Friday, June 7, 2013

Adhila 2



BAB 2 - Aminnudin Omar

Pemindahan ke Batu Pahat bukannya satu perancangannya, namun sebagai kerja makan gaji haruslah dituruti juga. Walaupun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat hanya mengambil masa 3 jam sahaja, namun terasa juga terkilan apatah lagi bila mengingatkan dia akan kurang menghabiskan masa bersama-sama teman handainya. Memandangkan pertukaran ini tidak diduga, pening juga kepalanya memikirkan tempat tinggal, tetapi mujurlah ada rumah atok saudaranya yang tinggal di batu pahat. Sejak nenek saudaranya dijemput yang Maha Esa, Atuk Mat  lebih selesa tinggal bersama-sama dengan anak-anaknya yang kebanyakkannya berada di sekitar seremban dan Selangor. Atuk Mat pun tidak menolak rancangan yang dikemukakan oleh ibunya malah dia lebih bersenang hati kerana sekurang-kurangnya ada yang menjaga rumah tersebut dari terus dibiarkan tidak berpenghuni katanya.
Kereta Honda Spectra berwarna hitam dipandu laju melalui lebuh raya sebelum memasuki kawasan pagoh dan menjumpai simpang ke batu pahat. Tidak susah untuk mencari rumah Atok saudaranya yang terletak di parit besar memandangkan dia pernah berkungjung kesana beberapa kali pada hari raya, apatah lagi rumah Atuk mat sudah dilengkapi dengan perabot,jadi dia hanya perlu membawa pakaian dan beberapa dokumen penting sahaja.
Sebaik sahaja memasuki kawasan kejiranan tersebut, dia mencari-cari nombor rumah sebelum berhenti betul-betul di hadapan rumah Atuk Mat. Aminnudin Bin Omar turun dari perut kereta dan melihat kawasan sekeliling, memandangkan petang sabtu kanak-kanak tidak bersekolah, boleh didengar berapa seronoknya mereka bermain sesame mereka. Sementara para ibu pula sedang berbual di sebuah pondok kecil yang terletak di bawah pohon rendang. Entah apa yang dibual mereka, pastinya bergosip sesama mereka. Aminnudin sekadar tersenyum, terasa suasana yang harmoni di kawasan kejiranan tersebut, kalau ingin melihat adegan ini di kawasan kejiranan kuala lumpur, mungkin jarang sekali, kalau ada pun kebiasannya di kawasan kejiranan kos rendah. Zaman semakin maju, dan manusia juga semakin lupa untuk berkomunikasi sesama mereka, kalau dulu mereka saling mengenali kini nama jiran sebelah pun mereka tidak tahu.
“Assalamualikum...” Tiba-tiba Aminnudin disapa seorang wanita yang dalam lingkungan usia akhir 50-an. Aminnudin memberi senyuman sebelum membalas salam tersebut.
“anak ini cucu Tok Mat ke??” Tanya wanita itu lagi. Aminnudin menganguk
“mana mak cik tahu?? Saya baru je dapat tukar ke cawangan batu pahat, tu nak menumpang rumah atuk Mat.”
“Anak tok Mat, Nira ada bagitahu yang anak saudara nya nak duduk sini..”
“Mak Cik Nira rupanya....” Aminnudin sekadar tersenyum tawar, rupanya bukan sahaja Atuk Mat yang rapat dengan jiran-jiran, malahan mak cik saudaranya juga. Tetapi tidak hairan lah memandangkan Mak Cik Nira selalu ke sini setiap hujung minggu ketika dia tinggal di yong peng suatu ketika dahulu sebelum berpindah ke seremban mengikut Abang Hafiz
“tinggal sorang sahaja ke?? Anak isteri tak ikut sama??” Amboi mak cik ni, nak interview pulak....tak kan Mak cik Nira tak bagitahu aku ni masih single, masih hanggat di pasaran.
“saya ni masih bujang lagi mak cik, nak bawa anak isteri pun tak ada, jadi saya bawa diri je lah dulu...mak cik duduk mana??” Amin ketawa kecil , wanita yang menegurnya itu sekadar tersenyum.
“mak cik duduk sebelah ni je ha...anak ni nama sapa??”
“saya Aminnudin tapi mak cik panggil sahaja saya amin...mak cik sapa nama??”
“pangil aja Mak cik Niah....baik lah nak, mak cik masuk dulu yea...mak cik lupa mak cik belum masak...nanti anak mak cik balik bising dia lapar..”
Mak Niah memohon untuk pulang, apatah lagi baru teringat dia belum menyediakan makan malam. Aminnuddin sekadar menganguk, dia kalau boleh pun memang tidak mahu berbual lama, iyalah kalau boleh ingin sahaja dia melemparkan badannya di atas tilam empuk. Sempat dia memerhati Mak Niah masuk ke halaman rumahnya sebelum disambut anak gadis kecil yang dalam lingkugan umur 5 tahun.
“anak dia mesti dah kahwin....baru ingat nak ngorat....” Aminnudin ketawa sendiri sekadar menghibur hati, walaupun tiada niat pun dia ingin bercinta. Walaupun sudah berjuta kali ibu kesayangannya membebel agar dirinya mendirikan rumah tangga. Tetapi bagi Aminnudin yang baru sahaja berumur 28 tahun masih muda dan masih lagi ingin bersuka ria sementara masih bujang. Entah apa yang ibunya sibukkan. Kalau nak teringin bercucu, abang sulungnya Azmi sudah pun mempunyai cahaya mata kedua 3 bulan yang lepas bersama kakak iparnya Kak Suraya. Anak mereka yang sulung pun dah berusia 3 tahun. Entah lah, orang tua...tak boleh nak marah, karang dikatakan derhaka. Pertukaran ke Batu Pahat ini sedikit sebanyak membantunya dari lari mendengar bebelan yang sama dari ibunya. Selamat juga telinga, mana tidaknya kalau ibu nya asyik menyoal benda yang sama sahaja setiap kali bertemu. Kalau ada peperiksaan,pasti dia dapat 4flat memandangkan dia sudah menhafal sebutir-butir ayat yang keluar dari mulut ibunya. Aduhai ibu ku, ‘relaxs’ yea, teruskan berdoa agar jodoh anak mu ini sampai.

No comments:

Post a Comment