BAB 3 - jiran baru !!
Hari
ini Nuradhila Binti Muhammad Ariff pulang agak lewat dari kebiasaannya
memandang banyak urusan di pejabat harus diuruskan sebelum pulang. Maklumlah
semesta baru tiba, maka semasa pendaftran , pelbagai kerenah pelajar perlu
dihadapi. Ada yang tidak cukup dokumen, ada yang dokumen tak disahkan dan ada
juga yang tersalah bagi dokumen. Perkara-perkara kecil seperti itu kadang-kala
menyukarkan segala urusannya di pejabat pendaftara UTHM yang terletak di parit
Raja. Jam tangan menunjukkan pukul 9malam,Adhila yakin pasti puteri intan
payungnya sudah berada di atas katil dibuai mimpi. Sememangnya Shiela tidur
awal, kerana menurut kajian, kanak-kank yang sedang membesar perlu cukup tidur
agar tidak membantut kan pembesaran mereka malahan mempercepatkan proses
tumbuhbesaran mereka. Lagi pun duduk dengan cikgu pencen, mana boleh lawan
kata. Walaupun Shiela manja dengan Mak Niah, tetapi Shiela sering mengadu
padanya bertapa dia tak suka bila Mak Niah naik angin, macam singa garang nak
makan orang katanya. Adhila yang mendengar hanya mampu ketawa.
Sampai
sahaja di perkarangan rumah, dilihat sebuah kereta Honda Spectra berwarna hitam
berada berhampiran dengan kawasan pagar rumahnya. Ketika Adhila ingin
meletakkan kereta di halaman rumah, dia perasan, kereta hitam itu telah sedikit
sebanyak makan jalannya sehingga menyukarkan untuk dia masuk meletakkan kereta.
Adhila naik bengang, sudah lah hari ini hari yang paling memenatkan di pejabat,
sampai dirumah kemahiran meletakkan kereta pula diuji, memang tak kena masa!.
“Siapa punya kereta tu Mak Niah??”
Bebel Adhila,
sebaik sahaja di turun dari kereta setelah berhempas pulas mencari posisi yang
sesuai untuk masuk ke garaj kereta tanpa mencalarkan kedua-dua kereta. Mak Niah
yang sudah berada di hadapan pintu untuk menyambut kepulangan Adhila hanya
mengeleng kepala.
“macam tak reti nak parking kereta, tak sekolah kea
pa...terencat..dah lah Dhila balik penat-penat, tiba-tiba ada pula makhluk
Allah yang tak reti nak hormat hak orang lain. Dia tak tahu kea pa tu kawasan
kita...”
berapi-api Adhila mengeluarkan rasa tidak puas hatinya, masakan tidak,
waktu penat macam ni lah ada orang nak buat dia naik hantu.
“YaAllah..cuba banyak bersabar Dhila oi...nak marah
je...tu kereta amin kot...”
“amin..amin mana pula??”
“jiran baru sebelah rumah kita, cucu nya Tok
Mat...petang tadi mak niah Nampak dia basuh lantai...mungkin terlupa nak bawa
masuk kereta...dah lah jangan nak marah je...”
“lupa-lupa....baru pindah dah buat
hal..mengada-ngada....”
Adhila menyalami tangan Mak Niah dan dia menghempaskan
badannya di sofa yang berada di ruang tamu, tak terlarat rasanya untuk bergerak
walaupun seinhci, badannnya terasa sudah patah seribu.
“amboi anak dara, elok benor duduk macam tu...”
Mak
Niah mengeleng kepala melihat telatah anak saudaranya itu, langsung tak ada
cirri-ciri kesopanan seorang wanita.
“alah penat lah....shiela dah tidur ke??”
Posisi
kedudukan yang tadi terlentang biarpun berbaju kurung, dibetulkan setelah
kakinya di pukul Mak Niah. Kalau dah duduk dengan Cikgu pencen, kenalah
sentiasa berdisplin.
“tidur lah dia...penat dah main petang
tadi...dah..pergi mandi, kalau nak makan, ada lauk kat bawa tudung salji
tu..panaskan je...”
Mak Niah duduk di sofa berhadapan dengan Adhila, dia
kembali menonton drama philipina yang berada di siaran Astro Bella. Adhila
hanya mengeleng, dulu waktu gila indo, mak cik saudara ni hanya tengok drama indon je sekarang ni tengah demam drama
philipina pulak. Macam-macam lah mak Niah ni, janji dia bahagia.
Adhila bangkit bagi membersihkan diri, dan sebelum
dia menuju ke biliknya, sempat Adhila singgah di bilik Shiela yang terletak di
bahagian tepi tangga. Dilihat Shiela sedang lena dibuai mimpi sambil memeluk
patung beruang putih kesayangannya. Melihat wajah suci Shiela, terasa segala
penat lelahnya hilang, bagaikan ada aura yang menarik segala kuasa negative dari
dirinya. Gebar Shiela dibetulkan sebelum ciuman hinggap dipipi mulus anaknya
itu. Adhila tersenyum puasa sebelum beredar. Perutnya telah berbunyi,
menandakan keleparan, baru teringat dia hanya sempat bersarapan pagi tadi,
biasanya dia jarang makan waktu malam kecuali waktu-waktu seperti hari ini.
Kononnya nak Diet, tapi kalau dah lapar, makanan pun dah ada depan mata, lahap
je lah.
Tepat jam tujuh keesokkan paginya, Adhila seperti
biasa keluar dari rumah. Biarpun perjalanan dari rumah ke tempat kerja hanya
mengambil masa 15 minit, namun Adhila tidak gemar datang lewat, malahan dia
juga tidak suka pada orang yang tidak menepati masa.
“YaAllah, ada juga makhluk Allah yang tak reti
bahasa..”
Bebel Adhila ,sebaik sahaja melihat kereta Honda Spectra yang masih
berada di tempatnya semalam.
“kenapa pula ni??”
mak Niah yang baru sahaja keluar
rumah untuk menyiram tanamannya mengeleng apabila mendengar Adhila membebel
pagi-pagi lagi.
“tu, cuba mak Niah tengok, kereta tu masih kat situ
lagi...macam mana Dhila nak keluar?? Semalam nak masuk pun susah..ni lagi lah
nak keluar...hish..orang sebelah ni, belum jumpa dah asyik nak buat Dhila sakit
hati...”
Guman Adhila lagi, paginya yang ceria kini terbantut dengan kenderaan
yang menghalang laluaannya.
“mungkin dia belum masuk kerja...dia pun tak sedar
agaknya kereta dia dah haling laluan kamu....nak marah je lah kamu ni Dhila...”
“mana Dhila tak marah, dah lah minggu ni Dhila bussy
dengan kerja berlambak kat office, lepas tu pagi-pagi lagi dah ada benda yang
nak sakitkan hati Dhila..”
“sudah...jangan nak marah-marah je...elok-elok
pagi-pagi ni senyum, ceria ..baru lah satu hari tak rasa penat..ni pagi-pagi
dah marah, pintu rezeki pun tertutup tau...” Mak Niah memberi nasihat.Adhila
sekadar memuncung, memang dia tak boleh menang bila mak Niah mula memberi nasihat,
itu belum lagi keluar falsafah dia, kalau tidak, lagi lah.Kalau dah nama pun
cikgu, dah pencen pun terbawa-bawa juga perangan cikgu nya itu.
‘kalau aku jumpa orang sebelah ni..memang aku
sekeh-sekeh..’
bisik Adhila sendirian.
No comments:
Post a Comment