Wednesday, June 12, 2013

kopi coklet 10


Bab 10 - apa yang dirasa

Iskandar Haris yang baru sahaja turun dari persingahannya di atas bumbung kembali masuk ke pejabat apabila mendapati cuaca yang panas bertukar menjadi mendung. Barangkali hujan akan turun pada malam itu. Namun itu semua tidak penting bagi Iskandar memandangkan dia sendiri akan menyibukkan diri dengan kerja-kerja dipejabat.
Ketika dia berjalan masuk ke pejabatnya, dia tiba-tiba terdengar seperti seseorang sedang memungah sesuatu. Bunyi itu datang dari sudut ‘pantry’ . Langkah Iskandar mula beralih ke arah punca utama bunyi bising itu. Dan tidak salah lagi apabila dia terlihat bayangan manusia sedang memungah laci bahagian bawah seakan mencari sesuatu. Iskandar tersenyum sendiri, dia mengenali siapa kah gerangan orang seperti tikus mencari makanan.
        “cari apa tu cik ti..”
‘bang’
Bunyi yang terhasil apabila pelangaran antara kepala Qastina dan laci meja atas yang tidak ditutup. Terkejut dengan suara yang menegurnya dari belakang, Qastina secara sendirinya berdiri tanpa sedar.
        “adoi…”
      “yaAllah..cuai nya Qas ni…” Marah Iskandar dalam masa yang sama dia tidak dapat menahan ketawa dengan kecuaian Qasrina.
     “Astafiwahal’azim….cuba lah bagi salam..kalau saya kena heart attack tadi macam man…encik Iskandar nak bertanggungjawab???” Marah Qasrina Rahman sambil mengosok kepalanya. Sakit tau, silap hari bulan boleh bocor kepala dia. Hish laci ni..menyusahkan orang betul. Bisik Qasrina sendiri lalu menutup laci tersebut dengan kuat, meluahkan rasa tidak puas hati pada benda yang tak bernyawa itu.
      “sorry…saya ingatkan tikus mana tadi..apa yang awak cari sampai macam orang gila??”
    “air coklelat…dalam balang ni dah habis…tapi rasanya Sarah ada simpan stock..Cuma saya tak tahu dekat mana…”
Iskandar mengeleng kepala, sejak dia mengenal Qasrina Rahman, perangai cuainya tidak pernah hilang. Iskandar menhampiri Qasrina.
      “tepi sikit…”
Iskandar membeir arahan, Qasrina hanya mengikuti tanpa sebarang batahan.
      “nah..”
 Iskandar mengambil serbuk minuman cokelat yang diletakkan di bahagian paling atas di sebelah kanan almari. Betul-betul berhampiran dengan serbuk kopi.Dan dihulurkan bungkusan itu pada Qasrina.
      “terima kasih…ingat kan dah tak dapat minum tadi..tak dapat lah saya nak siapkan kerja”
     “alah macam lah tak minum air cokelat tu , kerja tak jalan…”
    “huh... mengata orang paku serpih, mengata orang dia yang lebih…awak tu kalau tak minum kopi tu…jalan ke kerja??” 
Sengaja Qasrina memerli Iskandar sambil menjuih bibir menunjukkan ke arah balang serbuk kopi yang baru sahaja di ambil Iskandar untuk membancuh minumannya.
       “hish..jangan melawan, karang saya tambah kerja awak baru tahu…” Iskandar mengugut.
    “Hai itu gila kuasa nampaknya itu encik Iskandar…saya report kat top management baru tahu…”
     “eleh macam saya takut…huh…”
Mereka ketawa, entah apa yang kelakar tah dengan perbualan itu, tetapi bagi mereka berdua itu sudah cukup membuat hati mereka senang.
     “dah bak sini…saya tolong bancuh kan..karang tak nak lah saya kena report pula kan…” Qasrina merampas ‘mug’ yang berada di tangan Iskandar. Iskandar tidak membalas, sekadar menuruti.
      “itu boleh dah kira rasuah tu…” 
Iskandar berlalu pergi sambil tersenyum
     “bukan rasuah..tapi jalankan tanggungjawab….” 
Ujar Qasrina , walaupun Iskandar sudah berlalu pergi tetapi dia yakin Iskandar masih mampu mendengarnya. Dia kembali semula membancuh minumannya dan minuman Iskandar. Secara tidak sedar, senyuman mula mekar dibibirnya.


Imbas kembali  :
     “ibu tak payah back up sanggat lah menantu kesayangan mak ni…dia buli Qas bu tak tahu..”
 Ujar Qasrina dalam nada merajuk, menyampah apabila Ibu nya sendiri melebihkan suaminya seakan-akan dia ini anak tiri. Padahal suaminya itu menantu je kot. Qasrina memuncungkan bibir tanda protes.
    “hah elok lah tu muncung bibir macam tu…tu dah boleh sangkut baju kat situ..” 
Sengaja Puan Khatijah mengusik anak perempuaanya itu. Dengan lelaki sendiri pun nak cemburu, lagi pun apa salahnya kalau dia bermanja dengan menantunya, bukan orang lain, dah diangap macam anak pun. Lagi pun dia mana anak lelaki. Jadi Iskandar lah tempat dia menumpang kasih.
      “hahaha….”
 Iskanda ketawa, sengaja nak menyakat isterinya itu. Sambil menunjukkan tumbs up . Qasrina yang memandang menjeling.
    “ibu tengok abang ni…patut ibu back up Qas tau..Qas ni tau anak ibu bukan abang is ni…”
 Hujah mana entah dia ambik tu.
    “alah..memang dah kamu yang salah kan…itu lah belajar pandai..kerja pun bagus, tapi bila dah shopping tak ingat dunia…kalau ibu jadi Is pun ibu block je semua kad kamu tu..biar padan muka…Rasa nya baju-baju yang kamu beli tu kalau jual, dah boleh jadi kaya tau…ini kerja dia mengaya kan orang lain je..mana lah Is tu tak marah…padan muka..”
Macam peluru berpandu puan Khatijah membalas, satu demi satu pula tu kena tepat pada Qasrina yang semakin lama semakin panjang muncung di mulutnya. Memang lah salah dia sebab bila shopping tak ingat dunia. Tetapi apa salahnya, lagi pun dia guna duit sendiri …hurm mungkin 10% je guna duit sendiri yang lain guna kad Iskandar..tapi pokok pangkal nya sekarang salah ke dia kalau nak beli hadiah untuk diri sendiri sebagai tanda pehargaan setelah penat bekerja. Patutnya suaminya itu tidak bising dan dengan senang hati bagi je. Tapi lain ceritanya apabila minggu ini, suaminya itu menyekat segala kad miliknya. Mana tak angin. Bila dia mengadu dengan ibunya, boleh ibunya back up suaminya itu. Lagi lah berangin kan.
      “alah bukannya Qas beli banyak pun….tak payah pun nak block bagai…saje je ..”
      “tak banyak apa sayang oi..kalau dah sampai limit kad iskandar tu…aku pelekung kepala tu baru tahu…” Marah Puan Khatijah yang kemudia bangkit bagi menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga.
     “abang ini semua nak mengadu kat ibu kan…” Marah Qasrina sebaik sahaja Ibunya berlalu ke dapur, karang marah menantu kesayagannya tu depan-depan, tak pasal-pasal kuali atas kepala dia.
     “mana ada abang mengadu, dan ibu tanya abang bagi tahu lah…”
     “iyalah tu….malas nak layan abang..merajuk…”
     “nak pergi mana tu…??”
 Tanya Iskandar apabila Qasrina tiba-tiba bangkit.
    “nak pergi tolong ibu..karang ibu bising pula tak masak untuk anak kesayangan dia ni…huh..”
Iskandar hanya ketawa kecil, dia tahu tak lama nyer isterinya merajuk. Untung betul badan, mana nak dapat mak mentua yang selalu back up menantu. Ibu mentua dia memang terbaik lah.

Dekat dua hari juga lah Qasrina protes , mana tidaknya selepas sahaja pulang ke rumah mereka. Qasrina langsung tak berbicara, sekadar menjawab pertanyaan, satu soalan satu jawapan. Tetapi tak lama, sebaik sahaja Iskandar bagi kad baru pada Qasrina, terus semua nya kembali ok.
       “tapi dengan syarat, sayang jangan nak merajuk lebih-lebih eh lepas ni…and jangan sampai limit…kalau taka bang block memang dah tak buat kad dah…”
     “iyalah…sayang abang…muaah..abang nak kopi..Qas bancuh eh…”
Akhirnya Iskandar beralah juga dengan rajuk isterinya itu, yang memang kalau dah merajuk penuh bersemanggat. Rasa nya kalau sifat tu diterapkan masa belajar, dengan pasti nya 4 flat dalam gengaman. Tetapi dia sendiri pun tak boleh lama-lama kalau Qasrina merajuk, tak tenang dia. Entah penangan kasih apa isterinya ini beri padanya.

   Kenangan lalu mencuit hati, membuat Iskandar Haris tersenyum kembali apabila mengimbau masa lalu. Lamunanya terhenti apabila pintu biliknya dketuk, Seketika kemudian Qasrina masuk bersama-sama dengan secawan kopi pekak yang menjadi kegemerannya. Kopi itu elok di letak di sisi meja. Mereka saling berpandangan untuk seketika, mungkin mencari ruang melepaskan rasa rindu dihati.
     “ok lah saya nak sambung buat kerja..”
 Qasrina tergesa-gesa keluar seakan renungannya sebentar tadi seakan boleh dibaca oleh Iskandar.Iskandar pula sekadar membiarkan sahaja, dia tidak mahu meletakkan harapan pada hubungan mereka. Kopi  yang masih panas itu dihirup perlahan, menikmati rasa yang suatu ketika dulu diangap tiada erti tetapi kini dia merindui saat itu.


Qasrina masuk ke dalam pejabatnya, dikerling ke arah jam dinding yang sudah menhampiri pukul 7.00 malam. Entah mengapa sebentar tadi jantungnya berdegup lagu dan apabila anak matanya bertemu dengan anak mata Iskandar, terasa jantungnya mula berhenti berdegup. Qasrina memegang dada nya yang mula kembali berdegup seperti sedia kala. Satu perasaan yang dia sendiri tidak berani unyuk ungkapkan apatah lagi mengimpikan kebenarannya. Satu rasa yang dulu yang pernah dipertahankan.
‘kenapa aku macam ni?? Adakah aku masih suka dekat dia??’
Qasrina mengeleng kuat, seboleh-bolehnya ingin membuang segala yang bermain difikirannya, dia segera kembali ke tempat duduknya, dan computer riba yang masih terbuka dipandang. Dia harus membuang perasaan itu sebelum perasaan itu memakan dirinya suatu hari nanti. Biarlah luka yang lama ini terus terpedam, dia tidak mahu sejarah berulang kembali. Lantas tangannya menaip papan kekunci, menyelesaikan segala tugasan yang diberi, melarikan diri dari terus bergeluman dengan rasa cinta dan rindu pada insan yang tidak sepatutnya. Itu bukan dirinya. Qasrina Rahman perlu kuat. Itu lah yang diterapkan di dalam hatinya.

No comments:

Post a Comment