Monday, July 18, 2011

fikir lah ....

Mungkin ada bagusnya tak ramai yang follow blog aq, aq memang tak nak cakap atau pun tulis ni, tapi bila terbaca satu entry ni, aq jadi sedih. Patut lah aq selalu mimpikan arwah nenek kebelakangan ni, rupanya ada di kalangan ahli keluarganya masih menuding jari, menyalahkan sama lain.. aq tidak berpihak mana-mana pihak, sebab semuanya manusia, semua nya melakukan kesilapan..tetapi aku tak faham kenapa perlu menuduh tanpa bukti. Bukan kah apa yang terjadi itu semua bersebab, sedih bila ibu ku sendiri bagaikan dipersalahkan. Yea..memang nenek yang mogok makan, memang ketika waktu ibu dan ayah serta izni hantar nenek pulang ke rumah, dia dah lemah. Tapi itu tak bermakna ibu tak ambik berat fasal nenek. Tak pernah ke mereka fikir, kenapa tiba-tiba nenek setuju untuk tinggal dengan ibu…mereka sepatutnya kenal dengan nenek tu, memang dia takkan pergi rumah anak-anak yang lain lama-lama, tetapi kenapa tiba-tiba dia nak ikut balik batu pahat. Selama ibu jaga nenek, nenek tak pernah tak cukup makan, sebelum pergi kerja ibu bagi sarapan, pukul sepuluh, ibu balik lagi untuk jengok nenek di rumah, lepas tu makan tengah hari ibu balik lagi untuk bagi makan nenek dan petang pun sama. Makan minum, mandi nenek semua ibu uruskan macam tuan puteri. Malah ibu selalu bergurau nenek tu puteri anda putera nak datang meminang…kalau lah ibu tak sayang atau ambek berat pada mak nya, layanan tu untuk apa??? Duit??? Ibu aku bukan pandang semua tu, dia ada kerja, ada gaji, suami dia pun bekerja…kalau lah ibu tak layan nenek elok-elok, takkan lah ibu bawa nenek jalan2x, bila nenek kata nak jumpa cucu dia im..ayah dan ibu bawa pergi Melaka, Ayah siap buat kerusi lagi untuk nenek, supaya senang untuk nenek jalan-jalan. Tengok lah gambar nenek, semua nenek tersenyum, berseri-seri….
.hurm~~~ entah lah, waktu aq nak pergi holiday naik genting, dan ibu cakap ibu nak hantar nenek minggu tu juga. Aku macam tak sedap hati, tapi aku tak nak fikir panjang, aku just fikir..’nenek ni kalau duduk lagi seminggu kan aku boleh jaga…’ Malah aku siap cakap dekat kawan-kawan aku aku kena jadi jururawat kat tuan puteri … pastu time tu pula aku bawu je hafal tarian kumpulan f(x) bawu ingat nak bagi nenek tengok…tu lah orang cakap, kita mampu merancang,tuhan yang menentukannya. Waktu berbual dengan ibu kat telefon, aku ada cakap kat ibu bagi aku cakap dengan nenek untuk pujuk dia supaya tinggal lagi seminggu, tapi aku tak dapat cakap….waktu tu aku ada gak rasa tak sedap hati…
Waktu ibu bagi tahu nenek dah tak ada, aku jadi sedih sanggat sampai, tak terkata, masa tu aku tengok wayang, tergerak tengok hand phone, bila dapat tahu, aku tak tahu nak bagi reaksi macam mana, aku jadi tercengang, waktu tu terdetik di hati mengharapkan itu gurauan saje…dan first time juga aku mengeluarkan air mata di depan kawan-kawan aku. Nasib baik hanya mereka bertiga.
Tak kira lah mana-mana pihak pun yang bersalah, asalkan kita ambil yang jernih dan buang yang keroh….mungkin nenek sendiri dah terdetik untuk pergi, sebab itu dia setuju untuk tinggal dengan ibu sebab aku ingat lagi, setiap kali jaga nenek, nenek akan cakap “ ibu kau tu baik orang nye ..dan mungkin Allah tu memberi peluang kepada ibu untuk berbakti pada nenek .
Waktu aku tengok nenek terkujur kaku, aku sedih, tetapi bila tengok nenek tersenyum, wajahnya berseri-seri. Aku juga tersenyum, patut lah ibu selalu panggil nenek puteri, memang nenek puteri pun, bila dia pergi pasti ramai puteri menemaninya sebab muka nenek berseri-seri.
Bila baca entry tu, aku memang sedih, tetapi bila fikir-fikir, itu lah dia dunia. Memang indah di dalam tv, tetapi dia juga sekejam dalam drama…dari kita berfikir negatif atau menyalahkan sesiapa, angap sahaja ni sebagai ujian…mungkin ini balasan dari perbuatan jahat kita dulu…mungkin satu hari nanti dia akan dapat balasan nye pula… Allah tu dah menentukan segala-galanya, malahan apa yang di tentukanNya adalah yang terbaik untuk umatnya. --------------

1 comment: