak kesayangannya.Shiela yang sudah menjangkau usia 4 tahun dengan pantas menerpanya sebaik sahaja Adhila tiba di hadapan pintu masuk. Mak Niah, Mak cik saudara Adhila mengeleng kepala melihat perilaku anak beranak itu yang seolah-olah bagaikan drama swasta.
“Allah, baru setengah hari tak jumpa kan....tak payah lah nak berdrama sanggat sayang oi....” Sengaja Mak Niah mengusik, walaupun dia tahu Adhila tidak akan berkecik hati dengan sindirannya itu.
“alah nek niah tu jealous kan shiela , ibu peluk shiela...” Giliran Adhila pula mengusik. Shiela kini sudah berada di dalam dukungan Adhila.
“tak malu nek niah nak jealous....tak malu...” Shiela yang sememangnya petah berbicara sejak dia mula-mula belajar berkata-kata mengetawakan Mak Niah yang sudah mencubit pipi cucu saudaranya itu dengan perlahan.
“tak kuasa aku nak jealous...dah shiela..turun..bagi ibu mandi ke berehat dulu..”
“tak nak...” Shiela engan berengan dengan ibunya, kalau boleh dia mahu 24 jam bersama dengan ibunya. Mak niah mengeleng, faham sanggat dengan perangan Shiela yang kadang kala apabila degilnya datang, boleh sakit jiwa jika tidak ditangani dengan betul
“shiela!!” Nada suara Mak Niah lebih tinggi berbanding dari tadi, dia mahu mendisplin cucu saudaranya itu, apatah lagi memang dah terbiasa menjadi pendidik,dan kini apabila berpecen, tabiat itu menjadi kebiasaan terutama dalam mendidik Shiela.
“iyalah..” Akhirnya Shiela akur dengan kata-kata Mak Niah, Adhila menurunkanya dari dukungannya dan tersenyum.
“bagus anak ibu dengan cakap nenek...sayang main dengan nenek dulu yea ...ibu mandi, solat dulu, nanti baru kita main sama-sama yea..” Adhila cuba memujuk anaknya yang sudang menayang kan muncung yang panjang sedepa.Shiela sekadar menganguk dan tersenyum, begitu mudah anak kecil itu mendengar kata. Adhila memohon kesyukuran, jujurnya Shiela tidak pernah membawa masalah kepadanya, sebaliknya Shiela adalah mengubat ketika dia lara.

Adhila naik keatas untuk membersihkan diri, dan lepas itu menunaikan solat asar. Sempat dia membaca dua helai muka surat al-quran dan menyedekahkan alfatihah pada ayah,ibu,abang,kakak dan adiknya serta tidak dilupakan Farahain Hanisa Binti Hassan.
Usai solat dan membaca Al-quran, Adhila menuruni anak tangga dan menuju ke ruang tamu dimana Adhila sedang bermain sendiriaan, kedengaran bunyi bising di dapur menandakan Mak saudaranya sedang memasak., Adhila duduk disisi Shiela,diperhatikan gerak geli  Shiela yang sedang bermain permainan masak-masak. Lucu melihat telatah anak kecil itu.
“anak ibu main apa ni??” Tanya Adhila walaupun dia sudah dapat mengagak apa yang shiela sedang lakukan.
“ibu..ibu...ibu tolong jaga anak shiela sekejap..shiela tengah ‘esy’ nak masak ni..” Patung beruang berwarna putih setinggi Shiela diletakkan di pakuaan Adhila, kemudian dia bergerak ke dapur mainannya dan membuat gaya sedang sibuk memasak.
“alah comelnya anak shiela ni...”
“mestilah...shushu comel, dia dengar kata..tak kacau shiela masak..”
“macam shiela lah..tak kacau nenek masak...ni sayang nak masak apa ni?? Ibu dah lapar ni...” Adhila memeluk patung beruang yang diberi nama shushu itu dan membuat muka kesian, berlakon seakan-akan kelaparan. Nak bermain dengan budak, kenalah berperilaku seakan-akan budak-budak juga.
“Shiela nak masak ayam masak merah...ibu nak makan apa lagi?? Shiela nak masak??” Bersemangat shiela berbicara seolah-olah dia tahu segala masakan.
“ibu nak ketam...nanti shiela gorengkan untuk ibu ok..” shiela menunjukkan tanda ok. Adhila ketawa kecil, dipeluk anak kesayangannya itu dan satu ciuman melayang dipipi puteh gebu itu.
“dah shiela masak sendiri..kata pakar kan...ibu nak pergi tolong nenek pula..” Shiela bangkit dan menuju ke dapur, namun tak sempat hendaj menghulurkan bantuaan kerana kebanyakannya sudah selesai, tinggal nak ambik pinggan dan makan je.
“jadi mak niah nak temankan kak ini sepanjang tempoh pantang dia nanti??” Tanya shiela sambil mengambil sebiji buah pear dari peti ais
“jadi...tak kamu tak apa ke...??”
“dah kenapa pula...mestilah tak apa...lagipun masa first time kak ina bersalin , tak sempat Mak Niah nak jaga lama-lama kan...jadi apa salahkan kalau yang kedua ni ambik masa lama sikit, boleh lah bermanja dengan sarah lebih-lebih...” Shiela harus bersyukur, sekurang-kurangnya dia masih ada saudara yang sudi membantunya di kala kesusahan. Malahan Mak Niah tidak kisah untuk menjaga Shiela ketika dia masih belajar dan sehingga kini. Tiada rungutan mahupun ketidakpuasan sepanjang 4 tahun dia menjaga Shiela.
“kamu nak hantar shiela kat taska depan tu kan..”
“haah..lagi pun shiela pun dah nak masuk 5 tahun ...jadi dari sekarang lah dhila nak ajar dia berdikari..Mak Niah jangan risau lah..kalau Mak Niah nak stay lama-lama lebih dari 3 bulan pun, Dhila tak kisah..” Jujur itu lah tulus dari rasa hati Adhila. Hakikat sebenarnya, dia malu dan dalam masa yang sama terhutang budi pada anak-anak Mak Niah terutama kak Fiona yang faham akan situasinya. Walaupun pada hakikatnya sarah cucu sulung Mak Niah lebih layak mendapat perhatian dan kasih sayang dari nenek mereka, tetapi setiap kali soalan itu dibangkitkan kepada kak Fiona, kak Fiona sekadar tersenyum, malahan katanya dia bersyukur sekiranya kasih sayang ibunya dapat dikongsi bersama-sama dengan orang lain. Sesungguhnya hanya Tuhan yang dapat membalas jasa baik mereka sekeluarga.
“bukan apa, sekarang ni macam-macam kes...kamu dengan Fiona tu lain...fiona tu tak kerja, boleh dia duduk rumah jaga sarah...kamu tu bekerja...sekarang ni ada kes dera lah, kes culik lah..mana lah mak Niah tak risau.” Luah hati Mak Niah. Dia terlalu sayangkan anak saudara dan cucu saudaranya itu. Biarpun Shiela tiada pertalian darah dengan mereka sekeluarga, namun sejak pertama kali melihat kehadiran Adhila dan Shiela, mak Niah pasti akan keikhlasan perhubungan mereka yang jauh lebih erat dari keluarga sebenar. Apatah lagi Adhila adalah amanah dari adiknya yang terlebih dahulu dijemput menghadap Allah S.W.T.
“hish..tak ada sampai macam tu..itu doa...kalau kita doa yang baik-baik, mintak agar semuanya berjalan dengan lancar InsyaAllah semuanya akan diredhaiNya....Lagipun dah banyak sanggat Dhila terhutang budi dengan Mak Niah...sampai tak terbalas rasanya..”
Mak Niah sebak mendengar tutur bicara anak saudaranya itu. Bukan balasan harta mahupun kemewahan yang dipinta,cukuplah melihat Adhila dan Shiela bahagia, itu sudah mampu membalas segala penat lelahnya selama ini.
“kamu jangan lah cakap macam tu....mak Niah tak mintak apa-apa balasan pun dari kamu...semua tu tak penting..kamu tu amanah mak Niah...asalkan kamu tidak membelakangkan Allah, dan sentiasa taat padaNya..itu sudah cukup Dhila..”
“mak Niah ni emotional lah..tengok...Dhila pun nak nangis ni...,karang tak pasal-pasal buat drama hidustan pulak kat sini..dah naya...” Adhila kembali menceriakan keadaan, dia memang hampir sahaja menangis mendengar kata-kata ikhlas dari mak Niah
“pandai je lah mulut kamu tu...patutlah shiela tu mengikut macam tu juga...tau tak dari pagi tadi dia asyik dok bertanya macam macam...pening nak menjawabnya..”
“bakal jadi lawyer kot ..gitu lah gayanya...” Adhila berseloroh.
“asal jangan jadi lawyer buruk macam kamu dah...”
“dah tu nak jadi lawyer tak lepas..dapat lah gelaran lawyer buruk....lawyer juga kan..”  adhila mencebik sengaja mengusik mak Niah.
“kau Nampak cili ni...kalau aku gayang kat mulut kau baru tahu...”
Terkekeh Adhila menahan ketawa, pantang dibuat gurau cikgu pencen ni.
“lupa nak bagitahu, tadi anak tok Mat ada lah call...dia bagitahu, minggu depan, anak saudara dia, cucu tok mat nak datang berpindah kat rumah sebelah...”
Adhila sekadar menganguk, dia bukan mesra sanggat dengan jiran tertangga, kerana kekagan masa membuatkan dia semakin jauh dengan jiran-jirannya. Tetapi jika berkesempatan memang dia suka berbicara dengan mereka yang kebanyakkannya mesra tidak mengira kaum,satu Malaysia katakan.

No comments:

Post a Comment